Thursday, October 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI

( Siri 20)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.2 Dosa Besar Kedua : Riya'

sambungan.....


Fakta Penyakit Riya'


Berikut adalah beberapa fakta penting  berhubung dengan penyakit Riya'  yang WAJIB diketahui oleh semua, terutama mereka yang selalu menghadap manusia ramai, jemaah ramai atau perkumpulan.


(1) Riya' adalah penyakit HATI yang kedua terbesar yang menghinggapi semua manusia tanpa mengira darjat, ketinggian ilmu atau ketinggian amal.


(2) Riya' merupakan Syirik Khafi yang amat merbahaya yang hapuskan segala amal kebaikan (tidak sah amal) dan merosak Tauhidnya.   


(3) Riya' tergolong kedalam Syirik Khafi kerana Syirik ini tersembunyi di dalam HATI,  iaitu mempersekutukan Allah Ta'ala di dalam HATI.


(4) Mereka yang banyak ilmu dan ibadah atau yang hidup zahirnya zuhud dan wara'  memandang enteng atau memandang ringan Riya' kerana pada sangkaan mereka, mereka sudah ikhlas, sedangkan itulah permulaan tipu daya yang amat halus. 


(5) Penyakit Riya' menarik  kepada mencari kemasyhuran dan kemegahan di mata manusia, sedangkan kesemua ini menjauhkan seseorang dari Allah Ta'ala.


(6) Sebahagian dari Riya' akan menarik seseorang yang gemar melakukan Riya' kepada penyakit Takabbur tanpa disedari.


(7)   Malaikat pencatit akan mencatit apa jua kebaikan, amal ibadah, kebajikan yang dibuat oleh manusia, tanpa mengira sama ada ianya bercampur Riya' atau tidak, kerana mereka (Malaikat Pencatit amal manusia) TIDAK mengetahui hal ehwal hati manusia.   Hanya Allah Ta'ala sahaja mengetahuinya.  Hanya Allah Ta'ala mengetahui segala bisikan hati, pandangan khianat dan setiap hembusan nafas. 


(8)  Apabila amal dibentangkan di Mahsyar besok barulah akan terbuka segala rahsia hati manusia — sama ada amalnya ikhlas kerana Allah atau bercampur Riya'.  Atau semua amalnya semata2 dilakukan atas dasar Riya'.   Jika seseorang melakukan sekalian amalnya semata2 dengan Riya', maka merugilah dia kerana telah BATAL semua amalnya,  bahkan dia tertimpa dengan dosa besar kerana mempersekutukan Allah di dalam amalnya sehingga akhirnya dicampak ke Neraka, Wal Iyazubillah.  


(9) Amal ibadah atau kebaikan yang dilakukan dalam keadaan Riya'  akan terlihat sebagai sah pada sudut Fiqh, tetapi yang sebenarnya sudah BATAL pada sudut pandang Tasawwuf —  Ertinya pada zahirnya kelihatan sah sedangkan hakikatnya telah BATAL.  Sah pada pandangan manusia dan Malaikat, tetapi  BATAL di sisi Allah Ta'ala.    Orang awam yang beramal menyangka ibadahnya sah apabila telah cukup syarat dan rukunnya menurut hukum Fiqh.  Sedangkan ibadahnya telah musnah, batal (bahkan mendapat Dosa Besar) kerana TIDAK menepati syarat batin (hati).  Masya Allah, perhatikanlah dengan mata hati, betapa ruginya orang yang beramal tanpa pengetahuan yang cukup menurut pendirian Ahlus Sunnah yang benar (tulen).


(10)  Dengan merujuk sekalian persoalan di atas: Maka di sinilah BUKTI kukuh mengapa para Ulama Mu'tabar telah berfatwa (berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith) bahawa WAJIB mempelajari Ilmu Tasawwuf dan amalkan Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq.   Tidak memadai bagi seseorang sekadar amalkan Fiqh semata2....!  Walaupun seseorang itu telah mahir di dalam segala ilmu syari'at (alim di dalam memahami Fiqh, usuluddin, Sifat 20, Ulumul-Qur'an, ilmu Hadith,  ilmu nahwu, Sarf, Balaghah, Bayan, Mantiq, Badi' dll) dia tetap WAJIB mempelajari Ilmu Tasawwuf dan amalkan Toriqat (yang sahih pada sisi Ahlus Sunnah) dengan pimpinan Mursyid yang siddiq — demi menyelamatkan Aqidahnya serta sekalian amal ibadahnya.  



Bersambung siri  21  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 512) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...