■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 15)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur
sambungan....
Tanda Ke-3 :
Tidak suka menerima nasihat, teguran baik daripada orang lain.
Tanda Ke-4:
Apabila orang menegur kesalahannya (yang nyata dia salah pada pandangan Ahlus Sunnah), dia menyombong dan segera bangkit menyalahkan orang yang menegurnya sebagai tidak pandai bagi nasihat. Bahkan dia menuduh penda'wah pula sebagai sombong. Ini salah satu cara melepaskan diri daripada dia dianggap "penentang" yang menyombongkan diri.
Tanda ke-5:
Susah minta maaf walaupun sedar dia sudah buat kesalahan yang nyata.
Tanda ke-6:
Merasakan diri mulia dan orang lain tak layak menasihati dia.
Tanda ke-7:
Selalu menyebut2 serta bermegah-megah dengan suatu perkara dunia atau kelebihan ibadahnya.
Tanda ke-8:
Segera bangkit ammarah jika pendapat (akal) dia ditolak.
Tanda ke-9:
Gemar memaksakan kehendak dan pendapat sendiri. Jika tak diterima dia terus merajuk atau bermusuh.
Tanda ke-10:
Hanya bergaul dan berteman dengan orang2 setarafnya. Jika dia dari keturunan mulia, dia hanya bergaul dengan teman2 keturunannya. Jika orang berpangkat, dia hanya bergaul dengan teman2 sama pangkatnya serta menganggap orang lain hina.
Tanda ke-11:
Gemar mendoakan kejahatan / keburukan pada orang Mukmin lain. (anggap diri mulia dan hinakan orang lain)
Tanda ke-12:
Gemar kepada pujian dan sanjungan manusia (merasakan diri mulia). Marah jika tidak menerima pujian.
Tanda ke-13:
Sangat sukacita orang lain memulai memberi salam kepada dia, kerana merasakan dirinya lebih berilmu dan lebih mulia.
Tanda ke-14:
Sangat suka orang lain bangun berdiri memuliakannya dan marah bila orang tak berbuat demikian.
Tanda ke-15:
Sukacita orang lain menjadi khadim, berkhidmat kepadanya seperti menyediakan tempat duduk istimewa, sediakan makan minum dan marah jika tidak dibuat demikian, kerana mengganggap dirinya sangat mulia dan lebih dari orang lain.
(Ada pun murid berkhidmat kepada Mursyidnya adalah suatu hal berlainan kerana murid dituntut khidmat kepada Gurunya sebagai suatu adab terpenting bagi memperoleh kejayaan pada Jalan Ma'rifat)
Tanda ke-16:
Sukacita dan megah orang ziarah kepada dia dan tidak suka ziarah kepada orang demi menjaga satatus kemuliaannya.
Tanda ke-17:
Gembira mendengar orang lain memujinya sebagai Ahli Ibadah, wara' dan zuhud.
Tanda ke-18:
Suka marah - marah serta membentak - bentak berlebih2an apabila mengajar atau sampaikan suatu pada orang yang tidak tahu.
Demikianlah tanda2 wujudnya Takabbur didalam diri seseorang, Boleh jadi terdapat lebih dari apa yang telah disebut. Tujuan kami huraikan hal ini adalah agar setiap orang yang membacanya mengambil i'tibar dan cuba sedaya upaya menjauhinya. BUKAN tujuan di sini menyalahkan orang lain.
Penjagaan:
Perlu diingat juga TIDAK semua yang dilihat sebagai Takabbur itu sebenarnya Takabbur. Kemungkinan "gaya" atau "perkataan" yang kelihatan seperti Takabbur itu BUKAN Takabbur, seseorang itu memang sifatnya yang asli, bukan Takabbur. Maka di dalam hal ini dia TIDAK dikatakan Takabbur. Perbincangan lanjut berkenaan ini. In shaa Allah.
Bersambung siri 16 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment