Thursday, January 05, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 196)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.25 Dosa Besar ke-24:  Melaknat

sambungan....


Pengecualian — La'nat yang diharuskan.


Umumnya seseorang dilarang melaknat manusia lain. Demikian lagi dilarang melaknat haiwan atau jamadat (benda tak bernyawa) seperti hujan, awan, gunung-ganang dll. Walau bagaimanapun terdapat beberapa manusia di dalam keadaan tertentu diharuskan melaknatnya. 


Friman Allah :

 لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 

[An-Nisa (4) ; ayat 148]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :

"Allah tidak suka seseorang mendoakan keburukan kepada orang lain, kecuali dia dalam keadaan dizalimi. Allah memberikan keringanan baginya untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya. Dan ini  ditunjukkan oleh firman-Nya, "Kecuali oleh orang yang dianiaya." (namun), jika bersabar maka itu lebih baik baginya."

[Tafsir Ibn Abbas]


Imam Abu Ja'afar At-Tabari :

"Ahli tafsir yang membaca " ظ " dengan dhammah pada perkataan  "  ظُلِمَ‌ۚ "  berbeza pendapat dalam mentakwilkan ayat tersebut. Sebahagian mengatakan bahwa maksud ayat tersebut adalah, "Allah Ta'ala tidak menyukai seseorang di antara kalian yang mendoakan orang lain dengan keburukan secara terang-terangan." Itulah yang dimaksud mereka dengan ucapan yang buruk. "Kecuali orang yang dianiaya," maksudnya kecuali orang-orang yang telah dizalimi, lalu mereka mendoakan orang yang menzaliminya dengan keburukan. Allah tidak membenci (tidak melarang) doa keburukan yang diucapkan oleh orang yang teraniaya terhadap orang menganiayanya. Allah telah berikan rukhsah (keringanan) kepadanya dengan hal tersebut"

[Tafsir Tabari]


Penjelasan tambahan :

Jangan kamu melaknat atau mendoakan kecelakaan menimpa seseorang kecuali di dalam keadaan kamu teraniaya. Atau melaknat orang Kafir Yahudi, Nasrani dan kafir lain yang memerangi Islam. Atau orang Islam yang melakukan kezaliman dan kefasikan melampau. 


Misalnya seseorang merampas harta kamu secara zalim. Atau dia menipu kamu sampai kamu muflis. Atau penguasa menganiaya kamu.   Atau hal2 kejahatan lain yang meliputi manusia sejagat seperti yang sedang berlaku pada zaman ini seperti pembunuhan secara halus dengan kaedah2 elektronik dan perubatan. 


Dalam keadaan2 tersebut, Harus doakan keburukan terhadap golongan2 berkenaan, disebabkan kejahatan dan kezaliman mereka yang sangat melampau. 


Walau bagaimanapun perlu hati2 ketika kamu melaknat manusia Muslim secara khusus dengan menyebut namanya secara khusus.  Ini kerana wujud bahaya Laknat itu kembali kepada kamu apabila orang kamu Laknat itu tidak sebagaimana kamu sangka. 



Bersambung siri  197  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

  

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...