Tuesday, August 20, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 462)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



Langkah 3 : Istikharah Mohon Petunjuk Allah


Berikut panduan yang diberikan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه seperti di bawah :


Kata Imam :

"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Shaikh Mursyid) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia-manusia suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran.  Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada Kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan.  Dan yang akan membuka kepada kejadian-kejadian ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya.  Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala. 

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]



Cara melaksanakan Solat Istikharah

Lakukan Solat Sunnat ini dan zikir pada waktu malam tahajjud.


1) Solat Taubat 2 rakaat

2) Solat tahajjud 2 rakaat

3) Solat Hajat 2 rakaat

4) Solat istikharah 2 rakaat

5) Doa pada Allah agar Allah tunjukki Guru Mursyid yang Siddiq (benar) untuk dijadikan pemimpin kepada Allah.


Pegang Teguh Setelah Bai'at :

Setelah ikuti semua panduan di atas lalu ditunjukki oleh Allah Pemimpin itu, kemudian kamu bai'at dengannya, dengan keyakinan yang teguh, maka pegang teguhlah sampai mati.  Jika datang hasutan selepas itu sama ada dari nafsu, bisikan iblis,  daripada makhluq atau dunia, maka tolaklah jauh kerana itu semua seruan- seruan untuk jauhkan kamu dari Jalan Allah.


Sekali pun kamu melihat suatu pada sangkaan kamu bertentangan dengan hukum, maka hendaklah palingkan kepada kebaikan.  Ini kerana tujuan seorang Shaikh Mursyid tidak lain melainkan menolong muridnya sepanjang perjalanan.  Sangkaan yang datang setelah keyakinan adalah mengandungi tipu daya Iblis.  Ini sebabnya kata Imam Ghazali....


Berkata Imam Ghazali :

Di antara adab-adab penuntut ilmu (murid) adalah :

"Jangan sekali-kali su’uz-zan terhadap Shaikhmu mengenai tindakan yang kelihatannya mungkar atau tidak di- Redhai Allah menurut pandanganmu, sebab Shaikh kamu lebih mengerti rahsia-rahsia yang terkandung dalam tindakannya."

[Bidayatul Hidayah]


Kata Imam Ghazali lagi :

"Hendaklah murid itu bersikap kepada gurunya seumpama tanah kering yang disirami hujan Iebat. Maka meresaplah ke seluruh bahagiannya dan meratalah keseluruhannya air hujan itu.   Manakala guru itu menunjukkan jalan belajar kepadanya, hendaklah dita'ati dan tinggalkanlah  pendapat sendiri.  Ini kerana  meskipun guru itu bersalah, tetapi lebih berguna baginya dari kebenarannya sendiri.  Sebab, pengalaman mengajari yang halus-halus, yang ganjil didengar tetapi besar faedahnya (dari pengalaman keruhanian yang telah ditempuh oleh Guru pada waktu yang panjang).


Berapa banyak orang sakit yang dipanasi, dirawat oleh doktor dengan menambah panas pada waktu tertentu supaya kekuatannya bertambah sampai batas yang sanggup menahan pukulan ubat.  Maka hairanlah orang yang tak berpengalaman tentang itu

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri 463 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...