Friday, January 06, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 211)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-27: Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia


Definisi


Menuntut Ilmu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mencapai suatu bersifat duniawi  seperti ingin mencapai kedudukan dan kemuliaan pada pandangan manusia, atau ingin terkenal sebagai ahli fatwa untuk menjatuhkan Ulama Billah (Ulama Allah Pewaris Nabi yang sebenar) atau ingin hampir dengan penguasa untuk mendapat pangkat dan jawatan2. 


Penjelasan


(1) Tajuk ini dibincangkan secara khusus oleh Ulama Ahlus Sunnah meskipun ianya mempunyai hubungan rapat dengan tajuk "Ikhlas" dan "Riya"  (sebagaimana telah dibincangkan pada awal2 tajuk Risalah ini). Ini  menunjukkan betapa seriusnya dosa ini — dosanya bukan sahaja tertimpa atas diri sendiri tetapi juga membawa kebinasaan Ummat. 


(2) Bahaya kebinasaan yang dimaksudkan adalah :


Pertama  :    Segala ilmu dan amalnya terbatal kerana tidak ikhlas.


Kedua  :  Mereka sama seperti Pendeta2 Yahudi dan Nasrani yang mengubah kitab Allah, menukar Ayat2 Allah dengan habuan dunia. 


Ketiga  :   Niat mereka menuntut Ilmu untuk menjatuhkan Ulama itu merupakan penentangan terhadap Allah dan Rasul-Nya


Keempat : Perbuatan mereka menyebabkan ramai manusia menjadi sesat kerana menuruti fatwa2 mereka yang batil.  


Kelima    :   Keberkatan hidup mereka tercabut dan mereka menjadi manusia hina di Sisi Allah.  


Wal Iyazubillah. 


(3) Sesungguhnya mereka yang dimaksudkan adalah Ulama As-su', Ulama nafsu, Ulama dunia. Mereka BUKAN Ulama Billah yang mewarisi Rasulullah ﷺ.  Mereka menggunakan nama "Ulama" kerana diberikan gelaran demikian oleh penguasa dan rakyat yang tertipu. 


(4) Jika diambil i'tibar pada zaman ini, mereka yang dimaksudkan adalah pelajar2 kelulusan Universiti yang menuntut ilmu tinggi2 untuk kesenangan dunia,  atau bertujuan menyerang Ahlus Sunnah dan menjatuhkan nama Ulama Billah, Pewaris Nabi yang benar. 


(5) Sejarah bangkitnya "Ulama PALSU"  bermula selepas Kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah. Berlaku perebutan kuasa di kalangan orang Islam yang tamak kuasa.  Maka ketika itu para Ulama Billah (Pewaris Nabi yang siddiq) menjauhi politik kotor dunia. 


(6) Oleh kerana Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang siddiq) telah menjauhkan diri dari politik kotor dan perebutan kuasa, maka terjadi kekosongan di dalam hal memberikan fatwa.  Pemerintah memerlukan orang2 yang sedia mengeluarkan fatwa menurut kehendak mereka. Maka berlumba2lah orang2 jahil menuntut Ilmu untuk mengisi kekosongan yang diperlukan oleh pemerintah. Ertinya di sini :  Mereka menuntut ilmu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk menjadi penyokong kebatilan dan menjadi "penjilat" pemerintah untuk mendebat dan menjatuhkan Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang sebenar). 


(7) Sejak zaman itu, sampai kepada zaman2 berikutnya dan sampai ke saat ini, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq (benar) menjauhi terus Penguasa2 yang tamak kuasa dan politik keji dunia. 


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

"Maka kelihatan pada rakyat umum akan kebesaran Ulama dan perhatian Pembesar ( Khalifah dan wakil2nya) kepada mereka (kerana Pemerintah memerlukan Ulama untuk berikan fatwa sedang para Ulama Billah sudah jauhkan diri dari Pemerintah), Lalu rakyat umum tampil untuk menuntut Ilmu pengetahuan  untuk memperoleh kedudukan sebagai Ulama yang menjadi rujukan Pemerintah dan memperoleh kemuliaan dan kemegahan dari mereka. Mereka (orang awam) berlumba2 dan tekun mempelajari ilmu yang berhubung dengan fatwa dan hukum. Kemudian mereka menemui Pemerintah / Khalifah, memperkenalkan diri (sebagai ahli fatwa) lalu memohon kedudukan dan jabatan."

[Ihya Ulumuddin — Bab ilmu khilafiyyah dan bahaya perdebatan]


Bersambung siri  212  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            


No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...