■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 714)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Dalil-dalil Tawassul yang pernah dilakukan oleh para Sahabat
Dalil Pertama
"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Sayyidina Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."
[Imam Bukhari di dalam Kitab Adab Al-Mufrad]
[Imam Nawawi di dalam Al-Azkar]
Dalil ke-2:
"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut.
[Bab Musailamah Al-Kazzab - Kitab Al Kamil Fit-Tarikh : Imam Ibnu Athir]
Dalil ke-3:
Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:
"Sayyidina Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kakinya yang kebas segera pulih.
[Imam Nawawi, Al-Azkar.]
Kesimpulan ringkas:
1. Sesungguhnya banyak lagi kisah-kisah lain yang telah terjadi sepanjang zaman semasa hayat Rasulullah ﷺ dan juga selepas kewafatan Baginda yang kami tidak nukilkan di sini.
2. Imam-Imam Ahlus Sunnah yang membawa kisah-kisah tersebut berhujjah :
Inilah dalilnya harus menyeru nama Rasul dengan sebutan Ya Muhammad, Ya Rasulullah, Ya Habibullah, Wahai kekasih Allah dan lain-lain selepas kewafatan Baginda.
3. Ternyata dari kisah-kisah tersebut terlihat "penyembuhan" suatu penyakit dengan menyebut nama "Muhammad" Atau "Rasulullah".
Ternyata ini semua adalah mukjizat bagi Nabi dan karomah bagi Auliya Allah.
4. Kisah di atas juga menjadi i'tibar.
Menyeru nama seseorang Auliya Allah yang telah wafat, bukanlah bermakna kita mempercayainya ada kuasa dengan sendirinya. Tetapi seruan pada mereka adalah supaya mereka tolong memohon kepada Allah kebaikan dan keampunan dan kesembuhan penyakit kita. Inilah pendirian Ahlus Sunnah, bukan i'tiqad manusia berkuasa dengan sendirinya. Orang beriman mana pun tahu, makhluq tak ada kuasa apa-apa.
5. Golongan yang menuduh amalan menyeru nama Rasulullah atau nama Wali Allah itu syirik, bermakna mereka telah menuduh sahabat Nabi, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar sebagai Musyrik? Inilah kebodohan mengikut nafsu dan syaitan yang membawa kesesatan. Wal Iyazubillah
Bersambung siri 715 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment