Thursday, January 05, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 200)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.26 Dosa Besar ke-25:  Rela Dengan kemungkaran

sambungan....


Rasulullah  ﷺ bersabda :

 “Semua para Nabi yg dibangkitkan akan disertai oleh hawari (pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yang bercakap apa yang mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, dia adalah orang yang beriman, siapa yang berjihad dengan lidahnya dia adalah orang yang beriman, dan siapa yang berjihad dengan hatinya dia juga adalah orang yang beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”

[Imam Muslim]


Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” 

[ Imam Muslim]


Rasulullah  ﷺ bersabda :

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali duduk pada suatu hidangan yang padanya  di hidangkan arak.

[Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi]


Rasulullah  ﷺ bersabda :

“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.

[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]


Fatwa Ulama Ahlus Sunnah berkenaan kewajipan mencegah kemungkaran,  larangkan subahat dengan kemungkaran, larang hadir Majlis2 mungkar dan larangan redha dengan apa jua kemungkaran.  


Fatwa  Imam Nawawi Radhiallahu anhu :

"Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (dia duduk terus di dalam Majlis Mungkar) Wallahu a’lam. Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan dia takut untuk keluar maka dia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)"

[Raudhah At-Talibin]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

“Perbuatan mungkar wajib dihilangkan (dalam jamuan, Majlis dsb) Barangsiapa lemah menghilangkannya, nescaya wajib lah dia keluar dari Majlis Perjamuan itu. Dan dia tak boleh duduk. Maka TIDAK ada keringanan baginya untuk duduk menyaksikan kemungkaran itu.”

[Ihya Ulumuddin]


Fatwa  Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya.  Dan ia tidak sanggup merubahnya. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda :    “La’nat (azab)  akan turun kepada orang yang menghadirinya.”    Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”

[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]


Bersambung siri  201   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...