Sunday, September 11, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 3)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

□□□□□□□□□□□□□□□□□□

3.0 Sepuluh Fakta Penting

Tasawwuf-Toriqat

□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Berikut adalah 10 Fakta Terpenting berhubung dengan Tasawwuf-Toriqat yang wajib diketahui oleh setiap Muslim Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.

Fakta 1:

Ahlus Sunnah Yang Benar (tulen) Berpegang kepada Kedua2 Ilmu Syari'at dan Toriqat / Tasawwuf

Ahlus Sunnah yang tulen (benar) menerima, mewarisi dan berpegang teguh kepada dua bentuk  ilmu dari Rasulullah  ﷺ iaitu :   

Pertama   :    Syari'at Rasulullah ﷺ  

Kedua      :   Toriqat Rasulullah ﷺ


●Ilmu Syari'at  di sebut juga  sebagai ilmu zahir, ilmu syari'at zahir, ilmu fiqh.

●Ilmu Toriqat  disebut juga sebagai llmu batin hati, ilmu haqiqat, ilmu Ma'rifat, Ilmu tasawwuf, ilmu ihsan,   ilmu taqwa.


(Intisari dari kedua2 ilmu ini terkandung di dalam Wahyu pertama 

"  Iqra'  " )


Fakta 2:

Syari'at Berkait  Amal Zahir. Toriqat Berkait Amal Batin / Hati.


●Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk  kepada anggota zahir - seperti solat, puasa, zakat, da'wah, jihad,  muamalah jual beli, nikah kahwin, ekonomi,   politik pemerintahan negara dll.   

●Toriqat Rasulullah ﷺ  adalah sekalian ilmu dan amal  yang takluk kepada anggota batin  (hati, ruh dan sirr)  iaitu  melakukan riadah  melawan nafsu kejahatan,  menyucikan hati dengan zikrullah,  tawajjuh  (zikir berjemaah),  khilwah (uzlah yang khusus) ,   dan lain2 yang berkaitan - bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit yang menyebabkan kekufuran, kekejian dan kelalaian. 

(Kandungan kedua2 ilmu ini adalah keseluruhan Manhaj Al Qur'an)


Fakta 3:

Setiap Mukallaf  Wajib Amalkan (Fardhu 'Ain)  Amalkan Tasawwuf/Toriqat

Menurut ijma Ulama Ahlus Sunnah, WAJIB atas setiap orang Muslim yang mukallaf (akil baligh)  amalkan kedua2  ilmu tersebut (syari'at dan Toriqat /Tasawwuf).  Meninggalkan salah satu darinya boleh menjerumuskan kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran kerana kedua2 nya bersumber dari Wahyu Ilahi.


Fakta 4:

Pembahagian Ilmu Syari'at dan Toriqat /Tasawwuf adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah.

 

Syari'at dan Toriqat  wujud di zaman Rasulullah ﷺ dalam bentuk yang menyeluruh /  bersatu tanpa terpisah2.    Ketika itu  belum ada pembahagian ilmu2 Islam sebagaimana yang wujud pada zaman ini.  


Pembahagian tersebut zahir pada kurun pertama Hijriyyah, berdasarkan Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah.


Apa yang dikenali dan diamalkan oleh para sahabat hanya lah dua sumber ilmu iaitu  Al-Qur'an dan As Sunnah.  Para sahabat adalah faqih (mahir di dalam fiqh dan sekaligus  sangat arif mengenal Allah)   sehingga di gelar arif Billah.  Ini bermakna para sahabat adalah pakar di dalam ilmu fiqh (fekah) dan sekaligus pakar di dalam Ilmu Ma'rifat,  TIADA pemisahan antara keduanya. 


Berbeza dengan zaman kemudiannya,  timbul orang alim  yang hanya pelajari ilmu fiqh dan meninggalkan ilmu tasawwuf, sehingga dia dikenali sebagai alim fiqh sahaja  (atau alim kitab).  Hal ini yang kemudiannya  membawa kepada kepincangan Ummat.


bersambung siri    4   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...