Thursday, October 24, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 550)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 65:

Bermegah-megah

Berlumba mencari dunia

.... sambungan....




Kemusykilan 2:

Apakah syarat-syarat sesuatu pekerjaan yang asalnya harus dan berupa duniawi menjadi Ibadah kepada Allah?

Apakah garis ukuran dan batasannya?

Apakah penentuannya?  

Apakah tanda-tandanya?


Jawapan:

Sesungguhnya hal ini amat rumit. 

Kebanyakan orang awam tidak dapat memahaminya dengan benar.  Adakalanya seseorang menyangka sesuatu hal dunia yang diperbuatnya itu benar dan terpuji, sedangkan ianya bertentangan dengan Kehendak Allah.  Pada ketika yang lain dia menyangka sesuatu hal itu sebagai dunia yang dicela sedangkan ianya terpuji.  Mari kita melihat sebahagian dari keterangan berkenaan dengan hal ini.


Syarat bagi sesuatu pekerjaan "dunia" menjadi Ibadah atau perkara terpuji  yang di-Redhai Allah adalah:


(1) Niat ikhlas kerana Allah, mencari Keredhaan-Nya.

Ini syarat utama dan pertama. Setiap perkara berupa "dunia" atau "keduniaan" akan menjadi Ibadah dan kebajikan apabila dilakukan semata-mata ikhlas mencari Keredhaan-Nya.  Walau bagaimanapun waspada!  Tidaklah memadai niat yang baik ini terhenti di dalam hati semata-mata, melainkan perlakuan dan tindakannya juga wajib menepati Kehendak dan Ketentuan Allah Ta'ala. (lihat syarat no. 2)


Ertinya jika seseorang ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah tetapi pada masa yang sama perlakuannya bertentangan dengan Kehendak Allah, maka ini batil.  Tindakan seperti ini BUKAN Ibadah sebaliknya kembali kepada "dunia yang tercela".  


(2) Perlaksanaannya sesuai dengan hukum Syara' (menepati pertimbangan Ahlus Sunnah).   Ini bermaksud "setiap niat yang baik dan ikhlas" WAJIB disertai dengan "cara" atau "kaedah" yang menepati hukum Syari'at (Ahlus Sunnah yang benar).


(3) Syukur kepada Allah yang Mengurniakan berbagai Ni'mat dan Rahmat dari Sisi-Nya. Ertinya setiap hamba Allah hendaklah melihat dari dalam hati bahawa semua kebaikan yang diperbuatnya itu adalah Kurnia dan Rahmat Ilahi kepadanya.... BUKAN kerana kebaikan dirinya atau kerana kebijaksanaannya atau kerana kehebatan pengetahuannya. 


(4) Hasil daripada apa yang diperbuatnya itu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kehidupan di dunia yang membawa kepada Akhirat. 


(5) Tidak abaikan kewajipan-kewajipan fardhu.

Ketika melakukan pekerjaan dunia yang umum tersebut, jangan sesekali abaikan kewajipan Ibadah khusus seperti Solat, Zikrullah dan lain-lain.


Jika seseorang menepati syarat-syarat tersebut di atas ketika membangun, mengolah, memakai perkara-perkara yang bersifat duniawi, maka ia tidaklah dikatakan "dunia" tetapi tergolong perkara "Akhirat" yang terpuji yang membawa kepada Keredhaan Ilahi.


Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jika engkau melihat dunia (perhiasannya), palingkanlah pandanganmu dari keindahannya.  Tutuplah hidungmu dari semerbak syahwat dan kelazatannya, agar engkau selamat dari malapetaka yang akan ditimpakannya.  Dengan demikian engkau akan dapat bahagian duniamu tanpa membuatmu terpedaya."

[Adab As-Suluuk]


Bersambung siri 551  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 564) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...