Tuesday, June 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 348)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 47

Merencanakan Kejahatan

...... sambungan.....



Rawatan dan Penjagaan

=================


Pertama: Ingat mati

Sudah tentu "ingat mati" adalah kunci utama bagi menyedarkan pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai berkuasa dan pendokong-pendokong mereka yang berbuat "makar" (kejahatan, tipu daya, propaganda) kepada ummat Islam. 


Persoalannya....

Siapakah yang beri mereka kesedaran? 

Adakah mereka sedia mendengar nasihat Ulama Billah?

Adakah mereka sedia bertaubat? 


Ketika kemuncak kekuasaan, mereka sombong takabbur. Ketika kemuncak kekuasaan, mereka lupa bahawa mereka akan mati. Ketika tenaga dan nafsu masih besar, mereka lupa soal mungkar nakir di dalam kubur. Mereka lupa bahawa mereka akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan.  Wal Iyazubillah.


Kedua: Taubat Nasuha

Raja, Sultan, Pemimpin-pemimpin negara, pegawai-pegawai, pendokong-pendokong yang telah subahat ke dalam perbuatan "makar" (merancang kejahatan, agenda jahat, propaganda jahat untuk melakukan berbagai kezaliman) wajib taubat segera dengan TAUBAT NASUHA. 


Syarat Taubat Nasuha 7 perkara :

(1) Berhenti dari melakukan dosa

(2) Menyesal sungguh-sungguh atas segala perbuatannya

(3) Berjanji tidak akan ulangi lagi

(4) Gantikan segala haq Allah yang luput

(5) Gantikan sekalian hak insan yang teraniaya

(6) Taubat di dalam tempoh yang di haruskan 

(sebelum nyawa sampai halqum dan sebelum matahari terbit dari Barat)

(7) Ikhlas bertaubat


Ketiga: Insaf setelah tua?

Ini beberapa panduan untuk menebus diri;  khusus kepada pewagai-pegawai, menteri-menteri, ketua jabatan, penyokong dan pendokong kepada perbuatan "makar" (tipu daya kejahatan, agenda jahat, konspirasi) terhadap Ummat Islam. Mereka bukan perancang utama sebaliknya mereka subahat kepada kezaliman pemerintah, penguasa, Raja, Sultan, Perdana Menteri, Presiden dsb yang telah melakukan berbagai perbuatan "makar" kepada Ummat Islam.


Sebagaimana telah dijelaskan, orang yang menjadi penyokong dan pendokong akan mendapat habuan dosa yang sama dengan perancang utamanya.


Persoalannya...

Bagaimanakah cara kamu selesaikan "hutang-hutang" dengan orang-orang yang kamu zalimi sedangkan mereka sudah mati? Jika mereka (yang terzalim) masih hidup sekalipun, apakah cara kamu menebusnya sebelum kamu mati kerana jumlah manusia yang terzalim akibat "makar" kamu bukan sedikit. Boleh jadi ratusan ribu atau berjuta? 


Ahli Ma'rifat menjelaskan beberapa panduan untuk "kurangkan" dosa kezaliman yang kamu telah lakukan:


(1) Jika mereka (orang-orang yang terzalim) masih hidup, maka wajib kamu bertemu mohon maaf dan gantikan semua hak mereka.


(2) Jika mereka telah mati, maka wajib kamu bertemu saudara-mara yang terdekat untuk mereka menuntut balas. 


(3) Jika sekalian saudara-maranya juga sudah mati atau tak dijumpai, maka wajib atas kamu sedekah sebanyak-banyaknya harta kamu lalu diniatkan pahalanya kepada kesemua mereka yang kamu zalimi.


(4) Jika kamu sudah jatuh miskin dan tiada lagi harta apa pun untuk di sedekahkan, maka buatlah amal ibadah sebanyak-banyaknya dan sedekahkan pahalanya kepada sekalian mereka yang terzalim pada tangan kamu :

    (i) Zikir La-Iaha Illallah sebanyak mungkin dan sedekahkan pahalanya 

    (ii) Baca Yasin setiap hari dan sedekahkan pahalanya 

    (iii) Baca Qul Huwallah sebanyak2nya setiap hari dan sedekahkan pahalanya


Mudah-mudahan semua amal ibadah kamu dan sedekah kamu yang kamu niatkan kepada si mati yang kamu zalimi, akan menjadi "penebus" sebahagian dosa-dosa besar kamu menzalimi manusia. 


Walau bagaimanapun ini bukan lesen kamu untuk selamat dan bebas. Ini hanyalah panduan untuk kurangkan "beban dosa kezaliman"  yang kamu telah perbuat. Keputusan muktamad ada di Sisi Allah yang Maha mengetahui sekalian dosa kamu. 


Bersambung siri 349 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...