Saturday, October 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 25)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.2 Dosa Besar Kedua : Riya'

sambungan.....


Keempat: Riya' didalam Berpakaian:


Menutup 'aurat dengan sempurna adalah kewajipan atas setiap lelaki dan wanita beriman.  Menutup aurat bermakna menutup tubuh mengikut hukum, BUKAN sesuka hati memakai pakaian mengikut nafsu kemudian mendakwa ianya mengikut hukum.  


Di dalam Risalah ini kita tidak membincangkan bab hukum dan syarat2 pakaian menutup aurat kerana kami telah membincangkan di dalam Risalah2 lain.  Di sini kita akan fokus kepada cara berpakaian yang bersangkut paut dengan hati...!


Apabila seseorang memakai pakaian menutup aurat menurut syarat dan peraturannya yang telah di- tetapkan di dalam Syara', maka jadilah ianya Ibadah dan diberi ganjaran kebaikan.  Walau bagaimana- pun memakai pakaian juga boleh menjadi ma'siat apabila ianya bertujuan Riya'. 


Mengapa terjadi Riya' ketika berpakaian?

Apakah unsur yang menjadikan seseorang Riya' di dalam berpakaian?

Apakah bentuk2 Riya' ketika berpakaian?


(1) Riya' ketika berpakaian indah, baru, mahal, menunjuk2 kekayaanya.


Memakai pakaian mewah dan mahal bertujuan menunjuk-nunjuk kemewahannya adalah jelas terlarang.  Ianya BUKAN sahaja termasuk Riya' bahkan juga menyakiti hati mereka yang miskin.


Menurut hukum asal, TIDAK salah berpakaian mahal dan mewah, bahkan boleh jadi sunnat jika dia memakainya sebagai menzahirkan Ni'mat dan Rahmat Allah serta bersyukur atas Kurnia tersebut.  Tetapi berpakaian mewah untuk menunjuk2 kekayaannya atau bermegah dengannya atau mengharap pujian manusia maka semua ini adalah tercela, kerana ia termasuk Riya'.



(2) Riya' ketika berpakaian lusuh, buruk, murah, menunjuk2 kemiskinan


Jika seseorang sengaja berpakaian lusuh dan buruk dengan tujuan menunjukkan kewarakannya atau supaya dipuji orang sebagai zuhud, maka ini juga termasuk Riya'.  


Ini bermakna BUKAN sahaja berpakaian mewah dan menunjuk2 kemewahan itu menjadi Riya'  tetapi mereka yang berlagak seperti miskin dan sengaja berpakaian buruk dengan  tujuan mendapat pujian manusia sebagai ahli zuhud, maka ini Riya'.


Sebahagian dari salikin  gemar berpakaian lusuh dan buruk untuk melatih diri meninggalkan gemar akan dunia, iaitu jauhkan dari kecintaan kepada dunia, maka ini perlakuan harus dan terpuji dengan syarat ;  dia tiada tujuan lain melainkan kerana Allah.  Sebaliknya jika mempunyai niat2 lain yang menyimpang dari keikhlasan, maka merugilah dia.


Perhatikanlah :

Bukanlah jenis pakaian yang kamu pakai itu menjadi ukuran dan pertimbangan kebaikan atau keburukan, tetapi ukuran sebenarnya adalah hal "hati" yang menjadi penilaian Allah Ta'ala.   Namun pada keseluruhannya sebagaimana kami telah jelaskan hal ini berulang kali ....  setiap perbuatan, perkataan dan perlakuan WAJIB menepati dua hal untuk menjadi ibadah dan mencapai keredhaan Allah Ta'ala:


Pertama :  Perbuatan dan perkataan Wajib Mematuhi hukum syari'at


Kedua :      Hati Wajib Ikhlas


Jika seseorang melakukan suatu hal yang menepati Syari'at tetapi TIDAK Ikhlas, maka BATAL amalnya, bahkan menjadi syirik (syirik khafi).  Sebaliknya jika seseorang mendakwa dia ikhlas melakukan suatu hal tetapi perbuatan tersebut TIDAK menepati Syari'at, maka ini adalah haram — besar atau kecilnya dosa bergantung kepada ketentuan Syara'.



(3) Riya' ketika memakai pakaian kemuliaan.


Memakai Jubah dan serban adalah kegemaran Rasulullah ﷺ ketika mendirikan Solat atau ketika keluar rumah untuk suatu urusan. Para Salaf Soleh, Ulama Mu'tabar — Ulama bertaraf Auliya Allah juga mencontohi pakaian Rasulullah ﷺ ini.          Maka mencontohi Rasulullah ﷺ  memakai jubah dan serban adalah sunnah yang besar.  


Walau bagaimanapun perlulah seseorang memelihara hatinya daripada Riya'.   Jangan sesekali dia memakainya dengan tujuan mendapat pujian manusia atau dia ingin menunjuk2 bahawa dia orang mulia. Ini kesalahan besar yang merosak Iman.


Jika pada awalnya dia memakainya dengan ikhlas semata2 kerana Allah tetapi kemudian datang perasaan Riya', maka WAJIB bagi dia segera memotong perasaan tersebut, istighfar segera mohon ampun kepada Allah Ta'ala serta ikhlaskan semula hati semata2 itba'  (mengikut) Rasulullah ﷺ mencari Keredhaan Allah Ta'ala.



Bersambung siri  26  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 510) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...