Thursday, January 05, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 198)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.26 Dosa Besar ke-25: Rela Dengan kemungkaran


Definisi


Rela dengan kemungkaran bermaksud ; Diam diri tidak mencegah kemungkaran meskipun dengan cara membencinya di dalam hati,  atau menyokong kemungkaran tersebut atau duduk berserta di dalam Majlis2 mungkar,  semua ini membawa maksud "rela dengan kemungkaran", dan menjadi dosa besar, bahkan boleh menjerumuskan kepada kekufuran dan musnah Iman. 


Kemungkaran juga sering disebut dengan beberapa istilah lain : Ma'siat, Ithmun, Zambun, Sayyi'ah. 


Penjelasan :


(1) Tajuk bicara ini adalah nukilan dari Tajuk Risalah Induk Amr bil Ma'ruf Wan-Nahyu Anil Mungkar menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.  Ertinya mengajak manusia kepada kebenaran / jalan Lurus dan melarang mereka dari kemungkaran.  


(2) Perbincangan di sini hanya fokus kepada satu bahagian daripada usaha mencegah kemungkaran, iaitu mencegah dengan hati. 


(3)  Definisi Mungkar :

Mungkar adalah sekalian hal yang menderhakai Allah sama ada perkataan, perbuatan atau i'tiqad dan perkara tersebut telah sepakat Ulama Mujtahidin sebagai "mungkar"  atau "ma'siat"  atau "penderhakaan." 

Ini bermakna jika terjadi khilaf Ulama Mujtahid (perbezaan fatwa / pendapat Ulama Mu'tabar) pada suatu hal, sama ada ianya haram atau lainnya, maka tidak dihukumkan sebagai "mungkar" atau "ma'siat" atau "kufur" atau bid'ah sesat, atau lain2 yang sama pengertiannya.  


(4) Definisi Mujtahid:

Mujtahid adalah Ulama Warisatul Anbiya' (Pewaris Nabi yang sebenar), yang mewarisi Nabi zahir dan batin, yang sangat alim di dalam ilmu Syari'at dan sekaligus Arif didalam Ma'rifat.  

Mereka mahir di dalam setiap ilmu Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir, mustolah Hadith, ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai martabat Arif Billah, mencapai keilmuan yang sangat tinggi pada sisi Ma'rifat — mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.  Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah, BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya. Merekalah Pewaris Nabi dan Kekasih Allah yang sebenar yang tidak sesekali berdusta. 


(5) Sekalian Ulama Mujtahid telah sepakat bahawa Amr Bil Ma'ruf Wan-nahyu Anil Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungakaran) adalah wajib ; sebahagiannya Fardhu Ain (yang wajib atas setiap diri individu) dan sebahagiannya Fardhu Kifayah (yang wajib atas seluruh Ummat Islam dan memadai disempurnakan oleh sebahagiannya) 


(6) Tiga Tingkatan mencegah kemungkaran. Pertama : Dengan Tangan (kuasa dan kekuatan). Kedua : Dengan Lisan (kata2).  Ketiga : Dengan Hati (benci di dalam hati).   

Di dalam Risalah ini kita akan fokus kepada Pencegahan Kemungkaran dengan Hati, kerana keseluruhan Tajuk Amr Bil Ma'ruf Wan-nahyu Anil Mungkar telah dibincangkan di dalam Risalah lain.


(7) Apabila seorang beriman yang melihat kemungkaran, sedangkan dia tiada kuasa mencegahnya dengan Tangan, kerana dia bukan yang berkuasa atas orang yang melakukannya dan dia juga tak mampu menghalangnya dengan Lisan, kerana tiada cukup ilmu hujjah atau kerana dia takut disakiti, maka sekurang2nya dia wajib benci kemungkaran tersebut. Jika hatinya tidak tergerak sedikit pun membenci kemungkaran, maka itu tandanya tiada lagi cahaya Iman di dalam hatinya.


Bersambung siri  199  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...