Thursday, January 05, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 199)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.26 Dosa Besar ke-25:  Rela Dengan kemungkaran

sambungan....


Dalil2


Firman Allah :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ‌ۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُ‌ۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)

 “ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”

[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]


Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Tidaklah akan membahayakan kepadamu orang-orang yang sesat itu, jika kamu menurut petunjuk  (jalan yang benar)

[Al-Maaidah (5) : ayat 105]


Firman Allah :

وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤ‌ۚ إِنَّكُمۡ إِذً۬ا مِّثۡلُهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡكَـٰفِرِينَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafiq), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.

[An-Nisaa' (4) : ayat 140]


Ulama Mufassirin (Ulama Tafsir)  telah berikan tafsiran yang amat luas berhubung dengan ayat2 tersebut.    Kesimpulan penafsiran dari Ulama2 Ahlus Sunnah pada ayat2 ini adalah :


●Ayat2 ini menjelaskan akan kewajipan berdiri teguh pada kebenaran (Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar) menyuruh kepada ma’ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran.


●Mencegah kemungkaran adalah WAJIB atas setiap orang beriman, bermula dari keluarga sehingga kepada kampong2, daerah, wilayah dan Negara, mengikut kemampuan (kuasa) yang Allah kurniakan pada mereka masing2.


●Bersubahat dengan kemungkaran (dengan menolong mereka), sama dosanya dengan orang melakukannya.


● Duduk berserta dengan pelaku2 kemungkaran atau hadir di Majlis2 mungkar / ma'siat adalah sama seperti membuat ma'siat / kemungkaran walaupun dia hanya hadir sebagai pemerhati dan  tidak melakukan apa2 kemungkaran di dalam perjumpaan tersebut. 


● Bencana  akan menimpa mereka2 yang mempunyai keupayaan mencegah kemungkaran / ma'siat  tetapi mereka diamkan diri tidak berbuat apa2.


●Bencana menimpa mereka  terlibat di dalam menganjurkan Majlis atau Perhimpunan2 mungkar, sama ada sebagai Penganjur, juruhebah, juru iklan, juru acara, ahli panel, juri, pemerhati atau siapa yang sahaja yang mempunyai bahagian di dalam menganjurkannya.


●Apabila bala turun ke atas pembuat2 kemungkaran, maka bala tersebut akan meratai semua orang termasuk orang yang tidak melakukan kemungkaran, kecuali mereka yang sungguh2 berdiri pada Sunnah Rasul (Ahlus Sunnah yang benar) dan mereka cegah manusia dari kemungkaran, sama ada dengan kuasa, atau dengan lisan atau sekurang2 dengan hati.


Bersambung siri  200   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________ 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...