Sunday, November 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 100)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke -14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Contoh umpatan dengan perbuatan:

Kamu meniru2 gaya seorang yang tempang (cacat) berjalan. Ini adalah suatu bentuk umpatan kepada orang lain, iaitu  di dalam bentuk perbuatan.


Contoh mengumpat dengan isyarat / sindiran:

Kamu menunjukkan isyarat tangan kamu, yang kamu tujukan kepada si fulan bahawa dia gemuk atau comot atau lainnya.


Contoh mengumpat dengan tulisan:

Kamu menulis berkenaan kekurangan si fulan di dalam surat khabar atau media elektronik sehingga orang yang membacanya dapat memahami bahawa tulisan kamu ditujukan kepada orang berkenaan.  Jika tulisan tersebut menyebut secara umum tanpa menujukan kepada seseorang secara khusus dan tujuannya untuk perbaikan akhlaq manusia, maka itu adalah harus kerana termasuk da'wah.


Kemusykilan:

Bagaimanakah hukum menyatakan (dengan cara menulis) kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang dengan terang-terangan?

Bagaimanakah pula hukum menulis kejahatan / kekufuran seorang pemimpin zalim ?

Bagaimanakah pula hukum menulis penyelewengan Ulama jahat?

Jawapannya pada bahagian tajuk : Keharusan Mengumpat.

 

Contoh mengumpat dengan hati:

Kamu berkata2 di dalam hati bahwa si fulan itu gemuk atau pengotor, comot, pemalas, sombong, riya', orang tak guna dsb.   Kata2 ini apabila dizahirkan dengan lidah, maka jadi mengumpat. Maka demikian juga umpatan yang terhenti pada hati (tidak terzahir pada mana2 anggota tubuh), adalah terhitung ke dalam makna mengumpat.


Kemusykilan :

Bagaimanakah hukum membenci kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang di dalam hati?  Jawapan:  Benci kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang adalah wajib. Yang dilarang adalah : Menyindir atau memandang rendah pada peribadi seseorang yang tiada kaitan dengan Agama.


Contoh umpatan bentuk lain yang zahirnya kelihatan baik:


Misalnya seseorang berkata : 

"Alangkah baiknya jika mereka beramal ibadah seperti kita".  

Ucapan seperti ini zahirnya kelihatan seperti baik dan seolah2 berdoa kebaikan untuk orang lain tetapi hakikatnya ni termasuk umpatan. Bahkan di dalamnya terkandung dua dosa :  

Pertama mengumpat. 

Kedua mengandungi unsur takabbur — mengangkat diri sendiri dan memandang rendah kepada orang lain. 


Misal yang lain, seseorang berkata:

"Dahulu si fulan rajin solat berjemaah, sekarang dia jarang datang kerana  terkena bisikan syaitan."  

Di dalam kata2 ini terdapat tiga dosa : 

Dosa umpatan

Dosa jahat sangka

Dosa takabbur


Hal seperti ini sering terkena kepada ahli2 Masjid yang rajin ke Masjid, lalu mereka perhatikan seseorang yang awalnya kelihatan rajin berjemaah di Masjid tiba2 hilang atau jarang ke Masjid tersebut. Maka timbul berbagai sangkaan dan kata2 yang kelihatannya baik tetapi hakikatnya mengandungi ungkapan "mengumpat" dan berserta dosa2 besar lain.  Wal Iyazubillah.   



Bersambung siri  101    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 99)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke -14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Mengumpat melalui cara2 lain selain lidah:


Ulama kita telah menjelaskan akan wujudnya bentuk2 umpatan selain dengan lidah / lisan. Ertinya dosa mengumpat tidak terhenti pada Umpatan dengan lidah semata2,  tetapi juga boleh terjadi dalam bentuk2 lain, setengahnya tidak disangka2.


Bentuk2 lain adalah :


(1) Umpatan dengan cara meniru2 perbuatan orang itu

(2) Umpatan melalui isyarat tangan, mata, memek mulut

(3) Umpatan melalui tulisan

(4) Umpatan dengan hati

(5) Umpatan dalam bentuk kata2 yang zahirnya baik tetapi hakikatnya tersimpul dosa


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Ketahuilah bahawa menyebut (mengumpat) dengan lisan itu diharamkan kerana padanya memberi pengertian akan kekurangan pada saudaramu dan mendedahkannya kepada umum dengan apa yang tidak disukainya. Maka menyindir dengan yang demikian itu sama seperti menegaskannya. Dan perbuatan padanya itu seperti perkataan, isyarat, penunjukkan dengan tangan, isyarat dengan mata, tulisan, dengan pergerakan dan setiap yang memberi pengertian akan yang dimaksud. Maka ianya masuk umpatan. Dan demikian itu haram."

"Dan termasuk di dalam pengertian tersebut "peniruan", misalnya adalah   "berjalan dengan pincang"  atau meniru gaya orang itu berjalan, maka itu umpatan. Bahkan lebih berat. Ini kerana ia lebih besar kesannya pada menggambarkan dan memberi pengertian."

"Dan demikian lagi umpatan dengan tulisan. Sesungguhnya pena itu salah satu dari dua lisan."

[Ihya Ulumuddin : Bab Umpatan selain dari lisan]


Dalil Sandaran Hadith:


Hadith Rasulullah ﷺ:


"Seorang wanita yang menemui Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu anha. Ketika wanita itu hendak keluar, Sayyidatina ‘Aisyah berisyarat pada Rasulullah ﷺ dengan tangannya untuk menunjukkan wanita tersebut pendek. Rasulullah ﷺ lantas bersabda, “Engkau telah mengumpatnya.”

[Imam Ahmad]


Rasulullah ﷺ  bersabda:


"Sayyidatina Aisya Radhiallahu anha berkata : "aku menceritakan tentang seseorang, lalu Baginda bersabda : "Demi Allah aku tidak suka menceritakan tentang seseorang (meniru2 perbuantannya) sedang aku mempunyai keadaan  demikian dan yang demikian. "

[Imam Abu Dawud]



Bersambung siri  100 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI     

    

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 97)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke -14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Contoh2 Mengumpat:

Pekerjaan mengumpat seseorang meliputi seluruh hal ehwal diri seseorang yang diumpat, lazimnya menyentuh hal2 berikut:


Kekurangan pada tubuhnya.

Keadaan Keturunannya yang kurang baik.

Kelakuan dan sifat2nya.

Cara ucapannya.

Cara berpakaiannya.

Kenderaan yang dimilikinya.

Tempat tinggalnya.

Perbuatan berkait dengan Agama.

Perbuatan berkait dengan duniawi


Contoh 1 :

Berkenaan dengan tubuh badan.

Kamu katakan si fulan itu gemuk macam gajah atau kamu katakan dia kurus macam lidi, muka cengkung, muka hitam legam, mulut cacat, telinga pekak, kaki bangku dsb.  Semua ini adalah terhitung mengumpat meskipun memang benar wujud tubuhnya demikian. Ini kerana apabila si fulan yang kamu umpat itu mendengarnya, pasti dia akan marah atau sakit hati, rasa hina diri dsb.


Contoh 2 :

Berkenaan dengan keturunan.

Kamu katakan dia keturunan tak baik atau kamu katakan dia keturunan lanun, atau kamu katakan keturunannya semua pengotor atau kamu katakan keturunannya malas, miskin, papa kedana.  Atau kamu katakan ayahnya seorang tukang sapu sampah, tukang kutip sampah, tukang cuci jamban dsb yang mana semua ini sudah pasti mengguriskan hatinya.


Catitan:

Kata Guru2 kami yang mulia :   Kecuali jika ada orang bertanya kepada kamu apa pekerjaan bapa si fulan, maka kamu harus beritahu pekerjaan bapanya dengan syarat :  kamu menyebut dengan penuh hormat dan rendah diri, tanpa sedikit pun kesombongan, kerana tukang sapu dan tukang cuci tandas adalah pekerjaan mulia, bukan perkerjaan hina seperti sangkaan ramai orang.  Sesungguhnya siapa yang memandang hina kepada tukang cuci atau tukang kutip sampah, maka mereka itulah sebenarnya hina di sisi Allah. 


Contoh 3:

Berkenaan dengan sikap umum.

Engkau mengatakan si fulan itu buruk perangainya, atau kamu berkata dia orang sombong, suka ria, sangat bakhil, orang yang pengotor, pemalas, pemarah dsb.  Semua ini tidak layak disebutkan meskipun mungkin wujud pada si fulan itu.


Catitan:

Jika seseorang terkenal dengan kefasikan dan suka menipu manusia atau suka peras ugut dsb . Maka di dalam hal ini ada perbahasan lain pada tajuk kecil " hal2 yang diharuskan mengumpat " pada penghujung bab.


