■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 717)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Dalil-dalil Allah Kurniakan kelebihan kepada Auliya Allah dan orang-orang Pilihan Allah
Sesetengah golongan terpelajar lulusan Universiti, profesor, PhD, Drs, Kiyai, mufti.. ingkar dan nafikan Kurnia Allah pada Auliya Allah dan insan-insan Pilihan Allah. Pada pendapat mereka tiada lagi keberkatan selepas zaman Nabi. Sedangkan yang benar adalah: Keberkatan Rasulullah ﷺ serta sekalian Sahabat Baginda akan terus mengalir hingga Qiamat.
Cahaya kebenaran serta jalan lurus akan terus diwarisi dan terpancar pada sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Orang beriman yang benar Imannya akan dapat melihat "cahaya" pada diri Kekasih-Kekasih Allah ini dan menjadi pengikut-pengikut mereka. Sebaliknya orang yang mempunyai penyakit hati tertutup daripada melihatnya.
Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah Radhiallhu anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman:
"‘Barang siapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ”
[Imam Bukhari]
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi ia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim ]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelakan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”
[Imam Al-Haakim ]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”
[Imam Ibnu Majah]
Bersambung siri 718 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment