Tuesday, January 03, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 187)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.22  Dosa Besar ke-21:  Khianat ( ِخِياَنَة )

sambungan....


Punca Khianat


Punca terjadinya " Khianat " adalah berbagai ragam disebabkan akibat yang berbeza2 yang berkait rapat dengan puncanya. Walau bagaimanapun kami tegaskan : Hampir semua persoalan ini kembali kepada hal yang sama, iaitu "Penyakit hati yang parah",  "hati yang lalai dari Zikrullah" dan  " Iman yang sangat lemah". 


Sebab2 lain yang bercabang2 yang membawa kepada "khianat" adalah : 


Jahil akan maksud Amanah dan Khianat

(tidak mengetahui hakikat kehidupan dan tuntutan Allah dan Rasul-Nya), 

Kemarahan meluap2 dan melampau,

Hasad, 

Dendam, 

Tamak harta benda dunia, 

Tamak kuasa, pangkat, kedudukan. 


Akibat Khianat :


Lazimnya orang yang melakukan pengkhianatan menyangka dia boleh hidup mewah, senang lenang dan bahagia.  Adakah mereka hidup bahagia setelah melakukan berbagai kezaliman dan pengkhianatan ? Sudah tentu tidak!  Kitabullah dan Hadith Rasulullah ﷺ menjelaskan dengan terang akan akibat mereka yang melakukan kezaliman atas muka bumi.  Di antara akibat perbuatan khianat — langgar Amanah Allah, merampas harta orang secara zalim dan melakukan kerosakan atas muka bumi :


Pertama : Pendapatannya tiada keberkatan

Meskipun banyak harta dan wang ringgit, namun sentiasa tidak cukup kerana harta yang diperoleh dengan cara khianat tiada keberkatan.


Kedua : Hilang kebahagiaan hidup

Orang ini mungkin kelihatan seperti orang yang bahagia pada pandangan luar sedangkan hatinya sengsara. 


Ketiga :  Hilang kewibawaan dan kepercayaan 

Orang yang gemar menipu dan khianat akan hilang kepercayaan orang ramai. 


Keempat : Ditimpa berbagai penyakit misteri 

Mereka terkena berbagai penyakit misteri yang susah diubati. Meskipun pakar2 rawatan cuba merawatnya, namun tak berjaya. 


Kelima : Mati di dalam kehinaan. 

Mereka yang terus-menerus melakukan pengkhianatan, kezaliman dan menipu daya manusia sampai mati, maka mereka mati di dalam Kemurkaan Allah. Wal Iyazubillah. 


Di dalam persoalan ini, ramai musykil dan bertanya:

"Pemimpin2 yang zalim, fasiq dan menipu rakyat kelihatan hidup senang dan mewah. Tidak pun kelihatan mereka terkena hukuman meskipun mereka tersangat zalim.  Dan mereka megah dengan keadaan tersebut". 


Jawapannya:

Jika kamu melihat orang yang khianat, zalim dan sering menipu sana sini dan melakukan berbagai kejahatan, namun mereka tiada terkena sebarang balasan di dunia. sebaliknya mereka hidup di dalam kemewahan dan kesenangan..  itu tandanya mereka terkena istidraj. Kenikmatan yang mereka kecapi pada hakikatnya Kemurkaan Allah. Apabila sampai masanya, Allah Ta'ala menimpakan mereka akan bala kemurkaan-Nya, sehingga mereka terpinga2 dengan bencana yang menimpa mereka!  Wal Iyazubillah.!


Rasulullah ﷺ bersabda :

“Apabila kamu melihat Allah Ta'ala Memberi kepada hamba daripada (kemewahan, kelazatan, kenikmatan) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan ma'siat (kekufuran, kefasikan, kezaliman) kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa yang demikian itu adalah istidraj (dari Allah) (kelangsungan atau Kurnia Allah di dalam Kemurkaan-Nya).”   Kemudian Rasulullah ﷺ membaca Firman Allah [Al-An'am (6) : ayat 44] : 

, فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)."

[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]


Bersambung siri  188  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...