Contoh 4:

Berkenaan dengan cara bercakap.

Kamu katakan si fulan tak pandai bercakap, gagap, lembab, suka cakap merapu dsb.


Contoh 5:

Berkenaan dengan pakaiannya.

Kamu katakan si fulan comot pakaiannya atau busuk atau kotor, tampal2, lekeh, baju terjuntai, pakaian macam perompak, pakaian macam orang gila dsb.  Semua ini menyakitkan hati dan membuat manusia menjadi marah. 



Bersambung siri  98 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

Saturday, November 19, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 96)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Dalil Al-Qur'an dan Hadith :


Firman Allah :

وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

[Al-Hujurat (49)  : Ayat 12]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" 

[Imam Abu Dawud]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ ». قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ « ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ ». قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِى أَخِى مَا أَقُولُ قَالَ « إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ »

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ  bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda berkata, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ  “Jika sesuai kenyataan bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah memfitnahnya.” 

[Imam Muslim]


Hadith Rasulullah ﷺ:

"Seorang wanita yang menemui ‘Aisyah Radhiallahu anha. Ketika wanita itu hendak keluar, ‘Aisyah berisyarat pada Rasulullah ﷺ dengan tangannya untuk menunjukkan wanita tersebut pendek. Rasulullah ﷺ lantas bersabda, “Engkau telah mengumpatnya.”

[HR. Ahmad]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah orang2 yang suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

[Imam Abu Dawud]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

" Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina dan bertaubat, maka Allah Ta'ala menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat.

[Imam Ibnu Hibban]


Bersambung siri  97 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 95)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat


Definisi Ghibah :


Dari segi bahasa:   

Ghibah ( غيبة ) — mengumpat  berasal dari kata  ( غَابَ - يَغِيْب )  bermaksud :  tidak hadir, tidak muncul, menghilang, lenyap, menutup diri, tersembunyi, tenggelam, terbenam.


Dari segi istilah :

Ghibah ( غيبة ) — mengumpat adalah : Menyebut berkenaan seseorang, di belakangnya (ketika ketiadaannya), suatu pekara yang tidak disukainya, tidak disenanginya, atau akan menjadi marah apabila dia mendengarnya, meskipun perkara tersebut memang benar wujud pada orang itu.


Penjelasan:


(1) Kebanyakan orang salah faham berkenaan dengan Ghibah — Mengumpat.   Mereka menyangka, tidak mengapa menyebut kekurangan seseorang di belakangnya asalkan ia benar wujud pada orang tersebut.   Ini fahaman yang salah.  Yang benar adalah : Meskipun apa yang kamu katakan itu benar sekalipun, seandainya orang yang kamu umpat itu marah ketika mendengarnya, maka itu adalah termasuk "mengumpat".


 (2) Dosa mengumpat amatlah besar sehingga Allah Ta'ala menyamakan "mengumpat" dengan perbuatan "memakan daging saudaranya"


(3) Pada zaman Rasulullah  ﷺ, jika seseorang yang mengumpat bertemu Baginda, maka Baginda akan menyuruhnya muntahkan , maka dia akan benar2 muntahkan ketulan daging.  (iaitu isyarat kepada keadaan dia seolah2 telah memakan daging orang yang dia telah umpat).


(4) Dosa ini hampir2 tidak dapat dielakkan disebabkan manusia lazimnya bercampur baur, muamalah, melakukan aktiviti harian....melainkan orang yang benar2 memelihara perkataan dan banyakkan diam ketika tidak perlu.


(5) Dosa mengumpat lebih mudah terkena kepada golongan2 ini:

i)  Orang yang memang tabi'atnya memerhatikan kekurangan manusia. 

ii) Dosa ini juga lebih sinonim dengan wanita disebabkan mereka lebih mudah terdorong kepada nafsu kejahatan dan bisikan Syaitan.

iii) Orang2 yang bersaing di dalam perniagaan

iv) Orang2 yang bersaing di dunia politik

v) Orang2 yang berlumba di dalam urusan dunia yang lain.


(6) Ramai orang yang beramal soleh gagal memerhatikan perkara ini kerana menganggap perkara kecil.  Mereka tidak sedar perbuatan ini memakan amalnya dan salah satu sebab yang menjadikannya "muflis" di Akhirat.  


(7) Menurut hukum, meskipun mengumpat pada umumnya terlarang dan dosa besar, wujud beberapa tempat diharuskan mengumpat. Akan datang penjelasannya pada penghujung bab.


Berkata Imam Ghazali :

"Ketahuilah bahawa mengumpat adalah bahawa engkau menyebut saudara engkau dengan yang tidak disenanginya, jika sampai kepadanya perkataan engkau itu"

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:

Ghibah adalah menyebutkan kejelekan orang lain ketika dia tidak ada pada saat perbicaraan (mengenai orang itu)."

[Syarh Shahih Muslim]



Bersambung siri  96 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 94)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke -13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Penjagaan / Rawatan:


Bagaimanakah cara jauhkan diri dari terjatuh kepada penyakit suka berdusta ini?  


Apakah rawatan paling berkesan untuk bersihkan hati daripada terdorong untuk melakukan pendustaan? 


Bagaimanakah pula cara merawat diri setelah lama terlibat dengan dosa² pendustaan, pembohongan dan tipu daya?


Ketika Risalah ini ditulis ( 21 Dhulhijjah 1442 H /  31 Julai 2021 M), Ummat Islam dikelilingi berbagai bentuk pendustaan yang tiada terhitung.


Demikian banyaknya "pendustaan" mengelilingi Ummat sehingga orang ramai menjadi keliru, terpedaya dan jatuh kepada kesesatan tanpa disedari. Wal Iyazubillah. 


Sesungguhnya keadaan ini hampir serupa dengan zaman munculnya Dajjal yang membawa kepalsuan dan tipu daya.  Ketika Dajjal menawarkan keamanan, harta kekayaan dan kemewahan... manusia berduyun² datang padanya. Mereka mengakui Dajjal sebagai pemimpin Agung mereka. Bahkan tidak kurang memujanya sebagai Tuhan.  Wal Iyazubillah.   


Hanya pada Allah kita mohon Pertolongan.


(1) Langkah pertama : Wajib Taubat sungguh2 dengan Taubat Nasuha menurut syarat2nya. 


(2) Pulangkan sekalian harta manusia yang diperoleh dengan tipu daya.


(3)Sentiasa insaf bahawa satu ketika sekalian manusia akan dihadapkan kepada Allah dan setiap pendusta akan membawa beban berat yang tak dapat ditanggung.  


(4) Banyakkan Istighfar, Solawat dan Zikrullah menggantikan ucapan yang tak perlu.  Kata² atau ucapan yang harus sekalipun perlu dielakkan kerana pada ucapan yang "harus" terdapat banyak sekali syubhat yang menjurus kepada perkara haram.  Ertinya banyakkan diam dan berkata2 apabila hanya benar² perlu sesuai dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya.


(5) Jika kamu seorang peniaga, juallah barang yang benar2 baik dan bersih.  Hasil jual beli yang halal membawa keberkatan, meskipun sedikit. Sementara hasil yang diperoleh dari tipu daya, hilang segala keberkatannya, meskipun banyak keuntungannya. 


(6) Dosa penipuan yang dilakukan oleh Pemimpin dan penolong² mereka amatlah berat. Namun masih belum terlambat jika mereka insaf dan bertaubat sungguh². Moga Allah Ta'ala Menerima taubat mereka. Tetapi mereka belum selamat  selagi mereka belum pulangkan hak rakyat. Bagaimanakah mereka mampu pulangkan hak rakyat yang mereka tipu? Wallahu A'lam.  


(7) Mereka yang gemar menulis atau cnp di dalam kumpulan2 WS, Tele, Fb dll .... hati2 dengan berbagai berita yang diterima. Sebelum kirimkan kepada orang lain atau kumpulan lain,  pastikan kandungannya benar2 menepati Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan BUKAN daripada fahaman Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular (liberal) atau lain2nya yang menentang Ahlus Sunnah.  Jika tak pasti JANGAN sebarkan. Diamkan diri dulu.


Setiap berita palsu yang kalian kongsi akan menerima habuan dosa yang sama banyak dengan penulis asalnya tanpa mengurangi dosa orang yang mulakannya.  Dan dosa tersebut berganda2 mengikut banyak mana orang kemudian yang kongsi pula berita palsu kepada pihak lain. 


Pada hari ini setiap hari ribuan berita palsu dan ilmu yang bertentangan dengan pegangan Ahlus Sunnah dikirimkan melalui internet oleh mereka² yang ingin merosak Aqidah Ummat. 


