Wednesday, January 04, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 191)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.24 Dosa Besar ke-23:  Mengejek


Definisi


Mengejek adalah memperolok, mempersenda, memandang rendah, memalukan, dan menjatuhkan maruah seseorang melalui ucapan atau perbuatan atau isyarat, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. 


Penjelasan:


1. Mengejek pada hakikatnya suatu bentuk penghinaan terhadap orang lain dan ini adalah termasuk di dalam pengertian " Takabbur " seperti yang telah dibicarakan pada awal Risalah ini. 


2. Allah Ta'ala melarang orang beriman saling mengejek dan memanggil dengan panggilan2 atau gelaran2 yang buruk kerana ianya merupakan ucapan paling buruk setelah seseorang itu beriman. 


3. Sesungguhnya Orang yang gemar mengejek dan memanggil orang lain dengan berbagai gelaran buruk adalah tertipu kerana boleh jadi orang yang diejek2 / diolok2 itu lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya di Sisi Allah berbanding orang yang mengolok2nya. 


4. Sebab2 yang mendorong kepada mengejek2 dan memandang rendah kepada orang Islam lain adalah kerana dia merasa dirinya lebih baik atau lebih hebat atau lebih mulia dari orang lain. Dan ini tipu daya dari bisikan Iblis. 


5. Manusia suka mengejek atau olok2 orang lain kerana beberapa kelebihan yang dimilikinya : Sama ada kelebihan bersifat duniawi seperti banyak harta, keturunan, wajah yang tampan, kemewahan rumah kediaman, pakaian yang mewah2 dll sepertinya.  Atau dia memiliki kelebihan ukhrawi seperti :  amal ibadah zahir yang banyak, Hafal Qur'an, Hafal Hadith yang banyak,  pandai berdebat, dan lain2 sepertinya. 


6. Perkara2 yang tergolong ke dalam maksud mengejek, memperolok2 dan penghinaan adalah :


■ Memanggil orang beriman dengan berbagai gelaran buruk seperti "hai celaka" atau "hai orang sial"  atau "hai yahudi" dsb. 


■ Mengejek orang miskin kerana kemiskinannya atau menggelarnya "pemalas".


■ Membuka 'aib seseorang sedangkan Allah sudah menutupinya.


■ Mengejek atau memanggil orang Islam yang sudah taubat dari dosa2nya (dengan Taubat Nasuha),  dengan panggilan2 yang menisbahkan kepada kelakuannya yang terdahulu, misalnya mengejek dengan kata2 "hai pemabuk" atau "hai kaki judi" dan sebagainya. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu' :

Makna mengejek adalah :   Memandang rendah, melecehkan, meremehkan, menghina, menyebutkan sifat2 kekurangan atau yang memalukan dengan cara mentertawakan seseorang.Yang demikian itu terkadang dengan meniru2 perbuatan dan perkataan. Dan terkadang dengan isyarat."


Bersambung siri  192  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...