Sunday, October 16, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 14)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur

sambungan....


Tanda Kedua : Menolak kebenaran / Tidak menerima kebenaran.

Hal ini memerlukan perbincangan luas serta penelitian amat halus. 


Apakah maksud "menolak kebenaran"?

Apa kaitannya dengan Hadith  Rasulullah ﷺ yang menyebut "menolak kebenaran" sebagai tanda Takabbur?

Apakah maksud "kebenaran"?

Bagaimanakah menentukan "kebenaran dan petunjuk benar"  dengan "kebatilan dan kesesatan"?

Siapakah yang berhak menentukannya?

Apakah dasar dan Prinsip penentuan tersebut?


Di dalam hal ini, apabila bertembung dua kelompok atau lebih yang mempunyai pegangan yang berlawanan,  sudah tentu masing2 akan mempertahankan pendapat masing2 sebagai benar sementara lawannya adalah salah dan batil.  Jika demikian bagaimanakah jalan penyelesaiannya?


Jawapannya:

Kebenaran itu hanya wujud di dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).   Dasar Pegangan Ahlus Sunnah yang benar adalah berpegang teguh dengan Al-Qur'an, Hadith serta Fatwa Ulama Mu'tabar.  

Ulama Mu'tabar adalah Ulama bertaraf Auliya Allah yang mempunyai susur galur pengambilan Ilmu amal turun-temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Merekalah Mursyid (Penunjuk Jalan benar) kepada Ummat ini sepanjang zaman.  Merekalah Khalifah Rasulullah ﷺ yang bermula dari Khulafa' Ar-Rasyidin, sambung-menyambung tiada putus sampai Qiamat.  Merekalah Ahli Ma'rifat yang mewarisi Nubuwwah dan Risalah Baginda ﷺ.  Mereka sentiasa Musyahadah (menyaksikan wajah Allah) serta di dalam Pimpinan Ruhaniyah Rasulullah  ﷺ.    Mereka tidak akan sama sekali berdusta.  


Dengan demikian, selain dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen), hanyalah kebatilan dan kesesatan. Tidak wujud kebenaran selain dari yang telah dinyatakan oleh sekalian Ulama Mu'tabar yang telah memperoleh Rahmat Allah.


Jika wujud satu golongan mengaku mereka Ahlus Sunnah, sedangkan pegangan mereka adalah mengikut Syi'ah (rafdhi) atau mengikut fahaman Wahhabiyyah (Khawarij) atau mengikut fahaman Sekular ( Liberal) atau fahaman sesat yang lain, maka tidak syak lagi mereka adalah golongan sesat yang pura2 mengaku Ahlus Sunnah.  Mereka adalah Ahlus Sunnah PALSU. TIDAK wujud "kebenaran" pada Ahlus Sunnah PALSU...!


Jika di sana terdapat satu golongan mengaku Ahlus Sunnah, periksalah siapa pemimpin mereka, adakah pemimpin mereka Ulama Mu'tabar yang benar2 mewairisi Rasulullah ﷺ, atau mereka hanya penyamar dan pendusta.   Pengakuan bahawa mereka juga mengikut Al-Qur'an dan Sunnah BUKAN penentuan mutlaq. Ini kerana golongan munafiq juga mengaku mereka mengikut Al-Qur'an dan Sunnah, sedangkan mereka hanya pura2.  Maka mana mungkin meletakkan pergantungan atas pengakuan tersebut.?


Neraca sebenar penentuan kebenaran atau kebatilan adalah dengan memerhatikan siapa Pemimpin mereka - adakah Pemimpin mereka Ulama Warisatul Anbiya yang sebenar atau Pemimpin mereka adalah dari golongan Syi'ah (rafidhi) atau Wahhabiyyah (khawarij) atau lain2nya.


Dengan demikian yang dimaksudkan dengan "menolak kebenaran" adalah menolak Ahlus Sunnah yang benar (tulen) yang dipimpin oleh Ulama Mu'tabar / Ulama Warisatul Anbiya yang sebenar.   Siapa saja menolak "kebenaran" Ahlus Sunnah yang benar (tulen), maka mereka itulah golongan Takabbur dan tersesat jauh dari petunjuk Allah,  Wal Iyazubillah



Bersambung siri  15  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI   

     

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...