Moga mereka yang membaca peringatan ini memperoleh Hidayah bagi kekalkan diri di dalam kebenaran dan jauhi sama sekali daripada semua jenis pendustaan. 



Bersambung siri  95 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI 

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 93)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Contoh2 dusta yang haram tetapi disangka harus:


Kita telah bicarakan hal2 yang haramkan berdusta dan yang diharuskan berdusta , serta syarat2 dan batas2nya dan contoh2nya bagi berbagai keadaan.  Namun terdapat ramai orang Islam melakukan berbagai pendustaan dengan sangkaan ianya diperbolehkan sedangkan pada hakikatnya diharamkan.  Mari lihat beberapa contoh lazim daripadanya.


(1) Berdusta kepada isteri untuk menafikan hak2nya. 

Misalnya seorang isteri meminta wang perbelanjaan yang menjadi haknya sebagai isteri, maka berkata suaminya : " Saya tak ada duit, sedangkan dia ada duit" maka ini dusta yang diharamkan.  


Berkata Imam Nawawi:

"Adapun berbohong dengan tujuan menahan (meninggalkan) apa yang menjadi kewajipan suami atau isteri, atau mengambil sesuatu yang bukan menjadi hak suami atau isteri, maka ini haram berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin.” 

[Syarah Sahih Muslim]  


(2)  Berpura² atau berolok² memiliki suatu benda sedangkan dia tidak memiiknya. Misalnya : Seseorang berpura2 makan makanan2 yang lazat sedangkan tidak demikian. Misal yang lain : Seseorang berpura² mempunyai kenderaan hebat, sedangkan ianya milik orang lain. Misal yang lain : Seseorang mengaku mempunyai rumah yang besar dan mewah sedangkan dia sekadar berbangga di hadapan orang lain. 


Contoh² seperti ini dan lain² sepertinya adalah tergolong ke dalam dusta / pembohongan yang diharamkan.  Sekali pandang kelihatan remeh, tetapi yang sebenarnya perbuatan dan perkataan olok2 seperti itu adalah dusta / bohong yang diharamkan.


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Orang yang berbangga dengan sesuatu yang tidak pernah dia dapatkan, bagaikan orang yang memakai dua pakaian kedustaan".

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

 

(3) Berdusta dengan tujuan bergurau adalah haram. Ini kerana perbuatan ini tiada maksud perbaikan pada Agama dan tiada bermanfaat kepada manusia, bahkan sebaliknya menimbulkan kekeliruan dan bencana. Pada pandangan orang berkenaan dia sekadar bergurau tetapi dia tidak menyedari "pembohongan" dia boleh mengakibatkan berbagai sangkaan yang jahat atau merosak hati manusia.


Perbuatan2 seperti ini sangat banyak dilakukan oleh manusia pada zaman ini melalui internet.  Misalnya mereka mengirimkan sesebuah gambar pergaduhan atau sesebuah kemalangan yang sebenarnya tidak berlaku.  Atau mereka mengirimkan berita2 berkaitan politik yang sebenarnya tidak berlaku.  Atau hal berkaitan dengan covid -19 yang banyak tersebar pada zaman ini. Mereka membuat berbagai video atau gambar atau data berlainan dari fakta sebenar dan menganggapnya sebagai gurauan.  Pada sangkaan mereka perbuatan tersebut harus sedangkan ia termasuk dusta yang diharamkan.


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Celakalah orang yang berbicara kemudian berdusta agar orang lain tertawa celakalah dia, celakalah dia."

[Imam Ahmad]


Bersambung siri  94 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI     

    

Friday, November 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 92)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Batas keharusan dusta / bohong:


Persoalan:

Sejauh manakah keharusan berdusta? 

Apakah batas2nya?

Bagaimanakah seseorang dapat mengetahui mana yang dilarang atau diharuskan?


Jawapan :

Untuk mengetahui batas2 yang diperbolehkan "berdusta / berbohong", kita perlu melihat sebab2 Allah dan Rasul-Nya melarangnya. Kemudian perlu dilihat adakah perbuatan dusta / bohong itu benar2 diperlukan menurut pertimbangan Syara'. Yang ketiga perlu dilihat adakah sesuatu manfaat kepada kehidupan manusia dan menolak mudarat daripadanya. 


Meneliti Sebab2 diharamkan berdusta:

Secara umum, pendustaan  / pembohongan diharamkan kerana ia membawa kemudaratan kepada manusia yang ditujukan kedustaan tersebut atau terkena kepada manusia lain yang mempunyai hubungan dengannya.  Dengan demikian apabila perkataan dan perbuatan "dusta / bohong " ditujukan kepada perkara2 yang terhubung kepada "keselamatan Agama" atau "memelihara nyawa" atau "memelihara kehormatan seseorang" misalnya, maka tidaklah terkena dosa kerananya.


Kata Imam Ghazali:

"Ketahuilah bahawa dusta itu tidaklah haram kerana dusta itu sendiri. Tetapi kerana ada padanya melarat kepada orang ditujukan (pendustaan tersebut) atau kepada lainnya".

"Maka kami terangkan bahawa perkataan itu jalan kepada maksud. Tiap2 maksud yang terpuji yang mungkin sampai kepadanya dengan benar dan dusta, maka kedustaan padanya haram. Dan jikalau mungkin sampai kepadanya dengan kedustaan, tidak dengan kebenaran, maka kedustaan padanya diperbolehkan (harus), jika maksudnya adalah harus.  Dan wajib dusta jika maksudnya itu wajib."

[Ihya Ulumuddin : Bab hal yang dibolehkan berdusta]


Penjelasan:

Maksud Imam Ghazali adalah : Perkataan atau perbuatan dusta / bohong yang dibenarkan bergantung kepada tujuan ianya dilakukan.


■ Jika tujuannya mencapai kebaikan / perkara terpuji, dan tidak dapat mencapai kebaikan tersebut tanpa pendustaan, maka berdusta saat itu adalah sunnat.


■ Jika mungkin mencapai kebaikan pada Agama atau perkara terpuji dengan berdusta (dan tak dapat mencapainya jika berkata benar), maka ketika itu harus dusta.


■ Jika tujuannya menunaikan kewajipan pada Agama atau kerana menyelamatkan nyawa, harta dan maruah manusia, dan tidak mungkin mampu menunaikan kewajipan tersebut melainkan dengan berkata dusta, maka berdusta ketika itu menjadi wajib.


■ Jika sesebuah matlamat yang baik dan murni dapat dicapai tanpa pendustaan, maka ketika itu pendustaan adalah haram.



Bersambung siri  93 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI    

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 91)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke -13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Contoh2 dusta / bohong yang dibenarkan berserta penjagaan:


Contoh 1 :  Mendamaikan Muslim yang bergaduh.

Zaid dan Fikri bergaduh dan bermasam muka.  Kamu bertemu Zaid dan berkata pada dia :  "Sesungguhnya Fikri memuji kamu sebagai orang yang sangat baik."  Kemudian kamu jumpa pula Fikri dan berkata : "Aku dengar Zaid memuji kamu sebagai orang yang bijak."   Meskipun kata2 tersebut itu hanya rekaan dan bukan ucapan yang benar, tetapi kata2 tersebut dapat meleraikan permusuhan,  maka sudah tentu ianya amalan terpuji.  Dengan demikian perlakuan dusta di sini adalah perbuatan terpuji.


Contoh 2 : Mententeramkan isteri.

Suami berkata kepada isterinya : "Sedap betul lauk ni.  Sayang ni macam chef yang pakarlah"  (sedangkan masakannya biasa saja)  dengan tujuan menjinakkan hatinya atau kerana memujuknya.  


Contoh 3 : Menyelamatkan maruah wanita.

Jika seorang wanita mohon perlindungan di dalam rumah kamu kerana dikejar oleh orang jahat yang ingin menodainya, maka harus sembunyikan wanita tersebut di dalam rumahnya dan berdusta kepada penjahat yang datang mencarinya.  Kamu pura2 berkata  "aku nampak wanita itu pergi ke sana" sedangkan wanita tersebut bersembunyi di dalam rumah kamu.  Berdusta kepada penjahat tersebut adalah wajib kerana memelihara kehormatan wanita adalah wajib.


Contoh 4 :  Menyelamatkan nyawa manusia.

Lebih kurang sama seperti contoh 3 :  Jika seseorang hamba Allah mohon perlindungan daripada kejahatan Pemerintah zalim yang ingin menangkap dan membunuhnya, maka ketika itu harus memberikan perlindungan padanya dan wajib berdusta kepada Pegawai Pemerintah zalim yang datang mencarinya. Ini kerana memelihara nyawa manusia adalah wajib.


