Wednesday, January 04, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 192)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.24 Dosa Besar ke-23:  Mengejek

sambungan...


Dalil-Dalil


Firman Allah تَعَالَى :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ 

[Al-Hujurat (49) : ayat 11]


Berkata  Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :

"Allah Ta'ala melarang orang beriman saling mengejek2  dan memanggil dengan gelaran2 buruk dan keji seperti mereka di zaman Jahiliah. Janganlah satu kaum mengolok2 kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diolok2) lebih baik dari mereka (yang mengolok2) dan lebih utama kedudukannya di Sisi Allah. Orang yang memangil2 orang lain dengan gelaran2 buruk "wahai Yahudi", "wahai Nasrani", "wahai Majusi" dan enggan Taubat, mereka itulah orang yang aniaya diri sendiri dengan Azab Allah."

[Tafsir Ibn Abbas] 


Berkata Imam Abu Ja'afar Muhammad At-Tabari Radiallahu anhu :

Pendapat yang benar menurutku tentang masalah ini adalah Allah mengumumkan larangan-Nya kepada sekalian orang beriman. Dia (Allah) melarang sebahagian mereka mengejek sebagian lainnya dengan berbagai makna ejekan yang tidak disukainya (dibencinya).  Seorang mukmin, siapa pun dia, tidak boleh mengejek mu'min yang lain kerana kemiskinannya atau dosanya atau hal-hal lainnya."

[Tafsir At-Tabari]


Firman Allah تَعَالَى :

يَـٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً۬ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَٮٰهَا‌ۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرً۬ا‌ۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدً۬ا

"Aduhai celakanya kami!  Kitab apakah ini? Tidak ditinggalkannya perkara yang kecil dan yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun."

[Al-Kahfi (18) ; ayat 49]


Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :

"Berkenaan Firman Allah "  لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً۬ وَلَا كَبِيرَةً  " (  Tidak ditinggalkannya perkara yang kecil dan yang besar)

Yang kecil adalah :  Tersenyum dengan memperolok2 orang Mu'min.  Dan yang besar adalah : Tertawa terbahak2 dengan yang demikian"

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

"Ta'wilan Ibn Abbas menunjukkan bahawa tertawa kepada orang (mengejek dan memperolok2) termasuk di dalam jumlah dosa kecil dan dosa besar"

[Ihya Ulumuddin — Bab Bahaya Lidah]


Sabda Rasulullah ﷺ :

"Barangsiapa yang mengejek saudaranya (orang beriman) atas dosa yang telah ditaubatinya, nescaya dia tidak akan mati kecuali dia mengerjakan dosa tersebut."

[Imam Tirmizi]


Berkata Imam Ghazali :

"Semua ini kembali kepada maksud menghina orang lain dan tertawa kepadanya dan memandang rendah kepadanya."

[Ihya Ulumuddin - Bab Bahaya Lidah]


Maksud Imam Ghazali adalah :

Orang yang mengejek dan menghina orang beriman lain yang berbuat dosa sedang dia telah taubat, maka orang yang mengejek tadi akan terkena ujian yang sama sehingga dia sendiri terlibat dengan dosa yang sama dengan dosa orang yang telah dihinakannya.  Hal ini terjadi akibat memandang hina kepada orang lain dan merasakan diri suci dan selamat dari dosa2. 


Bersambung siri  193  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...