Tuesday, January 03, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 189)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.23  Dosa Besar ke-22:  Caci maki


Definisi


Ringkasnya yang dikehendaki dengan caci maki adalah melemparkan kata2 buruk dan keji  terhadap seseorang dan kata2 tersebut dapat difahami dengan jelas sebagai "kekejian" sama ada pada sudut hukum Syara' atau pada adat sesebuah tempat / negeri. 


Penjelasan :


1. Istilah "Caci maki" juga lazim dikenali dengan istilah2 lain:   maki hamun, mencarut, kata2 cabul, kata2 keji yang memalukan. 


2. Ucapan yang lazim keluar adalah berkait dengan "kemaluan" atau "hubungan lelaki wanita" atau "perzinaan" dan dilemparkan ke muka orang dimarahi, atau dilemparkan ke udara secara umum dengan ucapan yang jelas difahami sebagai ucapan keji. 


3. Meskipun kebanyakan pembicaraan ini melibatkan ucapan lidah atau gerak badan atau isyarat jari, namun larangan ini meliputi gerak hati (mencaci maki dalam hati)


4. Sebab2 tersembur keluar kata2 caci maki adalah kerana kemarahan yang meluap2 dalam hati terhadap pihak lain. Atau kerana hatinya dipenuhi dengan kekejian. Atau mungkin juga kerana sudah menjadi kelaziman baginya. 


5. Caci maki dan kekejian adalah kelakuan orang yang tiada akhlaq atau ahli ma'siat atau orang fasiq yang terlibat dengan berbagai kemungkaran.  Hatinya dipenuhi dengan kekejian sehingga segala ucapan juga diwarnai dengan kekejian dan cabul. 


6. Orang2 beriman tidak akan melemparkan kata2 cacian dan kekejian terhadap manusia lain, apa lagi terhadap orang beriman yang lain.  


7. Adapun Guru yang mengajar berkenaan hukum2 fiqh atau seseorang ingin menerangkan sesuatu hukum melibatkan "alat kelamin"  atau " hubungan suami isteri" tidaklah termasuk di dalam larangan ini.  Ini kerana menuntut Ilmu fiqh adalah wajib menurut tertibnya.  


8. Ketika terjadi keperluan menerangkan hukum fiqh, maka digunakan kata2 kinayah — kata2 samaran yang membawa maksud yang sama. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

Adapun batas dan hakikatnya (cacian dan makian) adalah pembicaraan yang dipandang buruk hukum maupun adat kebiasaan, dengan kata2 yang sangat jelas dan terang serta mudah difahami sebagai kekejian dan keburukan terhadap orang lain. Kebanyakan ucapan caci maki ini berkait dengan zina, alat kelamin, hubungan kemaluan lelaki wanita. Ini kerana orang yang melemparkan kata2 demikian adalah ahli ma'siat. Sedangkan orang yang mempunyai akhlaq menjauhkan daripada yang demikian."

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri  190  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

 

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...