Contoh 5 :  Menyelamatkan harta manusia

Jika kamu mengetahui seorang anak yatim mempunyai harta kekayaan dan saudara2nya yang jahat ingin merampasnya, maka ketika itu kamu harus sorokkan harta tersebut dan berdusta kepada orang2 yang ingin merampasnya.  Jika anak yatim itu mempunyai dokumen2 harta, kamu harus sorokkannya dan berkata kepada orang2 yang ingin merampasnya dengan berkata, "aku mengira dokumen2 tersebut sudah terbakar." 


Contoh 6 : Menutupi dosa yang Allah sudah menutupinya.

Seseorang berbuat pekerjaan keji, misalnya zina dan Allah Ta'ala tutupi dosanya (ertinya tiada siapa pun tahu melainkan Allah Ta'ala), kemudian ditanya orang : "adakah kamu melakukan pekerjaan keji?", maka wajib menafikan dengan berkata :  "Tidak. aku tidak berbuat pekerjaan keji itu."   Berdusta untuk menyembunyikan suatu perbuatan kejinya yang telah ditutupi oleh Allah adalah wajib.


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barangsiapa berbuat sesuatu dari kekotoran ini (berbuat dosa secara tersembunyi / tidak diketahui sesiapa pun), maka hendaklah ditutup dengan tutupan Allah."

[Imam Al-Haakim]


Berkata Imam Ghazali :

"Jika penguasa menanyakan tentang perbuatan keji yang dikerjakannya, di antara dia dengan Allah, maka boleh dia membantahnya yang demikian seraya mengatakan : "Aku tidak berzina dan aku tidak mencuri."

[Ihya Ulumuddin — Bab Keharusan Berdusta]


PERINGATAN DAN AMARAN:

Meskipun diberi keringanan untuk berdusta pada tempat² tertentu seperti yang disebutkan, namun setiap Muslim wajib waspada selalu agar TIDAK menjadikan " berdusta / bohong " sebagai kebiasaan, melainkan hanya ketika darurat atau benar² perlu sahaja, dan benar² bertujuan keselamatan Agama, nyawa, harta kehormatan dan perkara2 lain sepertinya sebagaimana yang telah dijelaskan.


Bersambung siri  92 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI     

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 90)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke -13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Pengecualian — Keadaan diharuskan berdusta / bohong :


Kita telah bicarakan secara panjang lebar berkenaan larangan keras berdusta / berbohong / tipu daya dan bahaya2 yang tertimpa ke atas pendusta. Begitu beratnya dosa tipu daya dan pendustaan sehingga digandingkan dengan kesyirikan dan kemunafikan.  Wal Iyazubillah.


Walau bagaimanapun di sana terdapat beberapa keadaan di mana "dusta / bohong" dibenarkan — ada kalanya menjadi harus, dan ada kalanya Sunnat demikian.  Bahkan boleh menjadi wajib pada saat2 terjadi ancaman terhadap nyawa, harta dan kehormatan. (Waspada : Keharusan ini diikat dengan penjagaan yang tegas dan teliti, sekira2 tidak menyeleweng kepada terikut hawa nafsu)


Pembahagian perkara2 yang dibenarkan berdusta:


■ Pertama :  Harus berdusta:

Harus berdusta ketika peperangan melawan kafir harbi. Ketika itu harus berbohong untuk mengelirukan musuh.


■ Kedua :  Sunnat berdusta;

Sunnat berdusta untuk mendamaikan dua orang Muslim yang bersengketa, atau berdusta untuk mendamaikan antara isteri2nya yang berselisih, maka berdusta ketika itu hukumnya Sunnat. 


■ Ketiga : Wajib berdusta:

Berdusta adalah wajib pada keadaan2 berikut :

(1) Berdusta untuk memelihara darah (nyawa) seseorang daripada penjahat yang ingin membunuhnya.

(2) Berdusta untuk memelihara harta seseorang daripada  dirampas oleh pemerintah zalim atau perompak.

(3) Berdusta untuk memelihara kehormatan wanita. 

(4) Berdusta untuk menyembunyikan kekejian diri yang pernah diperbuatnya secara sembunyi dan kekejian tersebut telah ditutupi oleh Allah Ta'ala.


Dalil sandaran Ahlus Sunnah wal Jamaah di dalam hal ini adalah :


(1) Hadith Rasulullah ﷺ :

Daripada Ummu Kulthum kata beliau, "Aku tidak mendengar Rasulullah ﷺ memberi keringanan berdusta pada sesuatu melainkan pada tiga tempat, iaitu :  Seseorang mengatakan suatu perkataan, yang dimaksudkan untuk perbaikan, orang yang mengatakan sesuatu di dalam peperangan (fi sabilillah) dan orang yang berbicara dengan isterinya dan isteri berbicara dengan suaminya"

[Imam Muslim]


(2) Rasulullah ﷺ bersabda:

"Tiap2 kedustaan itu dituliskan terhadap anak Adam, selain orang yang berdusta di antara dua orang Muslim untuk memperbaiki antara keduanya."

[Imam Ahmad]


(3) Rasulullah ﷺ bersabda:

"Barangsiapa berbuat sesuatu dari kekotoran ini (berbuat dosa secara tersembunyi / tidak diketahui sesiapa pun), maka hendaklah ditutup dengan tutupan Allah."

[Imam Al-Haakim]


(4) Rasulullah ﷺ bersabda:

Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin (membuka 'aib diri atau dosa dirinya  yang telah ditutupi oleh Allah). Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.

[Imam Bukhari]



PERINGATAN DAN AMARAN:

Meskipun diberi keringanan untuk berdusta pada tempat² tertentu seperti yang disebutkan, namun setiap Muslim wajib waspada selalu agar TIDAK menjadikan "berdusta / bohong " sebagai kebiasaan, melainkan hanya ketika darurat atau benar² perlu sahaja, dan benar² bertujuan keselamatan Agama, nyawa, harta kehormatan dan perkara2 lain sepertinya sebagaimana yang telah dijelaskan.*


Bersambung siri  91 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 89)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Ancaman dan balasan berat kepada Pendusta / Tipu daya :


Orang2 yang gemar melakukan tipu daya terhadap Muslim lain diancam oleh Allah dan Rasul-Nya dengan berbagai balasan buruk yang amat dahsyat.   Mengapakah mereka2 ini diancam dengan balasan berat?  Mereka diancam demikian kerana perbuatan menipu daya  itu merosak hak Ketuhanan dan merampas hak manusia.


Sebagaimana kami sebutkan pada awal bab ini, tipu daya dan pendustaan berhubung rapat dengan beberapa dosa berat yang lain iaitu fitnah, khianat, mungkir janji dan zalim.  Tidaklah seseorang melakukan tipu daya terhadap seseorang atau satu kelompok manusia melainkan kerana tujuan tertentu yang memberi faedah duniawi kepada dirinya sementara orang yang ditipu mendapat mudarat.  Dan lazimnya tipu daya dan pembohongan terkait kepada unsur2 khianat, mungkir janji dan kezaliman.


1.  Pendusta digandingkan dengan penyembahan berhala.

Firman Allah :

‎فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

"Maka jauhilah kamu akan kotoran berhala dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.

[Al-Hajj (22) : Ayat 30]


2.  Pendusta bagaikan orang munafiq:

Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Empat sifat yang barang siapa ada padanya (mengerjakannya), maka dia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu:  Apabila diberi amanah, dia khianat, Apabila berbicara, dia dusta, Apabila berjanji, dia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan)".  

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


3. Pendusta adalah orang zalim:

Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Awaslah berdusta. Sesungguhnya orang dusta itu bersama orang zalim. Keduanya dalam Neraka,

[Ibnu Majah]


4.  Pendusta sebanding dengan Syirik kepada Allah:

Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Kesaksian palsu sebanding dengan syirik kepada Allah"

[Imam Abu Dawud, Imam Ahmad, Ibn Majah, Ath-Thabrani]


5. Pendusta dan penolong2 mereka tidak diakui sebagai Ummat Rasulullah ﷺ.

Balasan yang sangat buruk kepada Pemimpin dan Penolong2 mereka yang berdusta dan juga orang2 yang benarkan pendustaan pemimpin:

Rasulullah ﷺ. bersabda :

“Sesungguhnya akan ada setelahku Pemimpin yang berdusta dan zalim. Barangsiapa masuk kepada mereka (menyertai mereka) kemudian membenarkan pendustaan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Dan dia tidak akan minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan kebohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka dia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku.” 

