SIRI 12
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 4: Khulafa Ar-Rasyidin pelopor Ahlus Sunnah
Sehingga ke hari ini sebahagian Ummat masih terpinga-pinga
mencari jawapan kepada beberapa persoalan berkaitan Ahlus Sunnah.
■
Bilakah Zaman Kepimpinan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermula?
Adakah kurun ke-3 atau kurun ke-5 atau kurun ke-7 atau
lainnya?
■ Siapa
pelopor Ahlus Sunnah?
■ Siapa
pemimpin Ahlus Sunnah yang sebenarnya yang wajib diikuti?
Berikut kami sampaikan secara ringkas, dalam bentuk
poin-poin penting:
Poin 1: Khulafa Ar-Rasyidin Pelopor Ahlus Sunnah
Sesungguhnya detik permulaan Kepimpinan “Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah” adalah daripada Khulafa Ar-Rasyidin dan BUKAN pada kurun ke-3
Hijriyyah sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Ketika sebahagian orang Islam mula keluar
dari Saf Ummat Islam dan membentuk firqah-firqah sendiri, yang menyalahi
Al-Qur’an dan Sunnah, para Sahabat khususnya Khulafa Ar-Rasyidin tetap
berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah ﷺ.
Poin 2: Ahlus Sunnah tidak pernah terpisah dari Manhaj
Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah
Sebagaimana kami tegaskan berulangkali:
Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an
dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Agama hanyalah
satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat
Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin,
Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali
Ridhwanullah Alayhi Ajma’in. Merekalah
Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran.
Poin 3: Khulafa Ar-Rasyidin penunjuk Jalan kepada Allah
Khulafa Ar-Rasyidin diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana
merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar kembali kepada Allah —
Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang
suci murni, zahir dan batin, turun - temurun daripada satu Generasi Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya hingga saat ini
dan akan berterusan sampai Qiamat. Di
dalam sebutan lain, Pewaris Nabi yang dinamakan “Mursyid Pewaris Nabi yang
Siddiq” (di mulai oleh Khulafa Ar-Rasyidin) itulah pelopor Ahlus Sunnah dan
peneraju Ahlus-Sunnah sepanjang zaman sampai Qiamat. Allah Ta’ala memilih mereka sebagai Wakil
Allah dan Rasul-Nya bagi memimpin Ummat kepada Jalan Lurus, Jalan kebenaran dan
kesucian sampai Qiamat.
Firman Allah:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh
orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran
Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud
ayat Allah “yang Kami pilih dari
kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada sekalian angkatan Mursyid
Pewaris Nabi yang Siddiq.
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
Radhiallahu anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat atau
Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang di-Pilih-Nya untuk menerima
“Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.
Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah
mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan
yang halus dan dengan aqal yang bijaksana.
(Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan
Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ
بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar
Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
No comments:
Post a Comment