Thursday, January 05, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 197)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.25 Dosa Besar ke-24:  Melaknat

sambungan....


Tingkatan mela'nat manusia


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu :


Sifat2 yang membawa kepada melaknat itu tiga :  Kufur, Bid'ah dan Fasiq. Untuk kutukan kepada yang tiga tadi masing2 mempunyai tingkatan tersendiri. 


Tingkat Pertama :

Kutukan dengan sifat umum. Seperti engkau katakan : La'nat Allah atas orang kafir, pembuat bid'ah (72 kelompok bid'ah sesat) dan orang fasiq.


Tingkat kedua:

Kutukan dengan sifat2 lebih khusus, seperti engkau katakan : La'nat Allah atas orang Yahudi, Nasrani, Majusi, orang Khawarij, Syi'ah (rafidhi), (dan lain2 berjumlah 72 puak bid'ah sesat). Atau atas pezina, orang zalim dan pemakan riba. Dan setiap yang demikian harus. Akan tetapi pada mengutuk sifat2 orang yang berbuat bid'ah itu bahaya. Ini kerana mengenal bid'ah itu sulit.  (ertinya di dalam menentukan sifat2 Golongan bid'ah sesat wajib mengikuti fatwa Ulama Mu'tabar, bukan ikut pendapat nafsu atau aqal) .


Tingkat ketiga:

Kutukan bagi orang tertentu.  Seperti engkau katakan. Si fulan kafir atau fasiq atau pembuat bid'ah. Dan ini bahaya.


Penjelasan tambahan bagi tingkat ketiga :

Imam Ghazali menyebut bahaya seseorang melemparkan kutukan atau tuduhan terhadap seorang Muslim kerana seandainya orang yang kamu tuduh itu bukan kafir dan bukan pembuat bid'ah, maka tuduhan kamu akan kembali kepada kamu. Jika kamu menuduh seseorang kafir sedangkan dia orang beriman, maka kekafiran akan kembali kepada kamu.  Jika kamu menuduh seseorang pembuat bid'ah sedangkan dia bukan demikian, maka tuduhan bid'ah akan kembali kepada kamu.  

 

Rasulullah   ﷺ  bersabda :


“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.” 

[Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda :

((أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ))

“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu layak  untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”

[Imam Bukhari dan Imam  Muslim]


Contoh yang berlaku pada akhir zaman ini adalah Golongan Wahhabiyyah (khawarij) menuduh Ahlus Sunnah sebagai Ahli bid'ah sesat, penyembah kubur dll.  Mereka tak sedar semua ucapan Laknat mereka kembali kepada mereka sehingga menjadikan hati mereka menjadi keras, gelap dan mati.  Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  198  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

 

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...