Wednesday, October 19, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 18)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.1 Dosa Besar Pertama : Takabbur

sambungan....


Merawat Hati dari Penyakit Takabbur:


Sesungguhnya penyakit Takabbur adalah penyakit paling besar, paling berat, paling kronik, paling dalam "lukanya" di dalam batin manusia.  Jika diberikan ibarat dengan penyakit fizikal, maka ia bolehlah diibaratkan seperti seseorang yang jatuh dari gaung sehingga patah segala tulangnya, putus urat2nya dan remuk seluruh tubuhnya, namun dia masih bernyawa,.... nyawa2 ikan...!


Demikian suatu ibarat yang dapat dijadikan perbandingan dengan orang yang terkena penyakit Takabbur. Hatinya tenat.  Cahaya Imannya hampir terpadam.  Tauhidnya bercampur2 dengan nifaq dan kekufuran.  Segala amalnya terpadam dimakan oleh api takabbur.  Bagi merawat orang telah terkena penyakit kronik yang "mematikan" ini, diperlukan "doktor keruhanian" yang pakar di dalam hal ehwal hati.  "Doktor keruhanian"  ini mestilah orang yang sangat mahir mengetahui hal ehwal hati dan ruh manusia.  Dia mestilah seorang yang mengetahui rahsia2 bisikan syaitan dan nafsu.  "Doktor keruhanian" ini mesti memiliki penawar dan kaedah rawatan yang tersangat ekslusif yang tidak dimiliki oleh doktor biasa. Sudah pasti dia adalah pakar keruhanian yang terlatih, yang telah melalui perjuangan yang lama sehingga mengenali setiap urat dan nafas dalam batin manusia. Dia bukan manusia biasa.  


Sesungguhnya "doktor keruhanian" dan pakar hal ehwal hati manusia adalah Mursyid yang Siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq).  Mereka adalah pewaris Nabi yang sebenar  yang mewarisi Nabi zahir dan batin.  Bukan zahir semata2 atau batin semata2, tetapi mereka mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  Merekalah pemimpin yang menunjukki manusia jalan lurus kepada Allah Ta'ala.  Di dalam dada mereka sekalian khazanah Nubuwwah dan Risalah.  Allah Ta'ala Kurniakan mereka kelengkapan bagi membimbing manusia kepada Allah Ta'ala dengan selamat.


Dengan berpegang teguh kepada Mursyid yang siddiq, setiap Muslim akan memperoleh kebebasan dari sifat Takabbur (dan juga syirik khafi dan kekejian hati yang lain seperti akan datang huraiannya In Shaa Allah).  Mereka akan melaui rawatan rapi di dalam Madrasah Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat.   Sekalian penyakit hati akan dicabut dari akar umbinya sehingga hati menjadi aman sentosa, kemudian disirami dengan cahaya Rabbaniyyah sehingga mencapai Tauhid yang suci murni. Maka jadilah dia hamba yang diRedhai Allah Ta'ala.


Jika ada yang bertanya "adakah semudah itu"?

Jawapannya :  Tidak mudah, bahkan memerlukan kesungguhan menempuh perjalanan yang panjang.    Khabar itu hanya ringkasan.  In shaa Allah akan dijelaskan lebih lagi pada masa akan datang.


Orang yang sakit tenat (penyakit tubuh badan kronik atau kecederaan berat) dirawat di hospital berbulan2 lamanya atau bertahun2 lamanya untuk sembuh... melalui  rawatan rapi (ICU) oleh pakar2 yang sangat profesional.  Apa lagi pesakit keruhanian yang berat, perlu melalui  rawatan yang lama dan  intensif sebelum sembuh.


Inilah kaedah merawat sekalian penyakit² hati manusia yang sebenar yang diambil dan diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. 


Kaedah ini diwarisi dari satu generasi Mursyid kepada Generasi Mursyid seterusnya melalui kaedah perpindahan yang berdisiplin, amat teliti serta penuh rahsia. Iaitu melalui "limpahan" Nur Muhammad" serta "Nur Ilahiyyah". 


Oleh yang demikian TIDAK semua orang yang bergelar alim atau Ulama mengetahuinya. Meskipun boleh jadi dia seorang Alim Fiqh, Alim Usuluddin, Mahir di dalam syarahkan Sifat 20, mahir dan Hafiz Al-Qur'an, mahir di dalam Hadith, mahir di dalam berbagai ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi' dll. 


