■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 372)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-49: Menghina orang miskin
kerana kemiskinannya
... Sambungan.....
Ringkasan:
Penjelasan Takabbur
===============
Di sini kami akan ulangi secara ringkas pengertian Takabbur (dan hal ehwal yang berkait dengannya) yang ramai tidak memahaminya dengan tepat, keliru dan seringkali terbabas (jatuh kepada Takabbur) sedang mereka tidak menyedarinya.
Asas kepada Pengertian Takabbur:
Rasulullah ﷺ telah meletakkan asas kepada Pengertian Takabbur, iaitu :
Pertama : Menolak kebenaran
Kedua : Memandang orang lain dengan pandangan hina.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sombong adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.”
[Imam Muslim]
Daripada dua asas ini, Ulama kita telah huraikan sekalian hal ehwal yang berkaitan dengan Takabbur. Untuk memahaminya kita perlu teliti dahulu pengertian "kebenaran" dan "menghina" menurut tafsiran Ulama.
Pengertian Kebenaran
===================
Pengertian "kebenaran" menjadi perdebatan di kalangan orang Islam setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. Setiap kelompok mengaku mereka yang benar dan selain mereka sebagai sesat atau batil.
Di dalam keributan pendapat-pendapat manusia itu, ternyata satu-satunya jalan kebenaran yang diwarisi turun-temurun tanpa putus dari Junjungan Rasulullah ﷺ adalah Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang dipimpin Masyaikh Ahlus Sunnah yang dikenali sebagai Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq — Jalan yang menggabungkan Syari'at (fiqh) dan Toriqat (tasawwuf) Rasulullah ﷺ, tanpa abaikan mana-mana bahagian zahir mahu pun batin. Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang ternama lahir dari jalan ini.
Berkata Imam Ghazali:
"Selama waktu khilwah (uzlah) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin di istiqsa (membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ) Yang ku katakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar-benar yaqin, Ahli Sufi (Mursyid, Ahli Ma'rifat, Warisatul Anbiya yang benar) itulah yang benar-benar telah menempuh jalan yang di-Kehendaki Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara- cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.
Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil; sebab segala gerak geri mereka (Ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi Nur Nubuwwah (Cahaya Kenabian) sebagaimana Firman Allah :
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬
"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."
[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]
[Tamat nukilan kata-kata Imam Ghazali dari kitab Munqiz Min-Adh-Dholal]
Pengertian menghina:
===================
Berkata Imam Ghazali :
Takabbur adalah tingkah laku yang ada pada jiwa, yang merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya di atas orang yang disombonginya.
Asalnya perlakuan "menghina orang" timbul di dalam hati. Namun di dalam kebanyakan keadaan, "rasa" di dalam hatinya terzahir pada perkataan dan sikap dan perbuatannya.
Bersambung siri 373 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment