■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 267)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Rawatan dan Penjagaan
===================
Sesungguhnya memelihara lidah daripada ucapan2 yang membawa kepada dosa2 besar amat sukar.... sama ada yang berupa ucapan terang-terangan maupun yang berupa samar2 seperti ucapan sia-sia yang sedang dibincangkan sekarang. Namun kesan daripada yang samar-samar itu lebih sulit dan lebih bahaya. Ini kerana kebanyakan orang akan menganggapnya remeh. Tiada yang selamat daripada bahaya ucapan2 yang berbentuk samar2 ini melainkan mereka yang benar2 memperoleh Rahmat dan Pertolongan Allah.
Berikut adalah beberapa langkah penjagaan berserta rawatan sebagai ikhtiar menjauhkan segala kesamaran ini.
(1) Tuntut Ilmu berkenaan bahaya penyakit2 hati dari Guru yang benar2 Arif
Ini di antara yang terpenting bagi orang beriman. Pelajari ucapan yang boleh menjerumuskan seseorang kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran, terutama ucapan2 yang sifatnya samar-samar, yang mengheret seseorang kepada kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran walaupun pada asalnya ia cuma sebuah ucapan biasa.
(2) Waspada dengan ucapan bersifat gurauan dan pujian
Sentiasa waspada dengan ucapan berbentuk gurauan, pujian berlebihan, pujian tanpa Tauhid, ucapan yang membuat orang lain ketawa (kecuali dengan cara yang benar). Ini kerana ucapan2 demikian mengandungi racun kekufuran.
(3) Jauhi pergaulan sia-sia
Jauhkan pergaulan yang tiada bermanfaat pada Akhirat atau pada dunia (yang terpuji) kerana kebanyakan ucapan sia-sia yang membawa dosa besar bermula dengan pergaulan yang sia-sia.
(4) Jauhi perdebatan
Tinggalkan orang2 awam (walaupun dia bertaraf Profesor) yang suka berdebat berkenaan Ketuhanan atau hal hukum- hakam sedangkan dia bukan Ulama Mujtahid.
(5) Berkata yang baik-baik atau diam
Bercakap apabila benar2 perlu sahaja, hal-hal yang berhubung dengan Akhirat atau hal dunia yang sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan. Di antara yang sangat dituntut adalah Mengajar suatu ilmu yang bermanfaat, dirikan Amr bil Ma'ruf nahyi anil Mungkar, atau hal-hal mendatangkan kebaikan kepada Ummat dan seluruh manusia.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa beriman pada Allah dan hari Akhirat hendaklah berkata baik atau diam [Imam Bukhari dan Imam Muslim]
(6) Lazimkan berserta ahli Zikir
Langkah bijak orang beriman adalah sentiasa berserta ahli zikir, iaitu mereka yang kekalkan hati berzikir kepada Allah dan mereka yang mengingatkan manusia kepada Allah dan hari Akhirat.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
“Perbandingan teman duduk yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi dia akan memberikan kamu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang pandai besi, boleh jadi dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang tidak sedap darinya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
[Imam Hakim]
Pada zahirnya Hadith2 ini kelihatan merujuk kepada siapa saja orang berzikir. Tetapi hakikatnya ia merujuk kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq. Ini kerana tiada manusia mampu berzikir sepanjang masa melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, yang telah di Kurniakan Rahmat oleh Allah Ta'ala.
Bersambung siri 268 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
--------------------------
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