Thursday, September 29, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 62)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


8.0  Cabang Penting :

sambungan...


Cabang 9 :  Wahyu Pertama dan Hubungan nya dengan Mursyid 


Syarahan:

------------

Beberapa faedah dari  tafsirannya ayat tersebut oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir  Jilani Radhiallahu anhu.

Pertama:

Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ adalah pilihan Allah.  

Hujjahnya ada pada Kalam Allah   "  ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا  "   (mereka yang Kami Pilih") iaitu  Pewaris2 Nabi yang dikenali sebagai Mursyid adalah semata2 pilihan Allah.   Ianya BUKAN pilihan manusia, kerana pangkat, kekayaan, keturunan, atau lain2 nya.  


Kedua:

Mursyid mewarisi keseluruhan Agama. 

Allah Ta'ala melimpahkan / mengilhamkan khazanah dan rahsia2  keilmuan Al Qur'an ke dalam dada Mursyid sehingga mereka menjadi orang yang benar2 Arif.   Allah Taala Kurniakan Hikmah kebijaksanaan sehingga dengan hikmah kebijaksanaan tersebut mereka memimpin Ummat manusia kepada Allah.


Ketiga:

Cara Lantikan Mursyid melalui ilham kepada Gurunya.

Mungkin ramai yang tertanya2,  jika ianya pilihan Allah, apakah cara Allah Ta'ala sampaikan pilihan Dia kepada umum?

Caranya adalah :

Allah Ta'ala ilhamkan kepada Guru yang sedang memimpinnya (melalui Kasyaf)  akan "pilihan"  / "lantikan tersebut,  kemudian Gurunya akan isytiharkan kepada murid2nya dan orang2 sekelilingnya pilihan Allah itu.    

Gurunya BUKAN melantik seseorang menjadi Pewaris Nabi / Mursyid  mengikut nafsunya atau disebabkan kerana  keturunannya, atau kerana bangsanya atau kerana pangkat dunianya atau lain2...  BUKAN....!  Sebaliknya semata2 berdasarkan Petunjuk Allah kepadanya.


Keempat:

Generasi Pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina 'Ali   Ridhwanullahi Alayhi Ajma'in  yang telah menerima Amanat Rasulullah ﷺ melalui bai'at.

Generasi kedua Mursyid adalah Ulama Tabi'in yang menerima Warisan Rasulullah dari tangan Khulafa Ar-Rasyidin dengan jalan yang amat teliti dan suci —  melalui bai'at  (sumpah setia) dan musyafahah  (berhadapan dan menerima dari lisan guru)  berserta limpahan cahaya Ketuhanan.  

Generasi ketiga Mursyid adalah Ulama Tabi- it- Tabi'in yang menerima Warisan Rasulullah dari tangan Tabi'in dengan jalan yang sama  — melalui bai'at  (sumpah setia) dan musyafahah  (berhadapan dan menerima dari lisan guru)  berserta limpahan cahaya Ketuhanan.  

Generasi keempat, kelima, keenam dan seterusnya menerima dari Guru sebelumnya dengan jalan yang sama —  melalui bai'at  (sumpah setia) dan musyafahah  (berhadapan dan menerima dari lisan guru)  berserta limpahan cahaya Ketuhanan.  


Kelima:

Mursyid yang siddiq adalah sebenar2 Wakil Allah dan Rasul yang menjadi Pemimpin Ahlus Sunnah.  Di tangan merekalah kesucian Risalah yang tidak ubah2 atau diselewengkan,  sedangkan selain mereka mengubah2 ajaran Rasul dan membawa kepada kesesatan.   Mursyid yang siddiq  adalah Pemelihara Agama yang benar.    Walaupun seluruh dunia berserta pemimpinnya rosak binasa, mereka tetap berdiri menjunjung tinggi panji2 Islam sampai Qiamat. 

Demikian rencana Ilahi yang amat rapi bagi keselamatan Ummat manusia seluruhnya.   Pada setiap zaman, pada setiap tempat,   pada setiap Wilayah dunia pasti ada di sana Pewaris Nabi yang siddiq yang dipanggil Mursyid (Ahli Sufi atau ahli Ma'rifat)  yang menyeru kepada Tauhid yang benar sampai Qiamat.   


(Huraian lanjut berkenaan Mursyid, syarat2 Mursyid, kelayakan Mursyid dibincangkan berasingan di dalam Tajuk Risalah "Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq" — sila rujuk untuk memperoleh Pengetahuan penuh)


bersambung siri  63  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...