Friday, September 09, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 2)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

2.0 Tiga Golongan

Menghadapi Tasawwuf-Toriqat

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Secara umum nya terdapat tiga golongan orang Islam menghadap semua persoalan ini (Tasawwuf, Toriqat, Haqiqat, Ma'rifat, Shaikh Mursyid dll yang berkaitan)


Pertama:

Golongan ghuluww  (melampau ketentuan Agama yang benar)  yang terang2 engkar, menafikan dan memerangi Ilmu Tasawwuf, Toriqat, Ma'rifat, warisan Mursyid,  Ahli Sufi dll yang berkaitan.


Golongan ghuluww  ini menganggap semua ini bid'ah sesat dan suatu yang asing dalam Agama.  Ada juga terlalu melampau sampai menuduhnya sebagai ajaran Hindu, Majusi dsb.   Nauzubilah.!        


Mereka ini adalah Golongan wahabiyah (Khawarij zaman ini),  Golongan Syi'ah Rafidhi, Golongan sekular  dll  dari  72 golongan sesat yang lain.  


Kedua :

Golongan ghuluww  (melampau ketentuan Agama yang benar)  dari kalangan yang memahami sebahagian dari Ilmu Tasawwuf, Ma'rifat tetapi mereka  menyeleweng dari maksud sebenar Tasawwuf -Toriqat.


Sebahagiannya menyalahgunakan ilmu2 yang mereka pelajari untuk kepentingan dunia seperti untuk kekuatan di dalam bersilat, menyedut duit,  bomoh, dukun, pawang, nujum dsb.


Sebahagian lagi  tersesat akibat dari tiada Guru memimpinnya.    Mereka membaca sendiri kitab2 Tasawwuf dan beramal sendiri.  Atau mereka meninggalkan Guru Mursyidnya untuk jalan sendiri atas sangkaan sudah mencapai Ketuhanan.  Atau mereka terkena istidraj  akibat berubah niat tidak ikhlas,  menyalahi adab2 besar atau tiada syukur. 


Menurut Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, terdapat 11 kelompok di zaman beliau yang tersesat di dalam keruhanian akibat terikut nafsu dan bisikan Iblis.   Pada zaman ini golongan2 seperti ini masih wujud.


Ketiga:

Golongan ahlus sunnah Wal Jamaah yang tulen (benar) yang mengakui, menerima, serta amalkan Ilmu Tasawwuf - Toriqat di samping Ilmu Syari'at.  


Maksudnya mereka mengamalkan kedua2 Ilmu yang diterima dari Rasulullah ﷺ, iaitu      Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ , tanpa terpisah2.  Mereka  amalkannya sungguh2 menurut sistem pendidikan yang telah ditunjukkan oleh  Masyaikh  (jamak bagi Shaikh) sepanjang zaman. 

Inilah Golongan benar,  Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar yang wajib di ikuti.


bersambung siri 3   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


_____________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...