[Imam Ahmad]


6. Pendustaan menghilangkan keberkatan hidup:

Rasulullah ﷺ. bersabda :

“Hati-hatilah dengan banyak bersumpah dalam menjual dagangan kerana ia memang melariskan dagangan tetapi menghapuskan keberkatan.” 

[Imam Muslim]


7. Dicop sebagai pendusta dan ahli neraka:

Rasulullah ﷺ. bersabda :

 “Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke Syurga. Seseorang selalu bertindak jujur sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang sangat jujur. Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke Neraka. Seseorang selalu berdusta sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai Pendusta.” 

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]



Bersambung siri  90 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH  TAZKIRAH JILANI

      

Thursday, November 17, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

( Siri 88)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Firman Allah :

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung."

[An-Nahl (16):  Ayat  116]


Firman Allah :

فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۖ فَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ۬ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu."

[Al-Baqarah (2) : ayat 79]


Firman Allah :

وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌ‌ۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ

"Dan pada hari Qiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takabbur?

[Az-Zumar (39) : Ayat 60]


Firman Allah :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya."

[Al-Isra’ : 36]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"

[Imam Tirmidzi]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka" [Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

 “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”. 

[Imam Bukhari, Muslim]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

 “Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

[Imam Ahmad]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

 "Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”

[Imam Thabarani]



Bersambung siri  89 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI    

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 87)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Berdusta atas Nama Allah dan Rasul-Nya:


Sesungguhnya berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya adalah perbuatan orang kafir dan bukan orang beriman.  Tidak mungkin seseorang yang beriman (meskipun tersangat lemah Imannya) berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya, Tidak mungkin!  Namun hal ini dibincangkan juga di dalam bab "pendustaan" kerana ada orang Islam tertipu dengan bisikan syaitan sehingga dia melakukan pendustaan atas nama Allah dan Rasul-Nya  tanpa disedarinya dan akhirnya menjadi sesat.  Wal Iyazubillah.    


Bahkan di sana wujud satu golongan Muslim yang sengaja mengadakan pendustaan atas nama Allah dan Rasul-Nya kerana kepentingan nafsu dan kerana memperoleh keuntungan dunia yang hina. Atau mereka telah disesatkan oleh Iblis kerana mereka tidak mempunyai seorang Mursyid sebagai pemimpin kepada Allah.  


Berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya mempunyai 3 wajah :


Pertama : Mencipta ayat Qur'an palsu atau Hadith Palsu.  

Termasuk di dalam bahagian ini adalah mereka yang mengubah atau menokok tambah ayat Allah atau Hadith Rasulullah ﷺ

Ini adalah perbuatan "Ulama" as-su (Ulama jahat), "Ulama"  fasiq yang mengaku Ahlus Sunnah dan juga  golongan Syi'ah (rafdhi). Hal ini sama seperti pendeta2 Yahudi dan Nasrani yang memahami Kitab Samawi terdahulu, tetapi mereka menyelewengkan kandungannya agar sesuai dengan nafsu selera mereka. 


Kedua :  Engkar kepada mana2 ayat Qur'an atau Hadith Rasulullah ﷺ, (meskipun hadith dha'if sekalipun kerana Hadith dha'if tetap termasuk dalam Hadith, cuma tidak digunakan oleh Ulama untuk berhujjah menetapkan hukum.) 

Ini adalah perbuatan golongan sekular / liberal / fasiq / zindiq.


Ketiga : Mentafsir sendiri Ayat Qur'an atau Hadith dengan aqal fikiran sendiri.  (perbuatan ini juga terhitung ke dalam pendustaan terhadap Allah dan Rasul-Nya)

Mereka adalah golongan "muda" yang menyangka sudah mencapai taraf Mujtahid.  Mereka sewenang2 mentafsirkan Ayat Qur'an dan Hadith dengan sangkaan mereka sudah mahir kerana mereka memiliki segulung ijazah Universiti atau kerana sudah bergelar Hafiz Qur'an atau kerana  sudah hafal beberapa Hadith Nabi.   Ini adalah perangai golongan Wahhabiyyah (khawarij).   Pada hari ini golongan muda ini bersepah sana sini, membuat video, bahas hukum-hakam dan sewenang keluarkan "fatwa" mengikut nafsu dan bisikan Iblis. Wal Iyazubillah.


Fahamilah hakikat ini ....!

Menurut pendirian Ahlus Sunnah.... Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.  Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith  hanya difahami oleh Ulama Mujtahid.  Dengan demikian orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith Nabi.


Mereka yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar yang sudah sampai keilmuan yang amat tinggi sehingga layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi.  Mereka mahir di dalam setiap ilmu Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir, mahir di dalam mustolah Hadith, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai keilmuan tinggi pada sisi Ma'rifat — mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.  Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah, BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya.


Berbeza dengan "ulama" jahat / "ulama" fasiq dari kalangan yang mengaku Ahlus Sunnah,  atau "ulama" sesat dari kalangan Wahhabiyyah (khawarij), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dll....

Kesemua mereka ini mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith menurut  pemikiran aqal sempit mereka atau kerana bisikan nafsu dan Syaitan. Betapa tidak, mereka tidak mengenal Allah dan tidak mampu bezakan antara seruan Haq Allah Ta'ala dengan bisikan Syaitan, maka sentiasalah mereka disesatkan oleh Syaitan. Wal Iyazubillah.  


Meskipun mereka juga merujuk dalil2 dan hujjah2 Al-Qur'an dan Hadith namun mereka TIDAK mengenal Allah dan tidak mengetahui Kehendak Allah pada satu2 tafsiran ayat Qur'an dan Hadith.  Ilmu zahir syari'at sahaja TIDAK memadai bagi mentafsirkan Kalam Allah Yang Maha Tinggi. Ilmu zahir syari'at saja tanpa mengenal Allah dari dalam hati akan menyebabkan tafsiran menyeleweng dari hakikat Kehendak Allah. Akibatnya mereka mentafsirkan menurut pemikiran / nafsu / bisikan Syaitan.  Maka inilah sebab dan bukti kukuh  mengapa "Ulama" bagi 72 golongan sesat menjadi sesat dan menyesatkan.  


Fahamilah sungguh2 apa yang kami katakan ini.


Bersambung siri  88 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI     

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 86)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Dusta, tipu daya Pemerintah / Pemimpin:


Contoh 1: Menipu daya penggunaan wang Baitul Maal.

Penyelewengan penggunaan wang Baitul Maal dengan jalan yang batil / penipuan. Pemerintah2 menggunakan milik Baitul Maal untuk bermewah2 dan melampaui batas tetapi di dalam rekod perbelanjaan direkod sebagai perbelanjaan untuk Ummat.  Sesungguhnya ini pengkhianatan dan dosa yang amat besar, namun pemerintah2 tidak pedulikan semua itu. Bagi mereka yang penting adalah "perut mereka".    


Contoh 2 : Khidmat Hakim palsu.

Melantik Hakim palsu atau Hakim yang tunduk kepada kemahuan Pemerintah. Tujuannya adalah menjatuhkan hukuman ke atas seseorang (atau suatu jemaah) yang tidak bersalah.  Atau bertujuan hapuskan musuh2 politiknya.


Contoh 3 : Merampas hak rakyat melalui penipuan.

Mengubah dokumen hartanah atau sesebuah premis lalu merampasnya dari pemilik asalnya dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. 


Contoh 4:  Sebarkan berita palsu

Menggunakan sebaran am, suratkhabar, TV, Radio dll menyebarkan kepalsuan dengan tujuan mengekalkan kuasa atau suatu kepentingan duniawi yang lain.


Contoh 5 :  Fatwa palsu "Ulama jahat"

Menggunakan "Ulama" politik untuk menyelewengkan ayat Allah kepada kebatilan. "Ulama" jahat ini mentafsirkan dengan tafsiran yang bersesuaian dengan kehendak nafsu pemerintah meskipun ianya jelas bertentangan dengan hukum.  Sesungguhnya ini adalah perbuatan "khianat" yang amat besar. 


Contoh 6: Tuduhan palsu kepada pendokong kebenaran.

Mencipta tuduhan palsu terhadap seseorang atau sesebuah jamaah Islam yang menyampaikan kebenaran.  Sesungguh2nya pemerintah2 fasiq dan zalim tidak ingin kejahatan dan kemungkaran mereka diketahui oleh ummat, maka berbagai tipu helah dan cerita dusta direka oleh golongan fasiq ini untuk memadamkan kebenaran. 


