Sunday, September 11, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 6)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□□

5.0 Definisi Tasawwuf :

□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ta'rif atau definisi teramat penting bagi menentukan ruang batas, sifat2, matlamatnya Tasawwuf.  Bahkan secara umumnya ta'rif,  tafsir, huraian dan syarahan bagi semua istilah2 di dalam Agama amat penting bagi memastikan kebenaran suatu ilmu.  


Ta'rif ini wajib sesuai dengan jiwa Agama, iaitu sebagaimana Ta'rif yang diberikan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah.  Hanya dengan berpegang kepada Ta'rif, huraian, tafsir, syarahan yang diberikan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah, barulah Ummat  ini akan selamat.  Sebaliknya merujuk kepada ta'rif, tafsiran, syarahan selain dari mereka (orang yang cetek ilmu dan  tak layak ) akan bawa kepada kesesatan dan kecelakaan.  Wal Iyazubillah.


5.1  Pengertian Sudut Bahasa 

-------------------------------------

Ilmu tasawwuf dan istilah sufi selalu bergandingan.  Dari sudut bahasa,  Tasawwuf dan Sufi dikatakan berasal dari beberapa  ungkapan :

(1)   Dari kalimah الصَفَاءُ   [Sofa] yang melambangkan kesucian hati  daripada Syrik khafi dan sifat-sifat mazmumah. 

(2)  Dari kalimah صُوْفُ  [Suf]  yang menjadi pakaian ahli2 zuhud menjauhi kemewahan dunia. 

(3)   Dari kalimah الصَّفُّ  [Saf] yang bermaksud saf solat. kerana ahli tasawwuf berada di saf hadapan ketika solat. 

(4)  Dari kalimah الصُّفَّةُ,  [Suffah]  iaitu tempat di utara masjid Nabi yang menjadi tempat bermalam bagi sahabat2 Nabi yang zuhud lagi fakir. Mengikut riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah katanya: Aku pernah melihat 70 orang daripada kalangan ahli suffah yang tinggal di tempat tersebut. 

(5)  Dari kalimah سُوْفِيَا [Sufiya]  yang membawa maksud hikmah kebijaksanaan. 


5.2  Pengertian Sudut Istilah 

----------------------------------------


Dari sudut istilah, Ulama Ahlus Sunnah memberikan banyak Ta'rif yang berbeza2. Menurut Imam Zarruq, terdapat lebih  2000 ta'rif yang merujuk kepada Ilmu Tasawwuf.   


Walaupun berbagai ta'rif diberikan oleh Ulama Arif,  namun ianya tidak bertentangan.  Sebaliknya kesemua ta'rif tersebut saling melengkapi dan menguatkan antara satu dengan lain.  Dan apabila diteliti secara halus kesemua istilah tersebut membawa makna yang menuju kepada satu pengkhususan iaitu -  HATI dan KESUCIAN HATI!

Kesucian HATI yang dimaksudkan adalah kesucian daripada sekalian kesyirikan, syirik khafi (syirik tersembunyi),  mazmumah (kekejian) dan ghaflah (kelalaian)

Dengan ertikata yang tegas, Tasawwuf / Toriqat membawa insan kembali kepada fitrah diri nya suci murni…!

Dan inilah hakikat seruan sekalian Anbiya dan Mursalin -  Seruan kepada Kalimah Tauhid yang suci Kalimah La Ilaha Ilallah


bersambung siri   7   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

          

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...