Sunday, September 11, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 5)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□□□

4.0 Fatwa Imam2

Mazhab Empat :

□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Sebahagian orang Islam yang cetek pengetahuannya menyangka para Imam Mazhab yang empat tidak mengamalkan Tasawwuf-Toriqat kerana pada anggapan mereka Ulama2 besar mazhab fiqh adalah Imam Fiqh sahaja yang tiada kaitan dengan Tasawwuf-Toriqat.  

Bahkan, lebih buruk ada pula berani menuduhnya Tasawwuf-Toriqat sebagai bid'ah sesat.   Pegangan orang2  ini adalah pegangan batil dan sesat.  Ini kerana kesemua Ulama Mazhab adalah pengamal Syari'at dan sekaligus Tasawwuf-Toriqat.

Menukil kata2 

Al Qutb Tajul Arifin  Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu menyebut di dalam Risalah :

Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Guru Mursyid kepada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) adalah Imam Ja’afar Siddiq (Imam Besar Ahlus Sunnah yang bergelar Imam At-Toriqah Wal Haqiqat)  

Sementara Guru Mursyid kepada Imam Asy-Syafi’e (mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (mazhab Hambali) adalah  Imam Ma’ruf Al Kirkhi.    

[Risalah Ma’rifat, Allamah Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi]

Menukil kata2

Imam Ghazali menyebut kisah Imam Syafi'e,  Imam Ahmad Ibnu Hambal dan Imam Yahya bin Muin berkhidmat Imam Ma'ruf Al Kirkhi  dan  Shaikh Syaiban untuk memperoleh Ilmu Tasawwuf.

Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin:

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : 

“ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Shaikh Syaiban Ahli Sufi)?” 

Maka menjawab Imam Shafie :

 “Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in  pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zahir tidak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan :

 “Bagaimana berbuat ini.”

 (yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.

[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]

[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

Berikut adalah fatwa  dan kata2 mutiara Imam2 Mazhab yang mulia:

Kata Imam Abu Hanifah,

 “Jika tidak kerana dua tahun, saya telah celaka. Kerana dua tahun saya  bersama Imam Jafar Siddiq,  maka saya mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar”

[Catatan oleh : Imam Jalaluddin As-Sayuthi didalam kitab beliau Durrul-Manthur]

Imam Malik berkata :

"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq . Barangsiapa yang bertasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq . Barangsiapa menghimpun  keduanya itulah muhaqqiq (yang benar) "

[Catitan didalam kitab Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat] 

Kata Imam Syafi’e :

 “Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawwuf, dan janganlah engkau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasihat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang yg hanya menjalani tasawwuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik.

[Diwan Imam Asy-Syafi'e, muka 47]

“Anakku, kamu mesti duduk bersama orang-orang Sufi (Mursyid), kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka selalu mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka adalah orang-orang zuhud yang memiliki kekuatan keruhanian yang tertinggi. Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka."

[catatan : Muhammad Ibnu Ahmad As-Saffarini,  Ghiza—ul- Albab, Jilid 1, muka 120]


bersambung siri   6   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...