Sesungguhnya kita sekarang berada pada zaman dimana kebaikan diterbalikkan menjadi kebatilan dan kebatilan diperlihatkan sebagai kebaikan.  Hal ini telah diberi peringatan oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ


Rasulullah ﷺ  bersabda

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: «الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan pendustaan (pembohongan, penipuan). Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang benar dikatakan pendusta, pengkhianat dikatakan amanah sedangkan orang yang amanah dikatakan sebagai pengkhianat. Pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang at-taafih (jahil, bodoh dan keji yang tidak tahu apa2) yang turut campur dalam urusan umum (yang bukan urusannya dan bukan bidangnya).”

[Imam Ibn Majah, Imam Al-Haakim, Imam Ahmad]

 


NOTA PENTING :  

Sebelum ini telah pun diberikan penjelasan berkenaan maksud "Kebenaran" ,  "Jalan lurus",  "Jalan yang diRedhai Allah".  Ia adalah Manhaj Ahlus Sunnah yang tulen yang ada pada tangan Ulama Warisatul Anbiya yang benar. 


Semua jenis pembohongan / pendustaan / helah Pemimpin2 negara ini bukan perkara baru. Ianya telah lama berlaku pada zaman Pemerintah Mulkan Addhan, (Zaman Pemerintahan zalim).  Zaman tersebut bermula dengan penyerahan jawatan Khalifah Ummat  oleh Sayyidina Hasan Radhiallahu anhu. kepada Muawiyah. 


Bersambung siri  87 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________  

JAMAAH TAZKIRAH JILANI    

       

Wednesday, November 16, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 85)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Dusta / tipu daya sebaran 'am


Contoh 1 : Pembohongan Media cetak 

Menyebarkan cerita2 dusta melalui surat khabar, majalah, buku2 berkenaan seseorang  (atau satu kumpulan manusia) untuk memalukannya atau memfitnahnya sehingga jatuh maruahnya.


Contoh 2 : Pembohongan media Elektronik TV, Radio

Pihak tertentu terutama pihak berkuasa menggunakan medan ini sewenang2nya untuk menyebarkan kepalsuan. Mereka melakukan propaganda untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan atau untuk membenteras suatu golongan yang dianggap musuh,


Contoh 3:  Fitnah pembohongan melalui internet 

Mencipta cerita bohong dan sebarkan melalui intenet — laman web, blog, fb, Whatsapp, Tele, ig dan lainnya.  Pada akhir zaman ini, media ini menjadi pilihan utama kerana mudah, murah dan maklumat pantas tersebar. Cerita2 dusta menjadi punca perselisihan, salah sangka, permusuhan dan pergaduhan. 


Contoh 4 : System Pyramid

Penjaja sistem pyramid mengambil kesempatan menyebarkan pembohongan berkenaan perniagaan internet.  Banyak sekali orang muda (bahkan juga orang dewasa) tertipu dengan berbagai skim cepat kaya yang sebenarnya SCAM. Ramai yang cuba nasib ingin menjadi kaya atau sekurang2 menambah pendapatan akhirnya kehilangan harta benda dan simpanan wang. Ada  yang menjadi muflis terus. Wal Iyazubillah

 

Contoh 5: Pembohongan Pakar Perubatan

Bijak pandai didalam perubatan sebarkan maklumat palsu untuk mengelirukan manusia. Sebahagian Pakar2 perubatan yang tidak jujur  menjadikan bidang perubatan sebagai profesion mengaut keuntungan dunia.


Contoh 6 :  Ahlus Sunnah palsu

Sejak wujudnya Internet,  Musuh2 Ahlus Sunnah dari kalangan orang Islam sendiri .... Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal) dll. mewujudkan banyak sekali laman web, Blog, akaun Fb bagi menyebarkan agenda palsu mereka. Mereka mengaku Ahlus Sunnah sedangkan mereka adalah penyebar fitnah. Mereka mengaku Ahlus Sunnah dan menukil kata2 Ulama Ahlus Sunnah, namun mereka menyelewengkan kata2 tersebut kepada kebatilan.  Orang awam yang jahil menjadi mangsa kerana menyangka ianya Ahlus Sunnah.


Banyak lagi contoh2 lain berkaitan dengan sebaran am ini, namum memadai dengan beberapa contoh di atas untuk dijadikan i'tibar dan panduan.  Sesungguhnya semua penipuan ini menghilangkan keberkatan dan jauhkan Rahmat Allah,  Wal Iyazubillah.


Tidak dapat dinafikan lagi, penyebaran pendustaan melalui "penulisan" merupakan jalan paling besar bagi tersebarnya kepalsuan.  Perkara dusta akan diperlihatkan sebagai "kebenaran"  dengan cara menghiasinya dengan hujjah2 aqal yang bersifat logika dan sesuai dengan kehendak nafsu.  Dan sebaliknya perkara yang "benar" akan diperlihatkan sebagai "dusta" dengan  menghilangkan sendi2 kebenarannya.  


Lebih2 lagi dengan wujudnya kemudahan internet, penyebaran kepalsuan / pembohongan menjadi tersangat mudah. Disebabkan sifatnya yang sangat dinamik dan pantas, cerita pembohongan tersebar merata pelusok dunia dalam hanya beberapa saat.  Hanya dengan satu butang CNP  (copy n paste), cerita pembohongan telah sampai kepada berjuta manusia. Maka akan tertimpa berjuta dosa ke atas orang yang mulakan cerita bohong / dusta dalam hanya beberapa saat tetapi mereka tidak menyedarinya. 


Bersambung siri  86 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 84)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Dusta / tipu daya di dalam pemilikan harta:


Contoh 1:  Palsukan dokumen hartanah.

Seseorang bersekutu  dengan pihak2 berkuasa  (melalui rasuah, sogokan, duit kopi) untuk menukar hak milik sebidang tanah atau sebuah bangunan atau harta lain2 menjadi miliknya sendiri.   Dokumen asal dihapuskan diganti dengan dokumen baru yang palsu oleh pihak berkenaan.  Sesungguhnya ini tipu daya dan pengkhianatan yang amat keji.


Contoh 2 :  Tipu daya pengurusan harta pusaka

Perbuatan keji ini amat banyak terjadi. Harta pusaka wajib dibahagikan kepada mereka yang berhak menerima menurut kadar dan syarat2 hukum faraid. Namun tidak kurang berlaku pada zaman ini saudara kepada si mati  menukar nama pemilikan kepada dirinya sehingga mereka yang benar2 berhak tidak mendapat apa2.  Amat buruklah apa yang mereka kerjakan.


Contoh 3 : Tipudaya harta perniagaan / perdagangan

Hal ini lazimnya terjadi didalam pernigaan perkongsian. Rakan kongsi didalam suatu syarikat perniagaan membuat tipudaya didalam rekod pembelian, penjualan, perbelanjaan dsb.


Contoh 4 : Tipu daya wang simpanan rakyat umum

Beberapa pertubuhan wang simpanan rakyat umum seperti KWSP, Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Perkeso dll menguruskan wang simpanan rakyat. Setiap pertubuhan ini perlu menguruskan wang tersebut dengan penuh amanah. 



Bersambung siri  85  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 83)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Contoh-contoh berdusta / bohong / tipu daya:

Bohong / dusta / tipudaya didalam jualbeli:


Contoh 1 : Menjual barang rosak.

Seorang penjual buah-buahan, menjual buah yang rosak / busuk, sedangkan dia tahu buah itu rosak. Biasanya peniaga yang mempunyai niat untuk menipu ini mencampurkan barang rosak dengan barang elok supaya barang rosak terlindung.   Ini penipuan yang membawa kepada dosa besar dan hilang keberkatan pendapatannya.


Contoh 2 : Tipu kualiti barang 

Peniaga menipu daya kualiti barang dengan berkata kepada pembeli : " Barang ini mahal kerana kualiti barang ini tinggi ". Sedangkan dia tahu barangan tersebut kualitinya memang rendah.  Cara lain :  Peniaga itu sengaja meletak label yang menunjukkan seolah2 ianya mahal, misalnya dengan menukar labelnya.  Atau peniaga menghiasi barang tersebut sehingga kelihatan mewah dan dia dapat menjual dengan harga mahal.  Maka semua ini termasuk tipu daya.


Contoh 3: Tipu Timbangan / ukuran / bilangan

Peniaga barang runcit tipu timbangan dengan berbagai cara ;  misalnya melaraskan penimbang supaya kelihatan lebih sedangkan belum cukup timbangan, atau menimbang dengan menggunakan pelapik yang berat, atau sengaja kurangkan beberapa gram barang kira2 tidak kelihatan kurang pada pandangan mata kasar, atau basahkan barangan supaya bertambah beratnya.  Demikian lagi mengurangkan ukuran.  Kurangkan bilangan dsb.  Semua ini dosa besar serta musnah keberkatan.


