Tuesday, January 03, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 188)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

sambungan....


Penjagaan dan Rawatan


Pertama : Sucikan hati yang berpenyakit

Punca utama terjadi "Khianat" adalah daripada hati yang berpenyakit.  Penyakit cinta dunia,  hasad dengki, marah dan dendam,  tamak harta, tamak pangkat dan kedudukan, megah dan takabbur. Inilah penyakit2 yang menguasai hati sehingga manusia menjadi pengkhianat.   

Selayaknya semua hamba2 Allah yang diberikan amanah melatih diri hapuskan semua jenis penyakit hati yang membawa kepada "Khianat".  Selagi mereka tidak menyucikan hati mereka daripada penyakit2 merbahaya ini, selagi itulah mereka akan terus-menerus melakukan pengkhianatan. 


Ke-2 : Tuntut Ilmu berkenaan Amanah

Setiap orang islam perlu mengetahui Amanah masing2 sebagai orang beriman dan apa maksud "Khianat" kepada Amanah tersebut. Mereka wajib mempelajari semua macam Amanah yang mereka tanggung dan keutamaan2nya. Orang yang tidak mempelajarinya dengan benar, pasti akan jatuh kepada pengkhianatan tanpa disedarinya.  


Ke-3 : Utamakan Tuntutan Allah dan Rasul-Nya

Fahami sungguh2 bahawa semua jenis amanah yang dipikulkan ke atas seorang mukallaf adalah bertujuan memakmurkan bumi dengan Kalimah La-Ilaha-Illallah, sama ada dia seorang ketua keluarga atau seorang pedagang atau seorang Pegawai atau seorang Pemimpin Negara semuanya bertujuan meninggikan Kalimah Allah. Apabila keutamaan ini diabaikan, maka mereka telah khianat kepada Amanah Allah. 


Ke-4:  Jangan merebut2 untuk menjadi Pemimpin. 

Kepimpinan adalah Amanah yang berat dan bukan hadiah. Hanya mereka yang kurang aqal, lemah Iman dan tamak haloba menuntut2 kuasa dan kepimpinan. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda :

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepemimpinan, padahal kelak di Hari Qiamat ia menjadi penyesalan.” 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda :

"Wahai Abu Zarr, engkau tidak mampu sedangkan jawatan adalah Amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari Qiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul."

[Imam Muslim]


Ke-5: Jangan serahkan jawatan kepada yang meminta2

Jawatan apa pun terutama jawatan2 yang tinggi2 wajib diserahkan kepada mereka yang benar2 layak, bukan kepada mereka yang meminta2 jawatan kerana orang yang meminta2 jawatan mempunyai matlamat kepentingan duniawi. 


Rasulullah ﷺ bersabda :

“Sesungguhnya kami, demi Allah tidak akan menyerahkan pekerjaan ini kepada seorang pun yang memintanya, atau seorang pun yang sangat menginginkannya.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


*Ke-6: Jangan serahkan tugas kepada yang bukan ahlinya*

Setiap urusan dan pekerjaan mempunyai pakarnya masing2. Jika terpaksa memilih antara beberapa orang untuk menerajui sesebuah jabatan atau kementerian, atau Negara... pastikan pilih orang yang amanah.  Jangan sesekali memilih orang2 zalim yang menyusahkan kehidupan rakyat.


Rasulullah   ﷺ  bersabda :


“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya’. Salah seorang bertanya, ‘Bagaimana bentuk sia-siakan amanah itu wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”

[Imam  Bukhari].


Bersambung siri  189  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 528) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...