Tuesday, October 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 17)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur

sambungan....


Takabbur Yang diHaruskan:

Takabbur / sambong pada umumnya adalah dilarang keras dan diancam dengan balasan Neraka serta Kemurkaan Allah Ta'ala sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini.  Hal ini telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar.


Walau bagaimanapun terdapat satu ruangan kecil di mana diharuskan sombong bertujuan mendirikan Haq Agama, Haq Allah Ta'ala serta meluruskan manusia kembali kepada Tauhid.  Sombong yang diharuskan ini BUKAN kesombongan yang hakiki yang tertanam di dalam hati / terbit dari hati, tetapi ia bersifat luaran yang semata2 bertujuan mendidik.    Dengan demikian keharusan "sombong" ini TIDAK di ambil mudah atau sewenang2nya dilakukan oleh mereka yang berkenaan, melainkan hendaklah dengan penuh hati2 serta mematuhi syarat2nya yang ketat. Ini adalah kerana wujudnya bahaya kegelinciran kepada Takabbur yang hakiki. 


Dalil kepada keharusan ini adalah berdasarkan Kalam Allah Yang Maha Tinggi...


Firman Allah Ta'ala :


سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar..."

[Al-A'raf (7) : Ayat 146]


Sebahagian Ulama Mu'tabar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi (Mujaddid Kurun ke-6 Hijriyyah)  mentafsirkan  maksud  Kalam  Allah  "  بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ  "   (tanpa haqq) dengan maksud wujudnya pengecualian Takabbur yang diharamkan. Ertinya sebahagian kecil Takabbur diharuskan namun tujuannya BUKAN kesombongan pada hakikatnya, hanya semata2 "memperlihatkan kesombongan"  TANPA disertai kesombongan dalam hati, bertujuan mendirikan Syari'at.


Takabbur yang diharuskan (dengan syarat dan penjagaan keras) :


Pertama : Takabbur di medan Perang melawan orang kafir harbi.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

إِنَّهَا مِشْيَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ إِلا فِي هَذَا الْمَوْضِعِ

“Cara berjalan seperti itu ( Nabi  ﷺ menunjukkan kepada Sahabat bernama Abu Dujanah yang berjalan dengan rupa kesombongan ketika di medan Perang Fi Sabilillah) dibenci Allah kecuali dalam keadaan  seperti semacam ini (Jihad Fi Sabilillah)”

[Imam Ath-Thabarani]


Nabi ﷺ memberi isyarat bahawa berjalannya seseorang dengan gaya kesombongan seperti meluaskan kedua tangan dan dada membusung adalah haram dan diMurkai Allah, kecuali ketika di dalam Peperangan melawan musuh2 Allah di Medan Jihad Fi Sabilillah. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

فَأَمَّا الْخُيَلاَءُ الَّتِى يُحِبُّ اللَّهُ فَاخْتِيَالُ الرَّجُلِ نَفْسَهُ عِنْدَ الْقِتَالِ

“Adapun kesombongan yang dicintai Allah adalah kesombongan seorang lelaki pada saat perang (Fisabilllah)” 

[Imam Abu Dawud]


Kedua: Takabbur kepada orang yang gemar melakukan Takabbur:

Takabbur kepada manusia yang gemar memperlihatkan sifat2 kesombongannya secara nyata sama ada dengan perkataan atau tingkah laku, adalah suatu hal yang wajar serta bertepatan dengan hukum syara' sebagaimana dipegang oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.   


Demikian lagi harus takabbur kepada orang2 bodoh sombong yang menentang tanpa pengetahuan.  Atau cerdik pandai Agama yang berlagak seperti Mujtahid menaburkan " fatwa "  mengikut hembusan nafsu dan bisikan Syaitan.   Mereka ini adalah cerdik pandai Agama yang bergelar Profesor, PhD, Drs, Masters dalam Hadith atau Ilmu Fiqh, yang mereka merasakan diri mereka sudah hebat di dalam Agama, lalu sewenang2 mengeluarkan " fatwa " mengikut nafsu.  Mereka menuduh sesat kepada Sambutan Maulid Nabi, Tawassul, ziarah kubur, Majlis Tahlil,  Ilmu Tasawwuf, Toriqat Rasulullah ﷺ, Sungguh golongan ini adalah "sesat" dan "menyesatkan".  Maka wajarlah hadapi golongan ini dengan sifat kesombongan kerana mereka telah menzahirkan sifat kesombongan. 


Imam Syafi'e, Imam Munawi, Imam Mulla Ali Qari, Imam Yahya ibnu Mu'az adalah di antara Ulama2 yang menyebut bahawa Takabbur kepada orang yang takabbur adalah harus, bahkan ianya kebaikan yang terpuji.  


Jika dihalusi dengan bijaksana, cara hadapi golongan yang Takabbur ini dengan Takabbur, adalah pada hakikatnya _Amr Bil Ma'ruf Nahyi Anil Mugkar_, mencegah kemungkaran!  Maka jadilah pekerjaan ini terpuji kerana mencegah kemungkaran adalah kewajipan atas setiap orang beriman.


Ketiga : Takabbur kepada orang yang zalim


Takabbur kepada orang yang zalim adalah pada hakikatnya suatu bentuk da'wah, suatu bentuk ajakan kepada kebaikan serta tinggalkan tabi'at buruk yang diMurkai Allah Ta'ala.  


Takabbur / sombong kepada Raja yang zalim adalah harus, bertujuan menyedarkan Raja itu dari kezalimannya.  Maksud Takabbur kepada Pemerintah zalim adalah menghinakan perbuatan2 dia yang melampau batas, memberi ingatan kepada Pemerintah tersebut dengan ancaman2 keras agar dia tidak berterusan di dalam kejahatan dia.  


Syarat2 yang wajib diperhatikan oleh orang2 yang melakukan Takabbur yang diharuskan :


(1) Orang berkenaan BUKAN orang yang suka Takabbur, sebaliknya benci sifat Takabbur dan dia melakukannya demi mendirikan Syi'ar Agama / Perintah Allah Ta'ala.


(2) Takabbur itu TIDAK lahir dari hatinya, Takabbur itu BUKAN yang teresap di dalam hati, tetapi hanya semata2 "memperlihatkan kesombongan" pada perlakuan zahir bagi meluruskan seseorang yang tersalah jalan.


(3) Tidak berlebih-lebihan dari kadar yang memadai bagi menyedarkan orang dia menunjuk Takabbur atasnya.


(4) Sekiranya dia BUKAN orang yang mampu menahan perasaan ammarah sehingga berubah niat asal yang bertujuan mendirikan Syi'ar Agama kepada Takabbur yang diharamkan, maka wajib dia jauhkan diri dari melakukannya. Biarkan tugas itu dilakukan oleh orang yang teguh Iman dan Taqwanya.



Bersambung siri  18  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...