Contoh 4:  Tipu ukuran dan bilangan 

Peniaga ukur suatu barang seperti kain, plastik,  alas meja, kayu, papan dsb.  dengan ukuran yang kurang dari sepatutnya.  Atau kurangkan bilangan barangan sekira2 tidak disedari oleh pembeli.  


Contoh 5:   Tipu harga modal

Seorang penjual menipu harga kos (modal) untuk memperdayakan pembeli seolah2 dia (penjual) cuma ambil untung sedikit.  Misalnya modal peniaga cuma RM 5, tetapi dia berkata modal dia RM 20.   kata peniaga :  " Saya beli baju ini RM 20.  Saya jual kepada tuan dengan harga RM 22,  saya ambik untung RM 2 saja."   Kata2 ini adalah jelas penipuan yang memperdaya.  


Contoh 6 :  Tipu kilang pengeluaran, negeri asal (manufactured)

Setengah peniaga menipu tempat barang dihasilkan (manufactured) untuk menunjukkan seolah2 barangnya bermutu tinggi. Misalnya peniaga meletakkan label "Made in Germany" pada suatu barang sedangkan ianya dihasilkan di negara lain.  


Contoh 7 :  Penipuan jualan online

Penipuan jual beli online amat banyak sekali.  Di antaranya... Menjual barang lain dari yang dijanjikan, atau kualiti barang tidak sama seperti yang dijanjikan, atau mengurangi bilangan / jumlahnya atau tipu daya pada "display" barangan.




Bersambung siri  84  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

       

Monday, November 14, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 82)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu

sambungan....


Dalil Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ


Firman Allah :

وَيۡلٌ۬ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ۬

"Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa;"

[Al-Jathiah (45) : Ayat 7]


Firman Allah :

إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ 

"Sesungguhnya mereka yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta."

[An-Nahli (16) : Ayat 105]


Firman Allah :

‎فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

"Maka jauhilah kamu akan kotoran berhala dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.

[Al-Hajj (22) : Ayat 30]


Firman Allah :

بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, maka baginya azab yang besar.”

[An-Nur (24)  : Ayat 11]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Awaslah berdusta. Sesungguhnya orang dusta itu bersama orang zalim. Keduanya dalam Neraka,

[Ibnu Majah]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا 

 “Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke Syurga. Seseorang selalu bertindak jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang sangat jujur. Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke Neraka. Seseorang selalu berdusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta.” 

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وِمَنْ كَانَتْ فِيْهِ خَصْلَة ٌمِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،   وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ،   وَإِذَا خَاصَمَ فَجََرَ (رواه البخاري ومسلم)

“Empat sifat yang barang siapa ada padanya (mengerjakannya), maka dia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu:  Apabila diberi amanah, dia khianat, Apabila berbicara, dia dusta, Apabila berjanji, dia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan)".  

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Kesaksian palsu sebanding dengan syirik kepada Allah"

[Imam Abu Dawud, Imam Ahmad, Ibn Majah, Ath-Thabrani]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Sesungguhnya dusta itu suatu pintu dari pintu2 nifaq"

[Ibnu 'Adi]


Bersambung siri  83  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 81)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.14  Dosa Besar ke-13:   Kazib — dusta, bohong, menipu


Definisi:

Dari segi bahasa :

Perkataan  " كَاذِب  "  =  kazib berasal dari kata  " كَذَب  "  yang  bermaksud berbohong, menipu, dusta, kepalsuan, kebatilan, lawan bagi kebenaran.


Dari segi lstilah:

Ucapan atau perbuatan atau isyarat yang mengandungi kepalsuan dan tipu daya, menyembunyikan kebenaran,  Menggantikan perkara benar dengan yang palsu,  Memperlihatkan kebatilan sebagai kebenaran.


Penjelasan :

(1) Perkataan kazib digunakan bagi menggambarkan penyelewengan khabar atau maklumat daripada perkara yang sebenar.  Ertinya khabar yang disampaikan oleh seseorang (atau suatu pihak) berlawanan dengan perkara yang benar. Pendustaan dalam bentuk perkataan ini boleh berlaku di dalam perbualan harian, ceramah, seminar, penulisan dan sebaran am seperti tv, radio, ienternet dsb.


(2) Perkataan kazib juga digunakan bagi menggambarkan penyelewengan di dalam bentuk perbuatan yang mana ianya menyalahi kebenaran.   Bentuk penipuan ini boleh berlaku di dalam urusan jual beli, penipuan dokumen2,  penipuan dalam pengurusan harta benda umum, penipuan di dalam pengurusan harta pusaka, penipuan di dalam pengurusan harta rakyat dan  penipuan pemerintahan negara.   


(3) Perkataan kazib juga digunakan bagi menggambarkan penyelewengan di dalam bentuk isyarat seperti isyarat tangan, angguk kepala atau kadangkala hanya dengan diam sahaja pun boleh menjadi pendustaan.  Ertinya orang menunjukkan "isyarat tangan" atau " angguk kepala "   atau " diam "  yang membawa maksud berlawanan dengan perkara sebenar.


(4) Di dalam Risalah ini, kita gabungan semua jenis pendustaan ; sama ada pendustaan di dalam kata2 atau perbuatan atau isyarat.  Ini kerana semua  bahagian pembohongan —  sama ada melalui kata2 atau melalui perbuatan atau dengan isyarat mempunyai satu persamaan paling dasar iaitu :  Penyakit hati yang berat.


(5)  Neraca bagi menentukan  "benar atau palsu",   "kebenaran atau kebatilan", adalah disandarkan kepada Prinsip2 Ahlus Sunnah wal Jamaah yang tulen.   Sekalian suatu yang dipegang oleh Ahlus Sunnah sebagai benar itulah kebenaran dan apa saja yang dipegang sebagai kebatilan oleh Ahlus Sunnah, itulah kebatilan. 


(6) Pembohongan, penipuan atau pendustaan berkait rapat dengan dua dosa besar yang lain iaitu "mungkir janji" dan  "khianat" di dalam hati. Tidaklah seseorang melakukan "penipuan" atau "pembohongan"  terhadap Muslim lain melainkan wujud sifat2 keji dalam hati terutama "khianat". 


(7) Semua jenis pembohongan, pendustaan atau penipuan — sama ada skala kecil atau besar, sama ada perkataan atau perbuatan atau isyarat, sama ada hasilnya mudarat kecil atau mudarat besar, ....  semua ini adalah dosa yang amat besar sehingga dikaitkan dengan sifat Munafiq.  

Wal Iyazubillah


Kata Imam Al-Nawawi Radhiallahu anhu:

Berbohong adalah : Mengkhabarkan sesuatu hal yang berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja atau tidak, dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlalu atau akan datang:

[Syarah Sahih Muslim]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Pembohongan (dusta, tipu)  itu termasuk dosa paling buruk dan 'aib yang paling keji. 

[Ihya Ulumuddin]


Perhatian:

Perbincangan darihal dusta / bohong / tipu daya dimasukkan di dalam kitab Tasawwuf dan bukan kitab fiqh kerana ianya terbit dari hati serta berkait rapat dengan dorongan nafsu kejahatan dan bisikan2 Syaitan. Demikian juga dosa besar lain yang tersambung dari perlakuan dusta ini iaitu mungkit janji, khianat dan zalim.



Bersambung siri  82  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

Sunday, November 13, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 80)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.13  Dosa Besar ke-12:  Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:

sambungan ....


Rawatan dan Penjagaan:


Sebagaimana huraian kami terdahulu, Tajassus  mempunyai hubung kait dengan penyakit batin terdahulu, iaitu Su-Uzzon dan yang mengikuti Tajassus iaitu Kazib, Namimah, Ghibah dan Fitnah.  Semua ini memerlukan Sistem Penyucian hati yang intensif dengan bimbingan Pewaris Nabi yang siddiq.   Mereka yang awam, ikuti panduan berikut, sebagai penjagaan diri, moga diampuni oleh Allah dan moga dijauhkan daripada sifat2 buruk ini pada masa akan datang.


Pertama :

Ingatlah bahawa setiap manusia mempunyai penyakit hati. Setiap manusia mempunyai 'aibnya  (kekurangan, kelemahan, cacat cela) sama ada zahir maupun yang batin,  yang mana semua 'aib ini tidak diketahui oleh manusia lain. Allah Ta'ala atas Kemurahan-Nya telah menutup sekalian 'aib tersebut. Maka wajar bagi manusia beriman JANGAN sesekali menyelidikinya, JANGAN sesekali mengintipnya, apa lagi dedahkannya kepada umum.  Ini dosa lebih berat..  


Kedua:

Insafilah bahawa kita sendiri banyak dosa dan 'aib. (kecelaan dan kekurangan). Jika dihitung mungkin lebih banyak daripada orang lain. Dengan demikian adalah suatu kebodohan mencari2 'aib orang sedangkan diri sendiri penuh dengan berbagai 'aib. 


