■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 367)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-49:
Menghina orang miskin kerana kemiskinannya
==================================
Definisi-Definisi:
==============
1. Definisi miskin
===============
Dari segi bahasa:
Miskin (مسكين) berasal dari perkataan (سَكَنَ - يَسْكُنُ ) bermaksud : diam, tenang, tetap, tidak bergerak, bertahan, tempat kediaman
Dari segi istilah:
Miskin (مسكين) adalah orang yang kekurangan harta dan sedikit pendapatannya dari sudut ekonomi, tak cukup perbelanjaan untuk meneruskan hidup
2. Definisi Faqir:
==============
Dari segi bahasa:
Perkataan faqir berasal dari kata ( فَقَّرَ - يُفَقِّرُ ) bermaksud : menembusi, melubangi, menggali
Dari segi istilah:
Faqir adalah orang yang tersangat miskin dari sudut ekonomi, tiada harta dan wang ringgit, tiada perbelanjaan, tersangat melarat, memerlukan bantuan untuk kesinambungan hidup.
3. Definisi memperolok (يَسْخَر )
=========================
Dari segi bahasa:
Kata (يَسْخَر) berasal dari kata (سَخِرَ - يَسْخرُ ) bermaksud menghina, mengejek, mencemuh, memperolok, mentertawakan, memandang rendah.
kata-kata lain yang turut membawa makna menghina, mengejek, mentertawakan, mengolok-olok dan memandang rendah :
haqqara, yuhaqqiru (حَقَّرَ - يُحَقِّرُ ),
ahana, yuhinu (أهَانَ - يُهِيْنُ),
sabba, yasubbu ( سَبَّ - يَسُبُّ)
adzalla, yudzillu ( أذَلَّ - يُذِلُّ)
shatama, yashtamu (شَتَمَ - يَشْتمُ)
Penjelasan:
==========
(1) Tajuk "menghina manusia" secara umum telah menyentuh secara umum pada membicarakan dua topik penting sebelum ini, iaitu ; Dosa Takabbur dan Dosa Mengejek. Kedua-dua tajuk tersebut adalah umum meliputi penghinaan terhadap semua macam kekurangan, sama ada kekurangan harta, wang ringgit, kepandaian, kecantikan, kekuatan tubuh, pangkat, kedudukan dan lain-lain. Di sini kita akan fokus khusus kepada Tajuk : "Menghina orang miskin kerana kemiskinannya"
(2) Dilihat pada sudut haqiqat dan Taqdir Azali, Allah Ta'ala menciptakan manusia di dalam berbagai keadaan : kaya miskin, paras rupa cantik atau kurang cantik, berharta dan tiada harta, berpangkat tinggi atau tiada pangkat, berilmu atau jahil. Dengan pandangan ini, tiada sebab bagi sesiapa memandang hina kepada orang miskin kerana pada haqiqatnya semua kejadian kembali kepada Allah. Maka apabila kamu menghina orang miskin kerana kemiskinannya, maka tanpa disedari kamu telah menghina Allah Ta'ala yang menjadikannya.
(3) Sebahagian orang kaya-raya menuduh secara umum kepada orang miskin sebagai "pemalas", "bodoh", "pengotor" dan sebagainya untuk menghinakan mereka. Sedangkan tidaklah semua orang miskin itu malas, bodoh. Mereka tetap berusaha memperbaiki keadaan hidup mereka dengan berbagai cara, namun mereka seringkali menemui kegagalan.
(4) Semua bentuk kelebihan, keistimewaan, ketinggian yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada manusia berupa kebendaan, harta duniawi, kekayaan melimpah, kecantikan paras rupa, kedudukan, kekuasaan dan kepandaian merupakan dugaan atas setiap diri yang menerima Kurnia tersebut ; sama ada dia bersyukur dan meninggikan Kalimah Allah atau kufur derhaka kepada Allah. Setiap Kurnia Allah adalah "amanah" dan BUKAN "hadiah" sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang awam.
(5) Semua macam kelebihan berupa duniawi tiada mempunyai apa-apa makna di Sisi Allah melainkan kamu gunakannya untuk jalan Allah, memakmurkan bumi Allah dengan Kalimah-Nya yang Maha Agung, sedekah untuk Masjid, Zawiyah, Madrasah Suluk dan tempat-tempat lain yang digunakan untuk Zikir dan Agungkan Allah.
(6) Fahamilah "Harta paling Agung" yang mempunyai nilai pada Hari Perhitungan adalah Iman dan Taqwa yang bersemi di dalam jiwa seseorang. Maka berbangga-bangga dengan harta kekayaan yang banyak dan menghina orang miskin adalah kebodohan yang akan berakhir dengan kecelakaan.
Bersambung siri 368 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment