Wednesday, January 04, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 193)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.24 Dosa Besar ke-23:  Mengejek

sambungan...


Pengecualian — Tidak termasuk mengejek


Keseluruhan pengertian "mengejek" atau "mengolok2" adalah bermaksud merendah2kan atau menghina orang beriman, serta menyakitkan hatinya sehingga dia merasa tidak senang, sedih dan benci dengan ejekan2 tersebut. Dan orang yang mengejek2 itu merasakan diri sendiri lebih baik, mulia dan orang yang suci.  Sekalian perlakuan seperti inilah yang salah dan berdosa...!


Ada pun kata2 tegas yang bertujuan mengajar, mendidik dan mencegah kemungkaran TIDAK termasuk di dalam larangan.  Bahkan setengah ungkapan tegas bertujuan menyelamatkan Agama dan Ummat Islam daripada kesesatan menjadi kewajipan. Ertinya ungkapan "tegas" atau "keras" terhadap seseorang perlu dan ada kalanya menjadi wajib bergantung beberapa keadaan bertujuan memelihara hukum-hakam Agama. Dan ini TIDAK terhitung sebagai ejekan atau olok2. 


Pertama :

Pemerintah yang tersangat zalim sehingga membunuh ramai manusia, misalnya Fir'aun dan Namrud yang membunuh kanak2 dan membuat berbagai kezaliman, mereka2 ini layak dikatakan sebagai "Orang zalim" atau "fasiq" atau "manusia yang celaka".


Kedua :

Orang alim yang "menjual Agama" kerana secebis dunia yang hina, dan menyebabkan ramai manusia menjadi sesat layak dikatakan sebagai "Orang alim yang jahat".  Allah Ta'ala menggelar orang berilmu seperti ini sebagai "anjing yang menjelir lidahnya."


Firman Allah :

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]


Ketiga :

Orang jahil yang keras kepala dan enggan menerima nasihat Ulama,  sebaliknya menghina Ulama dan menghina Ummat Islam dengan panggilan2 "sesat", "bid'ah sesat",  "penyembah kubur",  "pembuat khurafat" dll. semata2 kerana menyambut Maulid Nabi,  Membesarkan Nabi, Ziarah Maqam Auliya Allah. Golongan ini layak dikatakan sebagai "orang bodoh" dan "golongan celaka".  


Sabda Rasulullah ﷺ :

“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radhiallahu 'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bagikan ghanimah (harta rampasan perang Hunain), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, "berlaku adillah". Maka Baginda berkata: "Celaka kamu!. Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku  yang berbuat adil. 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda :

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Bersambung siri  194  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...