Ketiga :

Apabila datang hasutan Syaitan yang menarik kepada Tajassus, katakan : "Lebih baik aku muhasabah diri.  Lebih baik aku taubat dan baiki hatiku daripada sibuk mencari2 'aib orang lain. Jika aku sibuk mencari 'aib orang lain, aku akan menambah dosa sedangkan kalau aku muhasabah diri dan bertaubat, moga Allah ampuni dosa2ku.


Keempat :

Kurangkan pergaulan yang sia2.  Moga dengan demikian dapat menghindarkan diri dari unsur2 negatif yang sentiasa tertuju kepada hati.  Kesan2 negatif inilah yang menjadi asbab terbentuknya sifat2 buruk seperti Tajassus. 


Kelima:

Jika jiran2 atau orang2 di pejabat membuka 'aib orang lain, maka uzurkan diri dan segera beredar. Bermula dari mendengar 'aib orang lain, akan berjangkit menjadi "sangkaan"  buruk dalam hati.  Daripada sangkaan buruk ini kemudian datang keinginan untuk mengintip dan menyiasat orang berkenaan. Akhirnya bertimpa2lah dosa besar. 


Keenam :

Sibukkan diri dengan Zikrullah, Zikir La-Ilaha-Illallah dan banyakkan juga Taubat.


Inilah diantara jalan2 bagi orang awam (dan salikin yang masih di peringkat permulaan hijrah menuju Allah) melepaskan diri dari terjatuh kepada dosa Tajassus dan berserta dengannya dosa2 besar lain.  



Bersambung siri  81  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

       

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 79)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.13  Dosa Besar ke-12:  Tajassus — Intai kesalahan atau 'aib orang:

sambungan ....


Pengecualian — keharusan Tajassus:


Sebagaimana telah dijelaskan.... Tajassus adalah termasuk di dalam penyakit hati yang mengakibatkan dosa besar.   Walau bagaimanapun terdapat beberapa pengecualian, iaitu keharusan (dibenarkan)  Tajassus terutama apabila melibatkan penjagaan terhadap Agama dan Keselamatan Ummat.   Di antara perkara2 yang diharuskan Tajassus terhadapnya adalah :


Pertama : Tajassus terhadap Kafir Harbi:


Diharuskan Tajassus terhadap orang kafir harbi, iaitu Kafir yang sentiasa memusuhi dan memerangi Islam.  Sudah diketahui umum bahawa Yahudi, Nasrani dan golongan munafiq sentiasa memusuhi Ummat Islam. Sejak dahulu, mereka sentiasa melakukan berbagai muslihat untuk musnahkan Ummat Islam. Mereka menyerang dan membunuh Ummat Islam sewenang2nya.  Dengan demikian mengintip segala pergerakan dan propaganda mereka, bukan sahaja termasuk keharusan bahkan menjadi kewajipan.  


Demikian lagi diharuskan melakukan intipan terhadap musuh ketika berlangsung peperangan.  Diharuskan memasuki barisan musuh untuk melihat rancangan2 jahat mereka memerangi Islam. 


Kedua : Tajassus terhadap Golongan sesat:


Mengintip segala pergerakan Golongan sesat (72 golongan sesat) yang memusuhi Ahlus Sunnah adalah termasuk kewajipan.  

Pada zaman ini, Golongan sesat ini TIDAK lagi memusuhi Ahlus Sunnah secara terang2an, sebaliknya menyamar sebagai Ahlus Sunnah.  Golongan Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyah (khawarij), sekular (liberal) bebas hidup bersama Golongan Ahlus Sunnah dan mengaku Ahlus Sunnah.  


Kebanyakan orang awam tertipu kerana mereka (golongan sesat) juga merujuk kitab2 Ahlus Sunnah dan menukil perkataan Imam2 Alus Sunnah sehingga orang awam yang jahil tertipu dengan segala muslihat "musang2"  ini.   Sedangkan Golongan sesat ini menyelewengkan maksud sebenar Ulama2 kita sehingga sesuai dengan pendapat mereka yang sesat.   Maka waspada,  mengintip serta membenteras segala muslihat Golongan Sesat demi keselamatan Aqidah Ummat adalah wajib.


Ketiga :  Suami / Bapa Tajassus kepada anak isteri bertujuan mendidik


Seorang bapa atau suami  harus melakukan penyelidikan atau pemeriksaan terhadap anak isterinya untuk memastikan anak isterinya sentiasa di jalan Allah (jalan Ahlus Sunnah yang benar) dan jauh dari kemungkaran. 


Walau bagaimanapun para suami / bapa perlu ingat beberapa hal penting ketika Tajassus ini,  


(1) Tujuan dibenarkan Tajassus adalah demi mendidik dan menjaga keselamatan anak isterinya, bukan untuk memalukan mereka di hadapan orang lain.


(2)   Jika benar didapati anak isterinya telah menyimpang jauh dari Agama, maka tugas si suami / bapa nasihati mereka secara hikmah.  


(3) Seorang suami / bapa dilarang Tajassus terhadap anak isteri yang sudah mematuhi hukum-hakam Agama, menuntut fardhu 'ain di Masjid / Surau sebagai seorang yang beriman. 


Hal ini kembali kepada hukum asal,  iaitu haram Tajassus.  Sebagaimana haram Tajassus terhadap orang Islam yang telah dikenali sebagai orang beriman dan beramal soleh, maka demikian juga sama terhadap anak isteri yang ta'at, yang selalu mengerjakan Solat dan mematuhi hukum-hakam Agama, maka dilarang Tajassus terhadap mereka.


Keempat : Menjalankan Amr bil Ma'ruf Anhyi Anil mungkar:


Pihak² yang diberi amanah mendirikan kebaikan dan mencegah kemungkaran diharuskan Tajassus dengan tujuan menegakkan hukum syara', (bukan tujuan lain yang menyimpang dari mencari Keredhaan Allah).  Walau bagaimanapun wajib mematuhi syarat²nya.   Di antara syarat terpenting adalah :  Petugas2 ini wajib memiliki ilmu yang cukup untuk melakukan hisbah. (kerja menyeru kebaikan dan cegah kejahatan). 


Kemudian, wajib bersifat 'adil dan Taqwa.  Dilarang Tajassus atas sangkaan semata², melainkan wajib mempunyai bukti kukuh berdasarkan khabar yang boleh dipercayai.


Misalnya, dilarang menyerang peribadi seseorang, menyerbu rumah atau bangunan milik orang islam semata² atas sangkaan rapuh.  Dilarang mengintip seseorang semata² atas aduan seseorang yang tidak pasti.  Boleh jadi orang yang membuat aduan tersebut sengaja ingin memfitnah.  Sepatutnya orang melakukan aduan terhadap orang lain disiasat terlebih dahulu akan dakwaannya, bukan dengar berita terus serbu secara buta.   


Pihak² berkaitan hanya dibenarkan Tajassus terhadap seseorang individu atau suatu kumpulan apabila wujud perkiraan yang kuat berserta khabar dari orang yang adil.  Jika tidak demikian, maka serbuan atau serangan ke atas orang2 berkenaan adalah fasiq dan zalim.


Sekali lagi perlu diingat dalam hal ini... Tujuan Tajassus adalah demi memelihara Agama, BUKAN untuk memalukan mereka. Maka adalah haram jika pihak penguatkuasa melakukan Tajassus semata2 kerana dendam peribadi atau kerana marah pada individu tertentu atau kerana pengaruh politik jahat atau bertujuan memalukannya di khalayak ramai atau sebab2 lain yang tiada berkait dengan Agama. 


Berkata Imam Ghazali :

"Maka ketahuilah, orang yang menguncikan pintu rumahnya dan menutupkan diri dengan dinding2 temboknya, maka tiada boleh memasuki, tanpa izin, untuk mengetahui ma'siat ( yang sedang berlaku). Kecuali jelas dalam rumah itu yang dapat diketahui oleh orang yang berada di luar rumah, seperti bunyi seruling dan rebab apabila telah meninggi bunyinya.   Demikian pula apabila telah meninggi suara orang mabuk dengan kata2 yang biasa antara mereka, sehingga dapat didengar oleh orang di jalanan, maka ini melahirkan hisbah"

[Ihya Ulumuddin]


Maksud Imam Ghazali adalah :  Pihak penguatkuasa dilarang memasuki rumah orang atas sangkaan semata2.  Melainkan terdapat bukti2 kukuh yang dapat dipercayai seperti keluar bau arak dari rumah atau terdengar bunyi permainan alat yang diharamkan.


Bersambung siri  80  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...