Sunday, October 09, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri  89)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


14.0 PENYAKIT HATI BAHAYA NYA TIDAK DISEDARI


Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Perkasa turunkan peringatan sejagat kepada sekalian manusia, khusus nya orang2 beriman....


Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]


Ayat yang cukup pendek, tetapi membawa makna yang sangat mendalam.    Bahkan boleh dikatakan inilah intisari Agama, intisari TAUHID, intisari IBADAH,  intisari kehidupan dan kesudahan INSAN.  


Isyarat Pertama adalah UNTUNG atau RUGI:

Apakah yang dimaksudkan dengan "beruntung" dan apakah maksud "merugi"?

Apakah hakikat UNTUNG dan apakah hakikat "RUGI"?

Siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?

Bagaimanakah cara mencapai keberuntungan?

Bagaimanakah pula seseorang itu merugi?


Isyarat kedua adalah HATI menjadi  kotor:

Apakah makna HATI kotor,?

Bagaimanakah HATI  menjadi kotor?

Apakah anasir2 yang menjadikan HATI itu kotor?

Apakah akibat HATI yang kotor?


Isyarat Ketiga adalah Perintah Sucikan HATI:

Apakah makna sucikan HATI?

Bagaimanakah sucikan HATI ?

Apakah alat sucikan HATI?

Apakah tanda2 HATI telah suci?


Analogi Penyakit Jasmani dan Penyakit Ruhani:

Menggulung sekalian persoalan AGUNG ini, mari kita perhatikan suatu analogi yang berhubung dengan kehidupan di dunia bagi mendekatkan faham.

Apabila seseorang dihidapi penyakit jasmani ( tubuh badannya) yang berat, maka dia akan dibawa segera ke hospital untuk di rawat.     Penyakitnya perlu dirawat segera kerana kelambatan akan membawa "maut" atau cederanya akan lebih parah.  Doktor yang merawatnya mestilah orang yang pakar di dalam rawatan disebabkan seriusnya penyakit yang menimpa pesakit. Ubat-ubatannya perlu yang  terbaik.  Pesakit itu diberi rawatan dan penjagaan rapi sehingga dia benar2 sembuh.


Cuba perhatikan beberapa kunci di dalam analogi ini:

1.  Penyakit yang serius

2. Rawatan segera kerana penyakitnya  mengancam nyawa

3. Ubat dan penawar yang terbaik

4. Penjagaan yang rapi dan terkawal

5. Doktor pakar

Demikanlah keadaan cemas dan bergegasnya seseorang atau satu keluarga, bahkan satu masyarakat  apabila ditimpa penyakit jasmani yang mengancam nyawanya.   Begitu banyak usaha dan pengorbanan perlu dilakukan untuk menyelamatkan satu jiwa.  Begitu banyak belanja dikeluarkan.  


Bagaimanakah pula dengan "Penyakit Hati"  yang menimpa manusia?    Setiap manusia tidak terlepas dari penyakit HATI.  Akibat dari penyakit HATI manusia, terjadi berbagai kerosakan kepada dirinya dan atas muka bumi.  Penyakit HATI ini menyebabkan seseorang itu menjadi zalim dan rakus akan dunia.  Penyakit HATI membawa kepada berbagai kerosakan pada IMAN dan kemusnahan  Ibadah.    Penyakit HATI membawa kepada kefasikan, kemunafikan atau kekafiran.


Penyakit jasad akan membawa "maut" dengan terpisahnya nyawa, tetapi "penyakit HATI"  akan membawa "MAUT" kepada IMAN (TAUHID).  Namun kebanyakan manusia TIDAK menyedarinya.  Sebahagian orang menyedarinya tetapi TIDAK peduli kerana bukan jasadnya yang sakit.   Sebahagian orang lain menyedarinya dan ingin merawat HATINYA yang sakit, namun tak berjumpa "doktor pakar" yang mampu merawatnya.



bersambung siri  90  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...