Bahkan yang benar adalah sekalian orang yang sudah mahir di dalam ilmu syari'at (mahir di   dalam fiqh, Usuluddin, Ilmu Al Qur'an, Ilmu Hadith dan ilmu alat lainnya) sekalipun WAJIB tanpa kecuali masuk ke dalam bimbingan Mursyid yang siddiq bagi menyucikan batin mereka yang dipenuhi berbagai penyakit hati...!

Inilah sebabnya telah sepakat Ulama Mu'tabar bahawa mencari dan berpegang kepada Mursyid yang siddiq adalah WAJIB (Fardhu Ain) kerana TIDAK ada manusia awam yang terlepas dari penyakit hati.


Berkata Sultan Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilan رضي الله عنه


Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah di-- terangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (Mursyid yang siddiq). Kamu wajib mendengar baik2  arahan mereka dan mematuhinya.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]


Imam Al-Ghazali  رضي الله عنه berkata,


“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid yang Siddiq) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” 

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]


Bagi mereka yang masih di dalam pencarian kepada Mursyid yang siddiq, ikutilah langkah2 pencegahan berikut.  Kaedah ini adalah kaedah orang awam iaitu berusaha mencegah penyakit2 hati dengan jalan "menggagahi",  iaitu dengan cara cuba "buat2 tawadhu"  atau "buat2 melepaskan diri penyakit2 hati"  dengan melatih diri secara fizikal.  Berikut secara ringkas....

 

1.  Menanamkan di dalam jiwa bahwa tidak ada suatu pun yang dimilikinya termasuk dirinya sendiri, tetapi ianya hanya pinjaman dari Allah untuk mengujinya sejauh mana dia menggunakan Ni’mat Allah tersebut untuk mensyukurinya serta mematuhi Hukum2-Nya.   Sama ada dia orang berilmu atau hartwan, atau jutawan atau rupawan, atau bangsawan atau apa saja kelebihan semuanya milik Allah. Sekalian kejayaan yang kamu capai pada hakikatnya itu adalah Ni'mat dan Kurnia Allah Ta'ala. Kamu BUKAN mencapainya kerana suatu kepandaian kamu.  (hal ini amat mudah ditulis tetapi amat berat di- hayati,  lebih2 lagi mereka yang sememangnya mempunyai kedudukan di mata masyarakat)


2.  Lazimkan bergaul dengan orang2 miskin dan orang2 yang dipandang hina oleh orang lain.


3.  Lazimkan terlebih dahulu memberi salam kepada orang lain walaupun terhadap orang yang lebih muda atau kurang ilmunya dari kamu.


4.  Lazimkan merasai kehinaan diri apabila bersama manusia lain atau di belakang mereka.  Pandang orang lain dengan pandangan kemuliaan dan pandang diri kekurangan dan dosa yang banyak.


5. Lazimkan diri makan besama orang miskin2 atau ajak mereka ke rumah dan makan bersama2 mereka.  Adalah diriwayatkan Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu makan bersama2 orang miskin dan faqir pada setiap hari di rumah beliau.  Sudah tentu ini adalah contoh akhlaq Nabi ﷺ yang muliakan orang miskin dan faqir.


6. Jika kamu tinggal di istana atau "rumah kayangan", lazimkan turun dari rumah kamu dan berjalan di muka bumi perhatikan kesusahan orang lain.


7. Jangan malu hulur tangan terlebih dahulu kepada orang lain untuk bersalaman meskipun dia orang lebih muda dari kamu atau kurang ilmunya atau kurang darjatnya.


8. Sesekali pakai pakaian lusuh atau pakaian lama. 


9. Taubat berterusan khusus untuk persoalan penyakit hati ini.  Ini wajib dilakukan disebabkan Takabbur dan penyakit lain terus-menerus mendatang dan menguasai hati. 


10.  Banyakkan zikir La-Ilaha Illa-Allah siang malam, pagi petang... moga hati yang dikotori oleh segala penyakit diampunkan oleh Allah Ta'ala.


Amat sukar sekali untuk merawat dan membuang sifat Takabbur serta penyakit2 hati yang lain dengan cara awam ini, kerana ia adalah umpama menebas "lalang" di permukaan tanah sedangkan akarnya masih kukuh di bawah tanah. Sekali tebas "kelihatan" hilang " tetapi akarnya tetap subur.  Tidak lama selepas di tebas, "lalang" akan tumbuh menguasai semula ladangnya.   Walaupun berusaha membuang nya berkali2, namum ia tetap datang menguasai semula hati.


Namun langkah ini yang terlebih baik bagi mereka yang belum menemui Mursyid yang Siddiq sebagai pendidik, pengasuh dan pembimbingnya kepada Allah Taala. 


Bersambung siri  19  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

     

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...