Sunday, September 11, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 4)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan.....

3.0 Sepuluh Fakta Penting Tasawwuf-Toriqat


Fakta 5:

Mursyid Pewaris Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ


Warisatul Anbiya' (pewaris Nabi)  yang dikenali sebagai "Mursyid" mewarisi kedua2 Syari'at dan Toriqat.    Ilmu dan amal Rasulullah ﷺ tersebut diwarisi dengan kaedah yang sangat berdisiplin, tertib, penuh rahsia dan terpelihara keasliannya.  Sehingga setiap Ilmu yang dicurahkan oleh Mursyid yang siddiq (benar) adalah seolah2 menerima dari Rasulullah ﷺ , disebabkan kesinambungan keruhanian  yang tiada putus.


Allah Ta'ala memilih mereka dan Kurniakan mereka kelengkapan hati dan ruh sehingga mereka mampu menunaikan amanah warisan Rasulullah ﷺ ... memimpin manusia kepada Allah Ta'ala.  Dengan ini juga menjadi isyarat bahawa mencari dan mengikut Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) adalah wajib atas setiap  Muslim yang mukallaf.  

(Sila rujuk tajuk Risalah Mursyid,  Pewaris Nabi sebenar)


Fakta 6:

Tauhid Yang Sebenar Terhasil dengan Amalkan Kedua2 Syari'at dan Toriqat


Setiap Muslim yang amalkan kedua2 ilmu tersebut  (Syari'at dan Toriqat Rasulullah) dengan mematuhi disipilin2nya dengan pimpinan Guru Mursyid,  maka akan terbitlah cahaya hati yang membuahkan Tauhid yang suci murni.    Tauhid yang suci murni ini yang dipanggil Ma'rifat.


Fakta 7:

Tasawwuf adalah Matlamat. 

Toriqat menunjuk Jalan. 


Hubungan (kaitan) di antara Tasawwuf dan Toriqat adalah :


●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat yang ingin dicapai sedang Toriqat  menunjukkan jalan2  bagi mencapai kecemerlangan tersebut.


●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan  ketinggian akhlaq,  sedangkan Toriqat mengatur langkah2 mencapai kesucian tersebut.   


●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap mukallaf  bersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi),  mazmumah  (sifat keji) dan ghaflah   (kelalaian), sedang  Toriqat menyusun amal2 soleh yang terdiri dari zikrullah,  mujahadah,  khilwah (uzlah) dll.   untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah. 


Ini kenyataan mutlaq:

Tasawwuf tidak akan terhasil melainkan melalui Toriqat.


Fakta 8:

Tasawwuf Adalah Penghayatan Hati dan Ruh,  Bukan Sekadar Teori..


Tasawwuf adalah penghayatan  qalb (hati),  ruh (roh) dan sirr   (rahsia diri yang sangat dalam)  BUKAN semata2 lafaz pengakuan lisan.


Tasawwuf TIDAK terhasil semata2 dengan bacaan buku, syarahan, diskusi, seminar atau sekadar  teori2.   Tetapi untuk memperoleh Tasawwuf, seseorang mesti menempuh perjalanan keruhanian menurut peraturan, adab,disiplin Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (benar)


Fakta 9 :

Semua Rasul dan Nabi menyeru dan amalkan Tasawwuf


Tasawwuf diamalkan oleh kesemua Anbiya mulai dari Nabi Adam Alaihis-Salam sehingga kepada Nabi kita Sayyidina Maulana Muhammad ﷺ,  Yang benar adalah : Baginda adalah "sumber Tasawwuf,"  Baginda adalah "pencetus Ilmu Tasawwuf" dan Baginda juga menjadi  "penyempurna kepada Tasawwuf."


Fakta 10:

Tasawwuf  Berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah dan Ijma Qias Ulama bertaraf Auliya Allah.


Fahami sungguh2, 

Tasawwuf yang hakiki / murni yang diterima dari Rasulullah ﷺ , serta diwarisi oleh sekalian Masyaikh  (Guru2 Mursyid yang mewarisi Nabi) adalah berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama bertaraf Auliya Allah.  


Para Masyaikh  telah menyusun Disiplin, Peraturan, Syarat2 dan Adab2 tersendiri berdasarkan Petunjuk Allah dan pimpinan ruhaniah Rasululullah ﷺ


Ianya  TIDAK ada  kaitan /  gabungan dari mana2  ilmu falsafah pemikiran ahli fikir,   ilmu silat, ilmu bela diri, ilmu kebatinan sesat atau ilmu hakikiat batil.  Mereka yang megaitkan Ilmu Tasawwuf / Toriqat yang murni atau campur adukkannya dengan ilmu2 tersebut adalah penyeleweng dari Jalan Kebenaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


bersambung siri    5   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

             

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...