Thursday, October 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 19)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.2 Dosa Besar Kedua : Riya'


Firman Allah :

 الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

(Maka celakalah) mereka yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”  

[Al-Ma’un (107) : Ayat 6]


Sabda Rasulullah ﷺ :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat Riya’) dengan amal mereka”

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Definisi Riya'

Kata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu,

" Maka sesungguhnya Riya'  itu pokoknya : Mencari tempat (kedudukan) pada hati manusia, dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan."

[Ihya Ulumuddin — bab Rubu' yang membinasakan]


Dengan ta'rif ini dapat di ahami,  Riya' adalah perbuatan memperlihatkan amal kebaikan kepada orang lain; sama ada ianya ibadah khusus seperti solat, puasa dll nya  atau sesuatu berkaitan ibadah umum seperti sedekah, da'wah, membantu orang lain dll.     Riya' juga boleh berlaku pada perkara2 berkait dengan gaya berpakaian, cara percakapan, cara berjalan, gaya tubuh badan dsb.  


Sifat Riya' ini tersangat halus serta tersangat rumit dikenali  kerana pada sangkaannya ia tiada apa2 sedangkan pada sisi Allah, ianya termasuk perbuatan yang membinasakan manusia.  Akibatnya ramai sekali orang alim (alim di dalam ilmu fiqh semata2)  yang banyak ilmunya dan abid (ahli ibadah) yang banyak ibadahnya seringkali tertipu dengan segala amal mereka. 


Mengapa orang alim fiqh atau 'alim usuluddin atau 'alim di dalam Al-Qur'an atau lain2 bidang syari'at yang lain  tidak terlepas dari dugaan ini?


Jawabnya:

Riya' mempunyai banyak sisi.  


(1) Riya' boleh terkena  ketika seseorang sedang beramal banyak atau boleh juga terkena ketika amal dia kurang.  


(2) Riya' boleh terjadi ketika seseorang buat kebajikan yang banyak atau dia hindarkan diri dari berbuat kebajikan,  


(3) Riya' boleh terjadi ketika berpakaian hebat atau juga ketika dia memakai pakaian lusuh seperti orang Zahid.    


(4) Riya' boleh  berlaku ketika dia sedang bertutur dengan ucapan hebat atau boleh juga terjadi ketika dia bicara lemah lembut dan sopan. 


(5) Riya boleh terjadi kepada Qori yang membaca Al-Qur'an dengan suara merdu atau boleh juga terjadi kepada mereka yang membaca secara biasa.  


(6) Riya' boleh terjadi kepada pensyarah, muallim, juru da'wah yang bersyarah dengan ucapan2 hebat atau boleh juga terjadi kepada mereka yang tidak demikian.  


(7) Riya' boleh terjadi kepada ahli ilmu Kalam yang bahaskan sifat 20 dengan amat hebat dan boleh juga terjadi kepada ahli ilmu Kalam yang tidak hebat bicaranya.


(8) Riya' boleh terjadi kepada mereka yang ramai pengikutnya atau juga kepada mereka  yang sedikit pengikutnya.


(9) Riya' boleh terjadi kepada mereka yang memperbaguskan tubuh dan penampilan dan boleh juga terkena kepada mereka yang kelihatan lekeh, muka cengkung dan rambut kusut.


(10) Riya boleh terjadi meskipun pada awalnya dia berniat ikhlas, namun di pertengahan ibadah atau kebajikan yang dilakukannya terjadi Riya'


Sungguh menakjubkan dan menakutkan betul?

Benar!  Inilah tipu daya nafsu dan syaitan yang amat sukar dikesan sehingga kebanyakan orang yang bersifat Riya' tadi tidak menyedarinya...!


Sesungguhnya Riya'  termasuk di dalam kelompok _Syirik Khafi_ yang merosak Iman dan batalkan amal kebaikan, sama seperti sifat "Takabbur"   yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi kedudukannya  satu tangga di bawah Sifat Takabbur— ertinya masih merbahaya kepada Iman dan amal seseorang. Bahkan orang yang ada Riya' di dalam hatinya, seringkali juga tercondong dan terjatuh kepada Takabbur tanpa disedarinya.   Susah untuk faham?   Teruskan membaca dan fahami sungguh2 hal hati ini yang amat rumit sehingga ramai sekali manusia jatuh tanpa disedari.


Demikianlah hal HATI manusia  yang kita sambung bicara di sini, HATI  yang mempunyai sisi pandangan yang banyak serta sentiasa berbolak-balik akibat dari hembusan nafsu atau bisikan Syaitan yang sentiasa mewas-waskannya.   Tidak ada yang selamat melainkan mereka yang memperoleh Limpahan Rahmat Allah Ta'ala.  Dan TIDAK akan memperoleh Rahmat Allah melainkan mereka yang benar2 mengikut Petunjuk Allah, Rasul dan Ulama Muqarrabeen (Ulama Mu'tabar / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq).



Bersambung siri  20  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...