■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 258)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 33 : Bercakap yang sia-sia
□□□□□□□□□□□□□□□□□
Definisi:
======
Definisi لَغْو menurut bahasa: sia-sia, palsu, jahat
Definisi لَغْو menurut istilah :
Berbuat sesuatu yang tidak diperlukan untuk kebaikan Agama seseorang dan tidak ada manfaat apa pun untuk dunia atau Akhirat yang menepati tuntutan Agama.
Penjelasan:
========
(1) Ucapan atau perkataan yang keluar dari lisan seseorang mempunyai maksud yang bercabang2 dan hukum berserta dengannya juga berbeza-beza berdasarkan jenis ucapan yang dituturkan.
(2) Allah Ta'ala Mengurniakan "lidah" kepada manusia dengan tujuan yang sangat murni iaitu untuk Berzikir kepada-Nya, Membesarkan Kalimah-Nya, Mengagungkan-Nya, Memuji-Nya, Mensyukuri Ni'mat-Nya, Berda'wah menyeru manusia kepada Allah, mengajak manusia kepada Kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran. Namun sebahagian daripada manusia tidak sempurnakan amanah lidah, sebaliknya mereka menggunakannya untuk hal2 kemungkaran, kefasikan dan kekufuran. Wal Iyazubillah
(3) Menurut Imam Ghazali, ketika menjelaskan "Bab Bahaya Lidah" menyenaraikan menyebut 21 perkara yang keluar dari lisan seseorang yang menuju kepada perkara2 yang sia-sia yang sebahagian besar daripadanya merupakan dosa besar. Sebahagian lagi terlebih besar dan berat dosanya sehingga membawa kepada kesesatan dan kekufuran. Wal Iyazubillah,
(4) Di antara ucapan dan kata2 yang keluar dari lidah yang mengandungi bahaya besar adalah : Ucapan2 kesombongan, Ucapan2 memuliakan diri, Percakapan batil, berbantah2, bertengkar, maki hamun, ucapan keji, melaknat, mengejek, memperolok2, dusta, janji dusta, sumpah palsu, mengumpat, fitnah, pujian berlebihan dan pujian yang tidak berserta dengannya Tauhid.
(5) Kebanyakan daripada perkara tersebut telah pun dibincangkan secara terperinci pada lembaran2 terdahulu. Pada kesempatan ini kita cuma tumpukan pada tajuk "ucapan yang sia-sia".
(6) Ucapan sia-sia tidak kurang bahayanya berbanding dengan ucapan2 lain yang mengakibatkan dosa besar, kerana "Ucapan2 sia-sia" boleh menarik seseorang kepada ucapan2 yang mengandungi dosa besar. Kebanyakan orang Islam menyangka ianya tidak ada apa2 kerana pada sangkaan mereka ianya sekadar "gurauan" atau "hiburan"... sedangkan ia mengandungi tipu daya tersembunyi.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Ketahuilah bahawa keadaan kamu yang paling baik adalah kamu memelihara kata-kata kamu dari semua bahaya yang kami sebutkan dahulu, seperti mengumpat, bertengkar, berdusta dsb. Dan kamu berkata-kata mengenai yang harus yang tidak sesekali mendatangkan melarat atas kamu dan atas orang Muslim. Kecuali kamu berkata-kata dengan apa yang tdak diperlukan. Dan tidak ada hajat kepadanya, Maka kamu telah mensia-siakan waktu kamu. Dan mengadakan perhitungan (hisab) terhadap perbuatan lidah kamu.
[Ihya Ulumuddin — Bab Bahaya Lidah]
Bersambung siri 259 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment