Tuesday, July 09, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 395)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-52 

Menyakiti Allah

....sambungan....



Contoh 6 : Menyeru kepada Allah dengan panggilan buruk atau yang menunjukkan kelemahan


Allah Ta'ala bersifat dengan Sifat-Sifat Kesempurnaan, Keindahan, Kesucian, Keagungan dan Kemegahan. Sedangkan makhluq sekaliannya bersifat dengan sifat kekurangan dan kelemahan.   


Orang beriman di-Perintah menyeru (berdoa) dengan menyebut nama-nama-Nya yang Indah, Hebat dan Agung sebagaimana datang dari Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah.  Maka dilarang keras (haram) menyebut nama-nama Allah dengan panggilan-panggilan yang menunjukkan kekurangan, kelemahan, kecacatan, kerendahan dan sebagainya kerana semua ini adalah sifat makhluq. 


Misalnya thabitkan Allah dengan sifat-sifat kelemahan dan kekurangan seperti : mengantuk, tidur, lemah, lalai, sakit, dan lain-lain sepertinya  adalah haram, berdosa besar, syirik dan kufur.


Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Ada beberapa sifat yang TIDAK boleh (diharamkan) disifatkan kepada Allah, di antaranya:  bodoh, ragu-ragu, prasangka, lalai, lupa, mengantuk, tidur, lengah, lemah, mati, bisu, tuli, buta, syahwat, sedih, dukacita, rugi, sesal, sakit, lazat, mudarat, berharap dan dusta.  (Dilarang keras menyebut Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut, kerana semuanya menunjukkan kekurangan, kelemahan, kepincangan, kerendahan yang merupakan sifat makhluq — pent).

Selain itu TIDAK  boleh disebut   muthiqan (mendapat kekuatan) kerana Dia lah yang mencipta Kekuatan.  Tidak boleh disebut  mahfuzan  (terjaga) kerana Dia Zat Yang Maha Memelihara (makhluq-Nya).  

[Al-Qhunyah Li-Talibil Tariqil Haqq ; Bab Mengenal Allah]


Berkata Imam Bajuri Radhiallahu anhu

"Kesimpulannya : Bahawa para Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat atas bolehnya  mengithlaqqan  Asma' dan Sifat atas Allah Ta'ala jika wurud dengannya izin dari Syara' dan (sepakat pula) atas mencegahnya jika wurud larangan daripadanya.  Tetapi mereka berselisih sekiranya tidak ada izin dan tidak pula tegahan, dan yang terpilih adalah tegahan yang demikian itu dan dialah mazhab Jumhur"

[Tuhfatul Murid — Mutiara ke 39]


Bersambung siri 396 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 585) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...