Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 354)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 48:

Meremehkan, menghina Ulama

...... sambungan......



Dalil 2: Allah meninggikan Darjat Ulama


Firman Allah:


يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]


Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Para Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah Pilih sebagai Pelita Agama-Nya.  Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan.  Mereka adalah Pewaris para Nabi, pengganti mereka, dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi  ﷺ :  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki.  Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.”  [Riwayat Imam  Ad-Dailami].

[Tamat nukilan Sirrul Asrar]


Orang yang hanya memiliki Ilmu Syari’at sahaja dan tidak mengenal Allah dengan sebenarnya melalui pandangan mata hati, dan tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Rasulullah ﷺ tidaklah mereka dikatakan sebagai “Pewaris Nabi” tetapi mereka itu hanyalah “alim fiqh” atau disebut “alim kitab”, meskipun mereka sudah menghafal seribu kitab atau mereka memiliki PhD, Profesor, Sarjana atau lain-lain ijazah Universiti yang banyak sekalipun.


Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu:

"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Pewaris Nabi yang Benar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan.   Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya.  Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.

[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]


Perhatikan beberapa kunci utama yang terdapat di dalam Firman Allah ini:


Pertama : Bukti yang kuat menunjukkan Ulama adalah Pilihan Allah, BUKAN pilihan manusia, BUKAN parti politik, BUKAN pilihan penguasa-penguasa. 


Ke-2 : Allah yang meninggikan Darjat keimanan, ketaqwaan dan kemuliaan seseorang Ulama Billah.


Ke-3 : Ulama Pilihan Allah adalah sebenar-benar Pewaris Nabi, dikenali dengan panggilan kemuliaan — Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat. 


Ke-4 : Ulama Billah sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Pada setiap saat mereka musyahadah Wajah Allah (memandang Allah dengan pandangan sirr mereka) dan dengan pimpinan ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.


Bersambung siri 355 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...