Thursday, July 25, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 421)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Dalil 1 : Firman Allah:


 ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ ٱلإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ.  ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلأَكْرَمُ. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ. عَلَّمَ ٱلإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ


" Iqra’ (Bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (Bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam.  Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]


Kalimat Agung yang pertama-tama turun kepada Junjungan Nabi Muhammad  ﷺ sebagai tanda Nubuwwah (Kenabian) Baginda dan sebagai pembukaan kepada Gerbang Keilmuan yang Agung.   Ilmu yang hidup, ilmu yang sentiasa berkembang, ilmu yang  tidak akan kering sampai Qiamat.  


Kalimat "Iqra"  yang lazim diertikan sebagai "membaca"  BUKAN hanya mengandungi pengertian literal  sebagaimana difahami umum sebagai membaca buku, membaca tulisan dan sebagainya.   Tetapi makna "Iqra"   melangkaui pengertian yang mendalam kepada makna "haqiqat" yang amat seni.


Ditinjau dari sudut balaghah  dan  nahwu,  kalimat "Iqra"  membawa banyak pengertian, iaitu:

mengingat, melihat,  memikirkan, mengkaji, merenung, menyaksikan dengan hati dan lainnya.


Dengan demikian kalimat "Iqra"  BUKAN sahaja bermakna "membaca"  dengan lidah atau lisan   tetapi juga "membaca" dari dalam HATI,  ingat Allah di dalam HATI, berzikir Allah di dalam HATI,  renung dari dalam HATI.  Lihatlah dengan hati kamu...!   Renunglah  akan kejadian diri kamu dan  sekalian alam yang terbentang luas.  Kenalilah akan Pencipta yang Menciptakan kamu dari dalam hati.  


Kalimat Allah Pertama ini membawa dua pengertian kepada dua macam ilmu yang menjadi dokongan Rasulullah ﷺ , para Sahabat dan Ummat Islam seluruhnya.


Pertama :  "Iqra"   dengan pengertian membaca  yang tersurat, yang tertulis iaitu "ilmu zahir" yang ini kemudiannya dikenali sebagai Ilmu Syari'at (fiqh).


Kedua :  “Iqra"  dengan pengertian  "berzikir, melihat,  memandang dari dalam hati"  iaitu "ilmu batin"    yang ini kemudiannya  dikenali sebagai Toriqat (Tasawwuf).



Dalil 13: Firman Allah :


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤) 


"Wahai orang yang berselimut!  Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).  Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!  Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

[Muaddathir (75) : Ayat 1-4]


Kalimat Allah ini...


وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣)  


Dan Tuhanmu, Agungkanlah Dia,  Ingatlah kebesaran-Nya,   Tinggikan Dia di hati kamu..   ini adalah hantaran kepada HATI,  iaitu Ilmu masuk ke dalam bicara Ilmu Toriqat (Tasawwuf)


dan Kalimat ini...


وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ (٤)


"dan pakaian kamu sucikanlah"   Pakaian di sini bermaksud pakaian batin hati, kejiwaan, ruh,  membawa erti sucikanlah jiwa kamu, hati kamu, ruh kamu.  


Wahyu kedua yang turun, memperlihatkan kewajipan setiap manusia menuntut ilmu baiki hati, ilmu sucikan hati, ilmu sejahterakan hati dari semua penyakit _syirik khafi_ (syirik hati) dan _nifaq_ (kemunafikan) dan _mazmumah_ dan _ghaflah_ (kelalaian), semua ini masuk ke dalam Ilmu Toriqat (tasawwuf).



Bersambung siri 422 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...