Monday, October 17, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 16)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur

sambungan....


Larangan Menuduh Orang Lain Takabbur

Hendaklah difahami sungguh2,  tujuan dibentangkan ilmu berkenaan Takabbur (dan juga sekalian sifat2 kecelaan HATI yang menjerumuskan seseorang kepada dosa besar, seperti akan datang huraiannya)  adalah untuk MUHASABAH DIRI, melihat kedalam diri sendiri, cermin diri,  dan kemudian berusaha sungguh2 menyucikan HATI dari sifat2 tersebut dengan mengikut panduan Ulama Mu'tabar.    Ia BUKAN bertujuan menyelidiki hal ehwal orang lain, BUKAN menilai orang lain dan BUKAN menjatuhkan hukum atas orang lain berdasarkan pandangan mata kasar / perlakuan fizikal.  


Meskipun tidak dinafikan, pada suatu sisi pandangan yang kritis, perlunya seseorang atau sekumpulan orang beriman bertanggungjawab menegur mereka2 yang terang2 bersifat Takabbur agar disempurnakan tanggungjawab Amr bil ma'ruf Nahyi Anil Mungkar  (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran), namun ianya BUKAN boleh dilakukan sewenang2nya oleh semua orang. Ini kerana wujud kesamaran dan kepayahan di dalam menentukan samada seseorang itu benar2 bersifat Takabbur atau perlakuannya (perkataan atau tingkahlaku) hanya sifat semulajadi yang wujud pada dirinya, bukan sebab Takabbur.


Sebagaimana telah termaklum sifat Takabbur tumbuh dan menetap di dalam hati pada permulaan, kemudian terkeluar  ke dalam perkataan, sikap dan tingkah laku.  Memang benar sebahagian dari sifat Takabbur akan terlihat pada zahir perkataan, sikap dan perbuatannya, namun untuk menuduh seeorang itu bersifat Takabbur memerlukan penelitian yang amat halus.  Jika tersalah langkah tuduhan itu akan kembali kepada orang yang menuduhnya.  Ertinya seseorang yang menuduh orang lain sebagai Takabbur tanpa haq (menuduh sewenang2nya tanpa hujjah yang nyata), maka ditakuti orang yang menuduh itu sebenarnya Takabbur.


Contoh 1 :  Seseorang lelaki berjalan dengan membusung dadanya, kelihatan seolah2 berjalan dengan sombong... TIDAK semestinya dia sombong, kerana kemungkinan itu sifat kejadiannya yang asli.


Contoh 2 :  Seseorang lelaki yang memakai jubah meleret, TIDAK semestinya melakukan Takabbur.  Kemungkinan dia tiada jubah lain atau kemungkinan dia gemar memakai jubah meleret sedangkan dia tiada sifat kesombongan di dalam hatinya.


Contoh 3:  Seseorang yang sentiasa memakai pakaian mewah dan mahal tidak semestinya Takabbur. Boleh jadi dia memakai pakaian mewah lalu mensyukurinya.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat  takabbur sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimanakah dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“

[Imam Muslim]


Di dalam hadith ini kita dapat mengambil faedah, memakai pakaian yang bagus yang kelihatan mewah TIDAK semestinya menunjukkan dia takabbur. Jika dia memakainya dengan menunjuk² kesombongan- nya, maka itu adalah Takabbur. Sebaliknya jika dia memakainya BUKAN menunjuk² kemewahananya atau menunjuk² sifat kesombongannya, maka TIDAK boleh dihukum sebagai Takabbur. Apa lagi dia memakai pakaian bagus dan mahal tetapi dia mensyukuri Ni'mat Allah yang Mengurniakannnya pakaian yang bagus, maka itu adalah terpuji.


Demikian lagi apabila Pemimpin, pendidik dan pembimbing bersikap tegas kepada orang yang dipimpinnya, adakalanya ucapannya kelihatan seperti sombong, sedangkan hakikatnya bukan demikian.  Kemungkinan Pendidik bertujuan memberikan pengajaran kepada golongan tertentu yang degil dengan teguran keras, maka itu BUKAN kesombongan.


Demikianlah contoh² lain yang serupa dengan perbandingan ini. Sebahagian dari perbuatan, perkataan, sikap, tingkah laku manusia TIDAK semestinya melambangkan sifat Takabbur, seballiknya wujud kemungkinan2 lain di sana sehingga dilarang menghukum terus seseorang yang semata2 kerana penampilan zahiriyahnya.


Jika ada yang bertanya bilakah seseorang dihukum Takabbur kerana penampilan zahiriyahnya, maka jawapannya memerlukan penelitian :


Yang pertama : 

Secara umumnya TIDAK perlu menilai orang lain, sebaliknya masing² muhasabah diri, betulkan niat hati serta sentiasa waspada tipu daya nafsu dan syaitan. (akan datang penjelasan bab ini) 


Yang kedua:

Harus membuat pertimbangan atas perlakuan seseorang dengan tujuan da'wah iaitu meluruskannya  dengan bijaksana. 


Apabila seseorang melafazkan ungkapan2 yang jelas menunjukkan Sifat Takabbur, misalnya seseorang yang berketurunan bangsawan bermegah² dengan keturunannya... 


atau contoh lain...


Seorang Profesor berkata, semua orang lain bodoh, hanya dia seorang saja bijak dan paling mengetahui hal ehwal suatu urusan... 


atau contoh  lain....


Seorang pemimpin negara berkata, negara menjadi maju disebabkan kehebatan dia mentadbir. 


Contoh² di atas adalah jelas perbuatan Takabbur yang dilarang dan memerlukan pencegahan. Golongan2 sombong ini wajib dinasihati oleh mereka yang bertanggungjawab.


Rumusan ringkas di dalam bahagian ini adalah:


1. Jangan cepat menuduh seseorang sebagai Takabbur semata² kerana penampilan luar yang kelihatan seolah² Takabbur. 


2. Jika dia seorang Guru atau Pemimpin atau penda'wah, maka harus dia meneliti sungguh² akan tanda² Takabbur pada diri seseorang di bawahnya sebelum dia menasihati dan meluruskannya. 


3. Jika seseorang menuduh orang lain Takabbur semata² atas sangkaannya, sedangkan orang yang di- tuduh tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh.


Maka awasi hati kalian masing², JANGAN terjebak dengan perbuatan Takabbur dan JANGAN juga cepat menuduh orang lain Takabbur tanpa usul periksa atau semata² sangkaan. 



Bersambung siri  17  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...