Friday, July 04, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 675)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-4:

Berpegang kepada satu mazhab fiqh:


Menurut Ahlus Sunnah setiap Muslim wajib berpegang kepada satu dari empat mazhab fiqh yang masyhur: 


1. Mazhab Hanafi

2. Mazhab Maliki

3. Mazhab Syafi'e 

4. Mazhab Hambali


Terdapat perbincangan yang luas berkenaan hal ini, kita cuma sebut ringkas dalam bentuk poin-poin penting untuk pengetahuan orang awam.


Poin 1: 

Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa orang awam (peringkat keilmuan yang rendah yang tidak sampai _mujtahid_ ) wajib mengikuti satu mazhab sahaja pada satu masa, bagi melaksanakan suatu ibadah khusus (solat, puasa, zakat dan haji) dan dilarang mencampurkan berbagai mazhab dalam satu ibadah khusus. 


Sebagai contoh ketika mereka menunaikan solat mengikut mazhab Syafi'e maka wajib tunaikan keseluruhan hal ehwal berkaitan dengan solat ; mulai dari bersuci, memelihara najis, rukun solat, perkara batalkan solat semuanya wajib mematuhi syarat dan rukun mazhab Syafi'e.  Dilarang mengikuti syarat atau rukun mazhab lain pada menyempurnakannya.  Ini bermakna, jika seseorang ambil wudhu menurut mazhab Syafi'e tetapi dia memakai Mazhab Hanafi pada perkara batalkan wudhu menurut Mazhab Hanafi, maka batal solatnya. 


Poin 2: 

Seseorang boleh berpindah mazhab lain dengan SYARAT dia sudah mahir mempelajari dan mengetahui hukum-hakam menurut mazhab tersebut. 


Poin 3:

Terdapat tiga pembahagian tingkatan keilmuan:

Pertama: Mujtahid — paling tinggi keilmuan, layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith, layak mengeluarkan fatwa.


Kedua: 

Muttabi' — Orang yang mahir mengetahui dalil dan hujjah-hujjah Ulama dalam mengeluarkan hukum-hakam, tetapi tidak sampai keilmuan ke peringkat mujtahid. 


Ketiga: 

Muqallid — Pengikut sesuatu mazhab yang hanya meyakini Ulama mazhab tetapi tidak mahir mengetahui dalil dan hujjah Ulama di dalam persolan hukum fiqh. 


Poin 4:

Sah ibadah orang awam yang taqlid di dalam hal ehwal fiqh kepada sesuatu mazhab. Kebanyakan orang awam tidak mendalami Ilmu Islam dan tidak mampu keluarkan hukum Agama, maka memadai bagi mereka mengikuti (taqlid) pada satu mazhab.  Dilarang keras mengambil hukum terus dari Al-Qur'an dan Hadith kerana mereka jahil berkenaan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. 


Poin 5:

Tidak sah melakukan Talfiq di dalam ibadah iaitu mencampur adukkan berbagai pendapat mazhab di dalam sesuatu ibadah khusus.


Bersambung siri 676 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 714) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...