■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 27)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.2 Dosa Besar Kedua : Riya'
sambungan.....
Sendi2 Utama Riya'
Menurut Imam Ghazali terdapat 3 sendi utama Riya :
Sendi Pertama : Maksud Riya' itu sendiri
Sendi Kedua : Perkara yang diRiya'kan
Sendi ketiga : Yang diRiya'kan kerananya
Penjelasan:
Sendi Pertama: Maksud dari Riya' itu sendiri:
Ini terdiri dari 4 cabang:
Cabang pertama:
Orang yang ibadahnya BUKAN tujuan Ibadah kepada Allah, tetapi semata2 Riya'. Orang ini mengerjakan ibadah di hadapan manusia. Sebaliknya jika sendirian dia TIDAK akan memperbuatnya. Atau dia sedekah di hadapan orang kerana bimbang kecelaan manusia, jika dalam keadaan sendirian dia tidak akan sedekah. Ini tingkat Riya' paling buruk dan terkutuk.
Cabang kedua :
Orang ini bermaksud ibadah kerana Allah tetapi maksudnya sangat lemah, lebih kepada pujian. dia tidak akan memperbuat ibadah tersebut jika sendirian. Jika dia memperbuatkan juga ibadah, maka terselit niat Riya' di dalamnya.
Cabang ketiga :
Bahawa dia mempunyai maksud Ibadah dan Riya' sama kuat. Jika terlepas dari salah satunya dia akan tinggalkan Ibadah. Sebaliknya apabila berkumpul kedua2nya (tujuan Ibadah kerana Allah dan masa yang sama Riya' menunjuk2) dia akan melakukan Ibadah.
Cabang keempat :
Bahawa dia bertambah rajin dan bertambah kuat ibadahnya apabila dilihat oleh manusia. Ketika sendirian dia tetap ibadah juga namun tidak sama rajinnya seperti ketika dihadapan manusia. Misalnya ketika di hadapan manusia dia solat sunnat 20 rakaat. Tetapi di belakang manusia dia hanya solat sunnat 2 rakaat.
Sendi kedua: Perkara yang di Riya'-kan:
Bagi sendi kedua ini terdapat dua cabang: Riya' dengan pokok Ibadah dan Riya' dengan sifat2 Ibadah
Cabang Pertama: Riya' dengan pokok Ibadah.
Tingkat 1 : Riya' dengan pokok Iman. Orang ini zahirkan Islam sedangkan hatinya menolak, ertinya dia pura2 beriman sedangkan hakikatnya dia munafiq.
Tingkat 2 : Riya' dengan pokok2 Ibadah seperti Solat, Zakat, Haji, Da'wah, Jihad dll
Tingkat 3 : Riya di dalam melakukan Ibadah Sunnat seperti Solat Tahajjud, solat dhuha, sedekah sunnat dll.
Cabang kedua: Riya' dengan sifat2 Ibadah
Tingkat 1 :
Membaguskan ibadah supaya tidak dicela orang... . seperti ruku' dan sujud dengan bagus ketika di hadapan manusia. Atau mengeluarkan sedekah yang bagus2 ketika ada orang memerhatikannya. Tujuannya supaya manusia tidak mencelanya.
Tingkat 2 :
Baguskan sifat ibadah sebagai menunjukkan kelengkapannya di dalam ibadah. Misalnya di dalam solat — lebih lama ruku', lama sujud dsb. ketika di hadapan orang. Apabila Sedekah — lebih banyak sedekah apabila dilihat orang akan sedekahnya. Sedangkan apabila di belakang manusia tidaklah demikian melainkan dibuat sesuka hati tanpa memerhatikan kesempurnaannya. (Perbezaan antara Tingkat ini dengan Tingkat 1 adalah : Yang pertama elokkan ibadah supaya jauh dari kecelaan manusia sedangkan yang kedua mencari kebagusan, kelengkapan didalam ibadah).
Tingkat 3 :
Baguskan ibadah dengan tambahan2 yang sunnat2 dan mencari keutamaan. Misalnya datang awal ke Masjid. Duduk di saf pertama Masjid.
Sendi ketiga : Yang diRiya' kerananya;
Terdapat tiga tingkatan:
Tingkat 1 :
Elokkan ibadah serta menunjuk2 kebaikan dan wara' supaya tetap dapat melakukan ma'siat. Maksudnya dia melakukan segala kebaikan serta keelokan ibadah dan akhlaq supaya terkenal sebagai orang yang baik dan amanah. Maka dia diserahkan jabatan2 penting atau dilantik menjadi pegawai agama. Apabila mendapat jabatan atau jawatan penting, maka digunakan untuk kepentingan nafsunya serta ma'siat.
Tingkat 2 :
Mengelokkan ibadah untuk tujuan harta duniawi atau kerana wanita.
Tingkat 3:
Menzahirkan keelokan di dalam ibadah dan akhlaq supaya dipuji sebagai zuhud dan ahli tasawwuf dsb
Catitan :
Penerangan Imam Ghazali ini agak rumit difahami bagi orang awam atau salikin yang mubtadi. Jika kurang faham atau tak dapat memahami maksudnya dengan tepat, cuba baca berulangkali. Jika masih keliru boleh tanya terus kepada Tn Guru.
Bersambung siri 28 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment