■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 746)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-35:
Dilarang Memberontak Terhadap Pemimpin Negara
Menurut pendirian Ahlus Sunnah, Ummat Islam dilarang memberontak atau mengangkat senjata melawan Pemimpin negara. Larangan ini bukan sahaja terhadap Pemerintah yang adil tetapi juga terhadap Pemerintah yang zalim sekalipun.
Penjelasan:
(1) Secara umum wajib mentaati pemimpin sama ada suka atau benci.
Wajib mentaati pemimpin walaupun dia berbuat kezaliman.
(2) Dilarang ta'at ketika dia memerintahkan kemaksiatan atau kekufuran.
(3) Pemimpin zalim wajib digantikan dengan cara-cara yang diharuskan oleh Syara'.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ "
Tidak ada ketaatan dalam melakukan maksiat kepada Allah. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma'ruf."
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda :
عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ "
Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat."
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
يَكُوْنُ بَعْدِيْ أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُّوْنَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رِجَالٌ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ. (قَالَ حُذَيْفَةُ): كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ قَالَ: تَسْمَعُ وَتُطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ "
Akan datang setelahku para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, tidak menjalani sunnahku, dan akan berada pada mereka orang-orang yang hati mereka adalah hati-hati Syaitan yang berada dalam jasad manusia." (Hudzaifah berkata), "Wahai Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku menemui mereka?" Beliau menjawab, "Engkau dengar dan engkau taati walaupun punggungmu dicambuk dan hartamu diambil."
[Imam Muslim]
Berkata Imam ja'afar Ath-Thohawi Radhiallahu anhu:
Kita (Ahlus Sunnah) tidak boleh memberontak para pemimpin dan penguasa kita, meskipun mereka berbuat zalim. Kita tidak mendoakan keburukan bagi mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka. Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mereka tidak menyuruh berbuat maksiat. Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka berupa kebaikan jiwa dan kesihatan.
[Aqidah Ath-Thohawiyyah]
Bersambung siri 747 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment